|
From: user@FormMail.To
formmail.to: umnoreform
From_Email: mdamha@yahoo.com
From_Name: mansal damha
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Assalamualaikum Sdr "Penyedar Bangsa",
Sebenarnya sudah lama saya sedar, dan sering menjadi penyedar
bangsa (dari segi perkataan dan perbuatan).
Tidak perlulah saya bermegah-megah dan mendabik dada terhadap
apa yang telah, sedang dan terus akan saya lakukan terhadap, dan
untuk mempertabatkan bangsa, agama dan negara.
Malah mungkin sumbangan dan peranan saya terhadap memperkasa dan
"menyedar"kan bangsa, (sepertimana yang sdr menggelarkan diri
sdr,) kalau nak dikira hanya seperti setitis air di lautan yang
besar.
Inikan pula hendak menerima pujian yang tidak sepatutnya,
walaupun dalam bentuk sepatah kata seperti "Tahniah."
Sepertimana yang saya katakan, apalah ada pada nama? Demikian
jugalah halnya: Apalah ada pada sumbangan dan peranan seseorang
kalau ingin menagih kepujian dan pengiktirafan?
Biarlah Allah swt yang mengitirafnya, seperti maksud hadith:
Tangan kanan yang memberi, lebih baid daripada tangan kiri yang
menerima.
Maka itu memadailah sekiranya saya katakan bahawa apa yang telah
saya lakukan selama hidup saya sehingga ke hari ini, khususnya
dari segi bahasa, budaya, dll. amat sedikit sangat, walaupun ia
pernah melibatkan kegiatan-kegiatan di dalam negara, dan, bahkan
juga, arena antarabangsa secara kecil-kecilan dan di luar
pengetahuan umum.
Tetapi, siapalah saya, dan apalah ada pada saya sebagai seorang
manusia kerdil ini?
Sebenarnya, apa yang berlaku dan apa yang saya lakukan itu
adalah lebih penting diperakui Allah swt daripada perakuan
manusia.
Lagipun, di dalam zaman keindividualan dan kebendaan ini, sukar
bagi manusia melihat mana yang kaca dan mana yang batu, serta
mana yang mutiara dan mana yang ma'nikam.
Manusia sekarang sering memandang seseorang dari segi taraf,
kedudukan, pangkat, dan harta. Budi bahasa, kemurnian hati,
kejujuran dan keikhlasan kurang dan kadang-kdang tidak ada
ertinya kepada mereka.
Bak kata orang: hina besi kerana berkarat, hina manusia kerana
tidak berharta.
Maka itulah, berbuat baik kepada Allah swt dan menyerahkan diri
(setelah berikhtiar bersungguh-sungguh) kepadaNya, sambil
berdo'a supaya kita sentiasa di dalam perlindungan dan
bimbinganNya, adalah lebih berfeadah daripada
membangga-banggakan diri dengan apa yang ada pada kita, siapa
dan apa yang telah kita lakukan.
Lebih-lebih lagi jika kita kurang bercakap, tetapi banyakkan
amalan, adalah lebih afdhal daripada meluahkan sesuatu yang
tidak berfaedah dan mendatangkan fitnah kering atau basah.
Wallahu'alm.
Uncle M
|