BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )


Sampai bila Samy mahu memekakkan telinga
Ida

Sampai bila Samy mahu buat tidak dengar dan tidak tahu. Sebenarnya perbuatan dan cara Samy menjawab soalan mengenai keretakan jejambat - bagaimana laman ini mengklasifikasi Samy sebagai mesra kontraktor memberi indikasi yang cukup kuat untuk Samy meletakan jawatan atau di turunkan secara yang tidak hormat.

Utusan Malaysia telah menunjukkan sikap Samy Vellu dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan mengenai Lebuh Raya Bertingkat Ampang  - Kuala Lumpur. Sikap yang biadap seakan menunjukkan bahawa Samy tidak selesa dan melinting sekiranya di tegur. Di tambah pula seakan benar tuduhan laman ini ke atas Samy - Mesra kontraktor.

Dengan adanya laporan kepada BPR atau Badan Pencegah Rasuah oleh Indian Progressive Front, Samy terus tercabar. Apakah ada perlakuan rasuah dalam Kementerian Kerja Raya.

Pendedahan mengenai MRR2 oleh salah satu NGO bernama Prowaris kini mencetus percikkan api yang menyedarkan ramai antara kita bahawa bahawa terdapat unsur - unsur membelakangi agenda rakyat khususnya keselamatan pengguna apabila rahsia kerosakan jejambat itu disorokkan oleh Samy Vellu. Ini tidak seharusnya berlaku. Sebenarnya tindakan menyorok dan tidak berkata benar - bukan sahaja membelakangi rakyat malah harus di hukum. Samy harus mengambil langkah bijak untuk meletak jawatan sebelum di suruh keluar secara yang lebih memalukan.

Saya harap pakar - pakar dari organisasi Prowaris dapat memeriksa dan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku pada jejambat Ampang  - Jaya rakyat tahu mengenai masalah yang ada pada jejabambat retak di Ampang  - Kuala Lumpur. Saya juga berharap agar Prowaris turut mendesak agar Samy Vellu meletak jawatan supaya yang keruh dapat di jernihkan, sebelum Samy bertindak mengotorkan keadaan.

Undurlah Samy Vellu  

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762