|
Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
Subject: MB N.Sembilan berani memperkatakan yang benar
Date: Sun 04/23/06 12:07 PM
Kebiasaannya jarang kita dengar pemimpin negara atau negeri
untuk menyatakan keadaan sebenar kewangan negara atau negeri.
Akan tetapi sebaliknya Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri
Mohamad Hassan secara terus terang menyatakan kewangan Negeri
Sembilan berada dalam keadaan yang tidak baik apabila kerajaan
Negeri Sembilan mengalami defisit yang tinggi akibat penganjuran
SUKMA ke 10 dan dibawa dalam belanjawan 2005 dan 2006.
Sebagai pemimpin mereka haruslah bercakap benar agar rakyat tahu
keadaan sebenar negeri mereka justeru mereka dapat berusaha
bersama-sama untuk memajukan negeri mereka sendiri.
Akibat daripada defisit ini kerajaan Negeri Sembilan telah
mengurangkan peruntukan sebanyak RM 30,000 bagi pelaksanaan
Projek-Projek Kerja-Kerja Kecil 2006 kepada Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Walaupun cukai tanah dan cukai pintu di kebanyakkan tempat di
Negeri Sembilan ini telah dinaikkan berkali ganda, nampaknya
ianya tidak dapat menampung defisit kerajaan negeri yang begitu
banyak.
Berita Harian Khamis 20 April 2006 ( Muka surat C6 SENTRAL)
Peruntukan Adun dikurang ? Pengurangan peruntukan sebanyak RM
30,000 bagi pelaksanaan Projek-Projek Kerja-Kerja Kecil 2006
kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) bukan disebabkan pendapatan kerajaan
negeri merosot.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pengurangan itu
sebaliknya bertujuan mengurangkan defisit kerajaan negeri selain
melaksanakan perbelanjaan berhemah.
Katanya, kerajaan negeri mengalami defisit tinggi pada 2004
berikutan perbelanjaan menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) X dan
dibawa dalam belanjawan 2005 dan 2006.
Saya memberi jaminan pengurangan peruntukan tidak akan
mengorbankan program pembangunan yang dirancang dan akan
dilaksanakan terutama di luar bandar?, katanya.
Menteri Besar menjawab soalan Datuk Ishak Ismail (BN-Lenggeng)
yang mahukan penjelasan mengenai tindakan kerajaan negeri
mengurangkan peruntukan ini.
Berikutan itu, Exco diperuntukkan sebanyak RM 140,000 berbanding
RM 170,000 pada 2005, manakala Adun memperolehi RM 100,000 ,
berbanding RM 130,000 tahun sebelumnya.
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|