|
mansal damha <mdamha@yahoo.com>
Subject: Re: [ProWaris] Bukan kebelakang
Date: Tue 06/13/06 07:12 AM
Assalamualaikum Sdr WJ dan Semua,
Syabas Sdr WJ. Satu analisis yang baik . Seperti kata pendita,
Sdr melihat sesuatu dengan cara melemparkan idea; idea yang
bernas.
Ia melambangkan "minda yang besar". A great mind talks about
ideas (minda yang besar membicarakan tentang ideas).
Sebaliknya, minda sederhana membicarakan tentang
peristiwa-peristwa yang berlaku. Menakala minda yang kecil,
memperkatakan tentang orang lain - mencaci, menghina, memuji,
memuja, mendewa-dewa, dan tidak kurang yang memfitnah.
Itulah ukuran kematangan fikiran seseorang.
Ya, Sdr, kita janganlah hendaknya selalu memandang ke belakang.
Kita hendaklah memandang ke hadapan.
Allah swt. tidak akan merubah nasib manusia kalau manusia tidak
mahu merubah dirinya sendiri. Allah swt. akan hanya menolong
mereka yang menolong diri sendiri.
Persoalannya sekarang: Mengapakah kita masih gagal dan masih
kekal ditakuk lama dan membicarakan hal yang sama dari zaman ke
zaman? Mengapa kita tidak berubah?
Adakah kita perlukan "trauma/Tsunami" sepertimana yang dihadapi
Jepun dan Jarman ketika kalah di tangan tentera bersekutu di
dalam Perang Dunia Ke Dua dulu? Dan Indonesia, di waktu diserang
gestapo-gestapo Komunis?
Adakah kita harus menunggu kehancuran bangsa dan negara serupa
itu (nauzubillah min zalik) untuk berubah dan memandang ke
hadapan?
Nampaknya trauma tersebutlah yang telah merubah dan mereform
minda dan tekad mereka. Sama sepertimana Malayan Union telah
merubah minda kita untuk bersatupadu memperjuangkan kemerdekaan
nusa dan bangsa..
Kalau China memerlukan tekenan-tekenan hidup dari pemerintah
Chiang Kai Shaik yang rasuah dan fedualistik, disamping
kekerapan bencana alam, untuk merubah hidup; Jepun dihina
menjadi sebuah negara yang dipatahkan jiwanya akibat bom atom,
begitu juga dengan sekutunya Jarman yang akur akan kekalanan di
tangan tentera bersekutu, Indonesia dengan pengalaman pahit yang
hampir menjadikannya sebuah jajahan Komunis, bagaimana dengan
kita?
Adakah kita perlukan "Malayan Union" sekali lagi, atau negara
diperintah bukan Melayu dan Bumiputra baru nak sedar dan
bertindak?
China berubah menjadi Komunis. Jepun dan Jarman berubah menjadi
negara dinamik dan maju setelah dihinakan dihancujr-leburkan
oleh tentera bersekutu.
Akibatnya, mereka mengambil skap memandang ke hadapan, untuk
merubah dan mereform diri. Ia mengambil segala hambatan tersebut
secara positif - belajar daripada kelemahan mereka.
Masing-masing dengan cara masing-masing. China dengan revolusi
budayanya; Indonesia dengan konsep "retooling"nya (mengikut
istilah Sukarno).
Nampaknya apa yang perlu dilakukan ialah pemindahan paradigma
minda yang perlu di sini, diikuti dengan pemindahan jiwa dan
sanubari oleh negara-negara tersebut untuk mara ke hadapan.
Pemindahan-pemindahan minda dan jiwa raga ini perlu dilaksanakan
dengan menggunakan pendekatan-pendekatan "pembudaayannya semula"
dalam ertikata yang seluas-luasnya.
"Pemindahan budaya" atau pembudayaan semula minda dan jiwa apa
yang disebutkan Sukarno sebagai "retooling" itu adalah perlu
sebagai tahap pertama kepada reformasi atau untuk kita menuju ke
arah hadapan.
Adakah kita bersedia menghadapinya?
Sebelum ia dapat dilakukan, ia memerlukan kepersepaduan ummah
Melayu dan Islam untuk menuju ke wawasan yang ingin ditujukan.
Ia memerlukan perancangan rapi dari segenap sudut sistem
pemerintahan - dari segi pendidikan, kehakiman, politik,
ekonomi, media dan sosio budayanya. Malah ia memerlukan segenap
aparatus pemerintahan yang mempunyai halatuju yang sama dan
bersepadu.
Tanpa segala perubahan tersebut, khususnya perubahan minda dan
hati nurani, tidak akan wujud sebarang perubahan yang
diidam-idamkan, iaitu sebuah negara Melayu/Bumi-Islam yang
sejati, merdeka, aman, makmur, dan adil, yang sebaik-baiknya
bebas daripada segala jenis konkongan.
Wallahu'alam.
Uncle M
|