|
user@FormMail.To
Reply-To: "muharram" <muharram@ yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: (No subject)
Date: Wed 05/10/06 04:50 AM
Pesanan: Umno semuanya Sesumpah.
Jangan menuduh Mahathir sahaj sebagai sesumpah. Sesungguhnya
semua MP ,ADUN dan semua pemimpin Umno dulu,kini selamanya
adalah sesumpah.
Mahathir adalah Mahathir. Dia berani menyatakan apa yang dia
rasa tidak sesuai dengan dirinya walau pun adakalanya
tidak benar .Yang penting Mahathir merasa puas dan syok
sendiri setelah mengeluarkan pendapat.
Dia puas kerana Umno menyokongnya 100% apabila dia menghina Nabi
Mohammad saw yang tidak mencukur janggut kerana tiada Gillette.
Umno termasuk ulamaknya Hamid Othman/Yusoff Nor
tersengeh-sengeh apabila Mahathir mengatakan jika Hukum
Hudud dilaksanakan makan ramailah orang makan sop tulang.
Terlalu banyak penghinaan Mahathir terhadap Islam dan
ulamak dan tak tersenaraikan disini.Tidak seorang pun pemimpin
Umno berani menegurnya.
Tetapi apabila Mahathir sudah tidak ada kuasa maka sesumpah Umno
berpindah kepada sesumpah Abdullah Badawi . Sesumpah Umno kelam
kabut bertukar dari sesumpah Mahathir Mohamad kepada
sesumpah Abdullah Badawi.
Sesungguhnya pemimpin Umno ini bermaca-macam gelaran atau lebel
boleh diberikan. Sesumpah kek,kambing biri-biri kek ,sarkas
kek ,terompah kayu kek ,daun karipulai kek dan lain-lain.
Sesumpah kita dah tahu. Siapa ada kuasa disitulah kiblat dan
warna kulitnya bertukar. Hitam jadi kuning,putih jadi
merah,biru jadi coklat cuma tak berani bertukar hijau saja
sesumpah tu.
Umno ibarat kambing biiri-biri. Seekor melompat maka semua
melompat.Terbaru pasal perletakan jawatan Shahril Samad.
Mula-mula bukan main garang,mahukan Shahril Samad terus
mengetuai BBC tetapi apabila Paklah dan Najib kata biarkan
Samad terjun kelaut dengan labu-labunya maka semua MP Umno
tutup mulut. Macam biri-biri apabila ketua biri-biri tiba
-tiba melompat maka semua biri-biri yang dibelakang pun ikut
sama melompat.Biri-biri bunting cukup bulan pun melompat.
Umno ibarat terompah kayu.Zaman dulu-dulu terompah kayu sangat
berharga sebagai alas kaki . Tetapi sekarang terompah kayu
hanya layak dipakai ketika hendak masuk jamban taik. Masuk
jamban pakai terompah dan keluar jamban terompah
ditinggalkan. Dah kencing dan berak terompah dicampak
ketepi.Itulah Umno.
Umno ibarat sarkas. Tuan/puan pasti pernah menonton filem
Pendekar Bujang Lapok arahan Tan Sri P.Ramlee. Samsudin
ketika tiba di kampong Pinang Sebatang kata "alif , mim ,
nun , wau (Umno) itu Sarkas.
Tak percaya sila minta RTM tayangkan kembali filem Pendekar
Bujang Lapok. Jangan-jangan selepas ini filem Pendekar
Bujang Lapok diharamkam ditayang di tv.
Tahniah kepada Tan Sri P.Ramlee kerana dianugerah Tan Sri pasal
berjasa mengatakan alif,mim ,nun ,wau (Umno) adalah sarkas.
Tepat sekali andai P.Ramlee bahawa pemimpin Umno ibarat
sarkas. Harimau dan singa yang garang pun jadi jinak dan
bodoh sebab kekenyangan diberi makan daging busuk,daging
binatang mati dilanggar lori dan lain-lain .Yang penting
daging. Perut buncit dan kekenyangan.
muharram.
|