|
Benarkah sentimen UMNO di gunakan dalam pilihan raya NUBE
Memilih mereka yang mempu membela bukan di bela
Benarkah sentimen UMNO, dimanipulasi untuk memancing undi? www.umno-reform.com menerima satu kenyataan email yang mengatakan nama UMNO telah digunakan untuk memancing undi dengan harapan orang yang akan bertanding menerajui kepimpinan baru NUBE atau National Union of Bank Employees adalah ahli UMNO yang akan dapat memenuhi permintaan pekerja dengan bantuan UMNO.
Dakwaan juga wujud bahawa ada calon yang akan bertanding adalah ahli UMNO dan akan bertindak memainkan sentimen Melayu dan UMNO untuk terus memancing undi.
Perkara ini akan kami dari www.umno-reform.com siasat.
Sungguhpun begitu www.umno-reform.com percaya kepimpinan yang patut di lantik oleh ahli - ahli NUBE adalah kepimpinan yang berani memperjuangkan hak pekerja bank dan ahli NUBE. Kami percaya UMNO tidak akan bertindak menentukan siapa calon yang perlu menang sebaliknya ahli NUBE harus menilai siapa yang bertungkus lumus memperjuangkan agenda pekerja dalam mendapatkan hak dan keadilan.
Kami dalam www.umno-reform.com juga menyarankan bahawa majikan harus bersikap terbuka dalam menerima desakan dari ahli - ahli NUBE yang juga pekerja mereka. Adalah menjadi sesuatu yang malang kalau tindakan kepimpinan NUBE yang hanya menjalankan tugas untuk mendapatkan pakej terbaik untuk ahli - ahlinya di buang dan di pecat. Kita patut sedia maklumkan mengenai pemecatan 10 orang pekerja BCB Berhad hanya kerana mereka menuntut keadilan dan kesaksamaan. Saya agar terkejut dan gusar bila mendengar salah satu perjuangan mereka yang di pecat adalah kerana faedah cuti menunaikan Haji.
Kami di maklumkan antara perjuangan 10 orang yang di pecat dari BCB adalah kerana mereka mahukan sama rata antara cuti pegawai yang mengerjakan haji dengan kerani. Dimaklumkan kepada kami BCB membenakan pegawai bercuti sehingga sebulan untuk menunaikan Haji tetapi bagi pekerja bawahan - kerani dan bukan perkeranian hanya di peruntukkan 14 hari. Ini soal ibadah bukan soal hirarki.
Apa pun saya turunkan nama - nama mereka yang saya terima dari temu bual saya mengenai tingkah buruk BCB Berhad, sebuah Bank yang besar di Malaysia.
Mereka yang di pecat adalah :
Khairil Rizal bin Mansor
Suzana Binti Abdul Manan
Mariati Binti Ariffin
Sivagandhi s/o Raman
Chandrakumar s/o Kanapathy
Masziyati Binti Yaakob
Harianto Effandy Bin Zakaria
Mohd Azizi Bin Adnan
Sandagran Solomon s/o Joseph Pitchay ( J. Solomon)
Nor Azlin Binti Ahmad Tridi
Ini bagi kami adalah ketidakadilan yang menindas bukan sahaja mereka yang mahukan melaungkan kesamarataan tetapi penindasan ini melibatkan anak bini mereka dan keluarga mereka.
Bagi saya kekuatan NUBE adalah penting agar pekerja - pekerja Malaysia tidak di buat seperti pendatang haram di bumi mereka sendiri. Kini BCB di beritakan sebok menyalur luar beberapa perkhidmatan dan ini kami klasifikasi seperti mencari pekerja asing dalam industri bank itu sendiri bukan untuk mengurangkan kos dan kecekapan tetapi untuk memenuhi hasrat golongan korporat tertentu. Dalam konteks BCB apa untungnya pelanggan dengan memberi modal permulaan pada EPIC - 1, syarikat RM 2.00 sebanyak RM 25 juta dan pinjaman tambahan tanpa faedah sebanyak RM 150 juta dan membayar perkhidmatan sebanyak 30 juta se tahun. Malah pelanggan, pengguna dan pekerja yang terpaksa membayar peningkatan kos perkhidmatan dengan semua servis yang dahulunya di caj dengan nilai minimal kini di naikkan. Pekerja kerani terus merana dan di tindas oleh keputusan korporat yang hanya memberi tumpuan kepada mengurangkan kos bank dan meningkatkan kos perkhidmatan. Untungnya pada siapa?
UMNO tidak campur tangan dan harus kekal begitu
Memperjuangkan nasib pekerja dalam NUBE mahupun dalam mana - mana organisasi berpersatuan adalah penting agar golongan korporat tidak dapat menindas pekerja sesuka hati. Andai ada yang hadir memberitahu bahawa mereka mendapat sokongan dari UMNO di belakang mereka - dalam proses untuk memancing undi - maka mereka harus di singkirkan dari menjawat jawatan dalam NUBE dan seharusnya di tolak dari terus memimpin. www.umno-reform.com sekali lagi menegaskan, bahawa kepimpinan NUBE harus di pilih dari mereka yang boleh membela nasib pekerja dan ahli NUBE ; bukan mereka yang berteriak mewakili pekerja tetapi di bela oleh majikan untuk tujuan tertentu.
Sungguhpun www.umno-reform.com adalah penyokong wadah politik UMNO tetapi kami bertindak bukan untuk menyokong membuta tuli. Kami percaya kekuatan pekerja adalah penting untuk menghapuskan penindasan terhadap pekerja - yang juga pengguna - yang juga golongan rakyat biasa.
Kehadiran mereka bagi www.umno-reform.com mampu mencorak kepada kemakmuran rakyat seterusnya negara. Kami percaya dari kalangan kepimpinan NUBE khususnya - dalam membicarakan pemilihan mereka sudah terserlah pemimpin yang bukan sahaja bersih tetapi kelihatan bersih. Kita sepatutnya sangsi kepada kepimpinan yang punyai pelbagai rekod khususnya pecah amanah dan melarikan wang persatuan seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini.
Kami juga percaya sokongan semata - mata kepada ahli UMNO yang mahu menjawat jawatan dalam NUBE tetapi tidak sanggup berusaha untuk memperjuangkan hak pekerja harus di tolak. Kami percaya ahli - ahli UMNO yang juga ahli NUBE mahu kepimpinan NUBE mereka benar - benar memperjuangkan hak pekerja dan se tidak - tidak berusaha memartabatkan maruah pekerja bank khususnya peringkat bawahan. Kita tidak seharusnya memilih mereka yang hanya sanggup berusaha membubarkan NUBE sungguhpun mereka ahli UMNO. Bagi www.umno-reform.com pasti UMNO mahukan nasib - nasib pekerja terbela dengan sebaik mungkin. Kami juga pasti bahawa kepimpinan UMNO tidak menyokong mana - mana ahlinya yang bertanding dalam NUBE dengan harapan lain selain dari memperjuangkan rakyat.
Mereka sanggup di pecat - itu perjuangan
Rakan - rakan pelayar www.umno-reform.com . Perubahan adalah penting dalam kita meneruskan perjuangan untuk memastikan kemakmuran rakyat terjaga.
Kita tidak harus membiarkan pemilik - pemilik kuasa ekonomi, memperhambakan rakyat biasa - khususnya pekerja. Kita perlu hormati mereka yang sanggup berkorban untuk memastikan hak - hak pekerja diperjuangkan dan tidak ada diskriminasi khususnya penindasan terhadap pekerja khususnya mereka dari peringkat bawahan. Mereka turut mengeluarkan modal tenaga untuk kejayaan organisasi. Kita sebaliknya perlu menolak tindakan - tindakan ganas majikan yang memecat mereka hanya kerana mereka mahu memperjuangkan keadilan.
Dalam kes BCB - pemecatan 10 orang kakitangan yang tersenarai di atas adalah tindakan rakus untuk menunjukkan siapa berkuasa. Bayangkan orang - orang bukan Islam yang di
pecat seperti :
Sivagandhi s/o Raman
Chandrakumar s/o Kanapathy
Sandagran Solomon s/o Joseph Pitchay ( J. Solomon)
kerana memperjuangkan jumlah hari cuti yang sama antara pengurusan dengan pekerja bawahan untuk mengerjakan ibadah Haji. Mereka bukan meminta agar cuti biasa antara pengurusan dengan pekerja bawahan di samakan. Mereka bukan meminta agar apa yang diperolehi oleh pengurusan juga diperolehi oleh pekerja kerani dan bukan perkeranian pada kadar yang sama dan serupa. Perjuangan mereka adalah agak penindasan dihapuskan. Agar pekerja di bawah keahlian NUBE di bela. Kita harus memberi hormat kepada mereka yang kini di pecat dan semestinya ini akan menyulitkan kedudukan mereka dan keluarga mereka. Kita harus sedarkan semua pekerja bahawa tindakan Bumiputera Commerce Bank adalah tindakan ganas yang tidak melayakkan kita berurusan dengan mereka. Kita harus bersatu suara, memperkuatkan tindakan dan bertindak menyampaikan kepada semua rakyat biasa bahawa kesombongan BCB harus kita sebarkan. Kita bernekad untuk mengalihkan urusan kita kepada Bank yang lebih bermoral dari Bumiputera Commerce Bank yang bagi saya sombong dan bongkak.
Kita teguhkan agar yang untung adalah kita golongan pekerja biasa.
Untuk NUBE yang bakal menjalankan pemilihan mereka, kita kaji sebagaimana www.umno-reform.com akan mengkaji siapa yang mampu membela pekerja dan siapa pula yang di bela oleh majikan untuk meruntuhkan organisasi NUBE agar mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut selera dan nafsu korporat mereka.
Akhir sekali www.umno-reform.com berpesan agar saudara/saudari;
Memilih mereka yang mampu membela bukan di bela - pengorbanan mereka yang di pecat kerana membela nasib pekerja harus dihargai dan di ucapkan ribuan terima kasih.
Teruskan usaha MEMBOIKOT BUMIPUTERA COMMERCE BANK
|
|
Mereka di pecat kerana membela nasib pekerja Bumiputera
Commerce Bank
Khairil Rizal bin Mansor
Suzana Binti Abdul Manan
Mariati Binti Ariffin
Sivagandhi s/o Raman
Chandrakumar s/o Kanapathy
Masziyati Binti Yaakob
Harianto Effandy Bin Zakaria
Mohd Azizi Bin Adnan
Sandagran Solomon s/o Joseph Pitchay ( J. Solomon)
Nor Azlin Binti Ahmad Tridi
|