|
mansal damha <mdamha@yahoo.com>
To: prowaris@yahoogroups.com
Subject: Re: [ProWaris] MELAYU ITU ISLAM TETAPI MENGAPA LEMAH?
Oleh Achmad Soeparjo
Date: Thu 06/01/06 08:18 AM
Assalamualaikum Semua,
Di sini ada dua perkara yang saya ingin sentuh: Pertama mengenai
rencana Sdr Achmad Soeparjo tentang : "Melayu itu Islam, Tetapi
mengapa Lemah?"
Kedua, tetang "Kebebasan Media dalam negara Demokrasi" yang
menekankan Kebebasan dan Tanggungjawab sebagai rumusan penting
yang diambil dalam perbincangan mengenainya di rancangan "Hujah"
tv9 baru-baru ini.
Perkara pokok yang dipersoalkan ialah: Di manakah garis
perpisahan diantara kebebasan dan kebertanggunjawaban?
Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sdr Atan Mat
Saman yang telah menyingkap kembali apa yang pernah dan sering
saya suarakan dalam laman web Prowaris sejak tahun 2005 tentang
perkara "mengenali dan menghayati Al-Quran" ini.
Saya telah cuba melakukannya secara "subtle" bertujuan ingin
mengingtkan betapa pentingnya kita sebagai umat Islam kembali
kepada ajarannya yang sebenar.
Kita tidak dapat mengenal dan menghayati ajaran Islam tanpa
berpandukan Al-Quran dan Hadith. disamping Ijmak dan Qias.
Sdr Achmad telah mengembalikan ingatan kita kepada betapa
perlunya kita kembali kepada mengenali dan menghayati
ajaran-ajaran yang diwahayuk Allah swt. di dalam Al-Quran itu.
Walaupun sepertimana yang saya katakan bahawa perkara ini telah
saya katakan acap kali dalam Prowaris, dengan memberitahu bahawa
saya kerap mengikut USRAH (mengenali, menghayati dan memahami
ajaran Al_Quran), Hadith dan ajaran Imam-iman Ghazali dan Shafie,
tetapi hal ini nampaknya tidak dapat perhatian yang diharapkan.
Lumrah manusia, kebanyakannya memang ramai yang sering "mendengar"
tetapi tidak dengan pendengaran yang "tertumpu". (Most people
tend to 'hear' rather than 'listen' to what you saya).
Mungkin juga ramai yang "sibuk". Tetapi, kalau meluangkan masa
untuk menimba ilmu dunia akhirat dengan menghadirkan diri
mengikuti majlis-majlis USRAH umpamnya, ia dapat membantu kita
mendekati Allah swt. Pencipta kita yang khaliq itu.
Seminggu, dua-tiga ayat dipelajari secara mendalam akan
memberikan erti yang mendalam dalam hidup kita sebagai seorang
Islam.
Kalau kita tidak menghayati dan memahami Al-Quran dan ayat-ayat
yang kita baca ketika kita solat, misalnya, bagaimana kita
hendak mengenaliNya dan khusu' diwaktu solat?
Kata orang tidak kenal tidak cinta. Begitulah juga dengan Al-Quran
kalau tidak kenal, menghayati dan memahaminya, maka rasa cinta
terhadapnya (ini bermakna terhadap wahayu Allah), tidak akan
timbul.
Al-Quran mengajar kita hidup berjaya di dunia dan akhirat.
Ajaran-ajarannya bukan saja perlu dihayati dan difahami, tetapi
juga diamalkan. Barulah umat boleh berubah, seperti berubahnya
secara pantas (dalam masa 50 tahun) berubahnya umat Arab
sepertimana yang dikatakan oleh Sdr Achmad itu.
Bukan itu saja, Al-Quran akan mendekatkan kita dengan Khaliq
yang mencipta kita dan semua makhluk di dunia ini.
Kalau kita sudah dekat dan mencintaiNYA barulah DIA mendekati
dan mencintai kita, dan segala doa dan seruan kita akan
dimakbulkannya, kalau tidak sekarang, di akhirat nanti.
Ini adalah pokok dan hakikat.
Dari itu perbanyakanlah kumpulan-kumpulan USRAH ini di mana-mana
juga. Carilah orang yang betul-betgul dapat memandu dan memimpin
kita di jalanNYA.
Bagi kami, ia mengambil masa hampir 25 tahun, dengan membaca,
mengenali, menghayati, dan mengupas secara mendalam, dua, tiga
ayat, seminggu sekali, untuk kini sampai juzu ke-12.
Disamping Al-Quran, (8 Jilid - 30 juz - Al-Azhar, karangan Prof.
HAMKA)kami juga mematalah Hadith, (terbitan Pejabat Perdana
Meneri), dan IHYA ULIMUDDIN (karangan Imam Ghazali) sebagai
panduan.
USRAH kami dipimpin oleh seorang bekas Timbalan Dekan Fakulti
Undang-undang di UIAM yang mahir dalam tiga bahasa - Inggeris,
Arab dan Melayu).
Seperti juga yang saya katakan bahawa Allah swt. akan tunjuk dan
pimpin sesiapa yang ingin dipimpin (ke jalan) NYA.
Allah swt tidak akan memimpin kita kalau kita tidak rajin-rajin
berjinak dengan/kepadaNYA menerusi ajaran-ajaran dan wahyuNya.
Maka itu, apa yang dianjurkan oleh Sdr Achmd itu adalah
bertepatan dengan masanya.
Kata orang kalau kita hendak mengenali Allah swt. kita hendaklah
kembali ke pangkalan jalan ajaran-ajarannya.
Demikian juga, dalam perjuangan kita, kalau kita hendak balik
bersatu padu memperjuangkan kemajuan bangsa, agama dan negara,
sebagai umat Islam dan Melayu/Bumiputra, maka hendaklah kita
kembali ke pangkal jalan perjuangan kita.
Insya Allah, Allah swt. akan menunjuk dan memudahkan perjalanan
kita untuk mencapi segala cita-cita yang ingin kita mencapainya.
Mengenai perkara kedua, kebebasan media dan tanggungjawab yang
menjadi rumusan Hujah kelmarin, khususnya yang mempersoalkan di
manakah garis pemisahan diantara kedua-duanya, biarlah saya
katakan bahawa "garis" tersebut telahpun termaktub di dalam Akta
Hasutan kita.
Seditious Act atau Akta Hasutan ini telahpun menggariskan
beberapa perkara senstifi yang tidak boleh disentuh oleh
mana-mana pihak, termasuk media, untuk mengutarakannya di
khalayak ramai.
Perkara-perakara ini di anggap sebagi isu-isu sentitif yang
boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Ia adalah mengandungi isu-isu ras (bangsa), agama, kesultanan
dan Bahasa Kebangsaan.
Sesiapa yang menyuarakan perkara-perkara tersebut secara terbuka,
akan menghadapi risiko diambil tindakan sewajarnya mengikut Akta
tersebut.
Itulah cara penyelesaian dan pendekatan yang diambil pihak
MAGERAN untuk menangani perpecahan kaum dan kemusnahan negara,
bagi mempastikan wujudnya keseimbangan diantara kebbasan media
dan tanggungjawabnya.
Sejak Undang-undang tersebut diperkenal dan dilaksanakan,
Malaysia kembali aman daripada angkara May13, 1969 yang menjadi
punca daripada termaktubnya Akta Hasutan tersebut.
Tetapi, mengapa sekarang perkara-perkara sensitif ini dibenar
diperkatakan secara terbuka sekarang tanpa sebarang tindakan
sewajarnya?
Haruskah kita tunggu sehingga sesuatu yang tidak diingini
berlaku baru kita mahu bertindak?
Juga Undang-undang ISA harus dikenakan kepada para pengedar
dadah dan mereka yang suka merasuah.
Para perasuah, sama pemberi dan penerimanya, hendaklah diarak di
khalayak ramai, untuk mengingat betapa merbahayanya kegiatan
mereka itu kepada negara. Samalah seperti mereka yang suka
menyebarkan perkara-perkara sensitif tersebut.
Uncle M
|