BALIK KE MUKA UTAMA


Persepsi kepimpinan harus di ubah

Pendekatan kepimpinan kita adalah pendekatan normatif : kenyataan Ungku aziz ini sama dengan ulasan penulisan editor1 www.umno-reform.com dalam artikel mendefinisikan Pak Lah. Pendekatan normatif ini adalah istilah Kajian Sosial Sains yang menjadi punca kenapa orang - orang Melayu masih lagi di tahap yang sama.

Pak Ungku turut menegaskan bahawa masalah utama kenapa Melayu jadi begitu adalah kerana tidak ada pemimpin yang benar - benar bersungguh - sungguh dalam usaha untuk mengubah persepsi Melayu. Ini berkait rapat dengan:

1. Pendekatan normatif
2. Keazaman politik untuk mengubah

Ungku Aziz juga membidas mereka yang mencipta dasar baru tebuk-tebuk, ibarat tikus membaiki labu. Ambil contoh sebelum ini tempoh pengajian di universiti empat tahun kemudian ditukar kepada tiga tahun dan sekarang hendak diubah semula kepada empat tahun. Saya tidak tahu apa justifikasinya. Apakah perubahan itu akan menambahkan kemahiran para pelajar kita?

Ungku Aziz telah berkali - kali menegur sikap sesetengah kepimpinan yang tidak mahu mendengar dan tidak mahu memikirkan sesuatu sedalam mungkin sebelum melaksanakannya. Ungku Aziz mungkin agak lembut dalam mengatakan isu ini tetapi dalam bahasa lainnya adalah umpama Pak Pandir - bodoh sombong.

Namun bagi kami di www.umno-reform.com sekatan - sekatan wujud dan sekatan ini wujud akibat tindakan diri mereka yang terlampau menjaga tempat dan tidak mahu bertindak untuk kebaikan tetapi bertindak untuk kepentingan.

Ini adalah apa yang sebenarnya mahu dikatakan - kepimpinan yang naik bukan kerana merit akan memberi kesan negatif kepada Melayu. Bagi www.umno-reform.com persoalan pertama mengubah persepsi orang Melayu adalah mengubah persepsi beberapa kepimpinan UMNO yang hadir bukan kerana merit. 

Tindakan menjadi kepimpinan bukan kerana merit inilah yang menyebabkan apa sahaja yang di pimpin oleh mereka terkecundang dan tidak membawa kejayaan.

Rasuah satu kebenaran

Pak Ungku seperti mana - mana intelektual lain menetapkan rasuah sebagai satu masalah kronik. Namun saperti yang pernah dikatakan dahulu masalah kronik ini juga di tolak oleh orang yang melakukan rasuah. Ini menyukarkan - lebih - lebih lagi kalau rasuah itu dikaitkan dengan pemegang kuasa seperti yang ada sekarang ini. 

Amalan rasuah ini berleluasa kerana kita tidak memikirkan secara spesifik bentuk - bentuk sistem yang tidak memberi ruang untuk rasuah itu membiak. Kita berdegar - degar menolak rasuah tetapi kita adakan peruntukkan yang mampu membela atau menternak rasuah. Perundangan yang memboleh dan membenarkan - menyorok perbuatan rasuah, kontrak - kontrak yang di letakkan di bawa Akta Rahsia Rasmi dan yang paling penting adalah kuasa - kuasa khas yang mampu membantutkan pergerakan Badan Pencegah Rasuah. 

Hakikatnya Pak Ungku bagi saya mahu mengatakan semuanya tetapi juga terbatas oleh sekatan - sekatan yang ada.

Selagi itu - kita biakkan sahaja rasuah ini - kerana kita tidak pernah serius menanganinya. 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762