|
AP, mereka berperang yang untung siapa
Apa pun kata mereka, menjaga Dasar Kereta Nasional, AP di keluarkan secara melampau, deklarasi harga yang tidak benar dan AP di beri kepada penghuni PWTC dan segala macam tuduh menuduh, tegur menegur dan kritik mengkritik tetapi satu yang jelas dan nyata adalah perbicaraan kepentingan - kepentingan korporat tanpa sedikit menyentuh usaha untuk menjayakan apa yang dikatakan integriti dan ketelusan dalam dasar -dasar yang wujud baik semasa pemerintahan Dr Mahathir mahupun dalam era Hadhari Pak Lah.
Asas menolak menyenaraikan nama - nama penerima AP, syarikat yang memperolehi AP dan pembongkaran kekayaan mereka yang di beri keutamaan untuk memiliki AP dan menjual AP menunjukkan bahawa persoalan integriti pentadbiran masih di tahap slogan dan bukan perlaksanaan.
www.umno-reform.com telah berkali - kali diminta memberi komen mengenai isu AP ini. Namun apa yang boleh kami katakan ialah, isu AP adalah satu isu khusus yang mampu di rungkai sekiranya kita benar - benar telus dalam mahu melaksanakan dasar pentadbiran yang berwibawa. Banyak lagi isu - isu seperti isu AP ini yang masih tersembunyi dan perlu di bongkarkan segera untuk melihat ketulusan dan usaha untuk membasmi rasuah dan menuntut peningkatan integriti kerajaan yang mentadbir sekarang ini.
Persoalan asas yang timbul dalam krisis tegur menegur antara Dr Mahathir dan Rafidah Aziz memberi satu indikasi yang penting. Mereka berbincang dan berbicara tentang kepentingan korporat - membincangkan kepentingan kapitalis - membincangkan nasib kereta nasional yang di terajui oleh mereka yang bernasib baik bersahabat dengan Menteri.
Mereka sama mereka berbincang apa yang sebenarnya tersorok sewaktu mereka sama - sama saling bantu membantu. Mereka membincangkan apa yang sebenarnya mereka sama - sama tahu, siapa kronis yang di beri AP, syarikat mana yang di miliki oleh siapa dan bagaimana rakan - rakan mereka boleh memperolehi keuntungan dari semua tindakan mereka. Jangan cerita mengenai kepentingan vendor yang di beri kontrak sedangkan mereka juga datang dari orang -orang yang tidak tahu menahun mengenai automatif. Jangan alih pandangan kepada mereka yang bekerja sebagai "defence" kepada hujah kepentingan awam. Akibat perjalanan perniagaan yang tersembunyi, akibat meneliti keuntungan kronis dan beberapa kerat mereka yang sentiasa bertuah dengan hubungan di balik tabir maka hari ini kita menyaksikan pertengkaran antara mereka.
Kita melihat dan kita tertanya, kenapa satu - satu perkara ini terbongkar. Bila bertelagah, bila tersepit dan bila tertekan. www.umno-reform.com tidak akan membicarakan siapa yang benar dan siapa yang salah. Kami membicarakan apakah ini mampu memberi keuntungan kepada kemakmuran rakyat Malaysia.
Politikus, Ahli Korporat dan rakyat
Apakah tidak pernah kami membicarakan tentang persetubuhan antara tokoh
yang memegang kuasa politik dan ekonomi yang pasti melahirkan bencana -
bencana kepada rakyat Malaysia. Apakah ini sebenarnya satu perbicaraan
yang remeh dan tidak memerlukan penelitian mendalam. Nah, hari ini juga
beberapa skandal wujud yang menunjukkan bahawa amanah yang di berikan
kepada politikus oleh rakyat tidak di junjung dengan tanggungjawab.
Politikus kini juga adalah ahli korporat dan perbincangan mereka adalah
tertakluk kepada nilai keuntungan wang ringgit.
Malaysia punyai indeks perniagaan yang semakin meningkat, Petronas untuk
berbilion - bilion dan sejumlah besar wang telah di beri kepada kerajaan
tetapi apakah ini semua bererti kepada rakyat. Peratus pemberian
tersebut tidak langsung nampak menguntungkan rakyat malah kita di
persoalkan sekiranya menuntut gaji yang tinggi sedangkan tekanan
syarikat gergasi yang lahir dari keringat rakyat terus di bela dari
semua segi.
Kepentingan mencari kekuatan kewangan adalah satu keperluan untuk ahli politik. Ini adalah kenyataan yang tidak mungkin di bantah oleh mana - mana ahli politik yang ada di negara kita ini. Kita bukan mahu mengatakan bahawa ini adalah salah tetapi sikap melampau kalangan mereka amat di kesalkan.
Kepentingan hanya di lihat dari sudut keuntungan kewangan dan keuntungan itu bukan hadir untuk melibatkan semua. Ini hanya melibatkan golongan tertentu untuk mereka terus hidup dalam memunggah hak yang sepatutnya di kongsi dengan rakyat Malaysia yang lain.
Kadang kala kita terfikir apakah sekarang ini Malaysia sudah berjaya. Apakah di tengah - tengah keutuhan Menara KLCC , Menara Kuala Lumpur dan Putra Jaya yang melibatkan wang rakyat memberi keuntungan pasti kepada rakyat Malaysia. Keuntungan pasti hanya kepada kontraktor - kontraktor yang bergeser bahu dengan tokoh politik biar mereka baru semalam berniaga.
Kita masih berslogan
Jangan kata kita sudah benar - benar makmur. Kita hanya berslogan dan dengan slogan itu kita bergembira. Laungan kita sudah merdeka tetap merdeka itu sahaja tidak mengertikan kebebasan. Kita masih terbelenggu dengan tembok - tembok tebal yang menghalang kita untuk mengertikan kejayaan buat rakyat. Kita terlampau takut untuk mengertikan nilai sebenar kemiskinan, pengertian sebenarnya peningkatan indeks eksport dan kedudukan kewangan yang tidak kental. Kita takut berhadapan dengan soal - soal rasuah secara terbuka dan kita andaikan rakyat tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kita takut kerana kita adalah sistem tersebut dan kita adalah mereka yang terlibat.
Akhirnya - kita pandang kepada rakyat untuk mencari sumber membayar kepada kesalahan yang kita lakukan.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|