![]() |
|
Assalamualiakum, Saya tidak berhasrat untuk berpolimik dengan sesiapa. Apa yang ingin saya lakukan sekadar mahu mengutarakan pendapat untuk difikirkan bersama semoga MELAYU, mudah - mudahan dapat dimartabatkan sebagai satu bangsa yang berjaya. Tuan yang saya muliakan, Kita harus sedar dan harus terima hakikat yang tidak boleh dibantah mengenai UMNO:
Tidak ada satu parti lain yang mampu dan telah berjaya mewujudkan satu bangsa yang agak berjaya sungguhpun tamadun Melayu tidak se-matang tamadun bangsa - bangsa lain seperti Cina dan India. Sungguhpun begitu bangsa kita sudah mencapai taraf- taraf kejayaan yang boleh dibanggakan. Kita harus berbangga baik sewaktu zaman Dato Onn bin Jaafar lagi dengan pencapaian Melayu. Dari zaman itu perpaduan adalah kunci utama yang menyebabkan kita hadir sehinggalah ke zaman Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Andai UMNO gagal menjaga perpaduan antara Melayu - nescaya Melayu kini hanya satu bangsa yang dilihat menunduk - bagai mana kita melihat sesuatu yang rendah menebar di atas tanah peribumi ini. Kita mungkin satu bangsa yang hina - kerana bangsa - bangsa lain telah mendapat tempat di tanah air kita. Kita pula kena bersaing ibarat tersisih di bumi sendiri. Tuan yang saya muliakan, Setandang pisang - tidak semestinya semuanya baik belaka. UMNO juga begitu, ada yang baik dan ada yang tidak. Yang tidak bukan sebenarnya ruang untuk kita mencaci - memaki - dengan panggilan - keldai - lembu dan sebagainya. Saya akur kepada beberapa artikel dan komen -komen yang di hulurkan oleh laman ini - khususnya artikel yang mengkritik secara bijaksana baik saya akui kebenaran yang ada tetapi saya fikir penggunaan perkataan - perkataan seperti keldai - lembu adalah kritikan emosi yang mempunyai agenda berbeza. Kita sedar setiap kepimpinan membawa corak yang berbeza tetapi harus diingat - UMNO tidak akan berganjak dari pejuangan MEMBELA ORANG -ORANG MELAYU sungguhpun perlu diakui kegagalan - kegagalan yang ada. Tuan yang saya muliakan, Memang benar Melayu kini ketinggalan - dari khususnya dari sudut ekonomi, tetapi hakikat yang perlu kita ketahui ialah kegagalan kita adalah kerana MELAYU dan bukan segelintir kepimpinan MELAYU. UMNO dibawah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memainkan rentak - rentak baru, menyusup akar mencari punca. Kita kembali ke asal melihat dimana kesalahan dan kesilapan. Kita sama - sama berusaha untuk tujuan itu. Kita akur kata - kata penulis Tanah Melayu , KETUANAN CINA tetapi hakikat kita yang memberi tidak harus kita lupakan. Kita "memberi" kerana kita berpecah - belah. Kita serahkan satu demi satu kerana MELAYU itu sendiri bukan kerana segelintir kepimpinan MELAYU yang lahir dari masyarakat Melayu itu sendiri. Cina kini sudah mengenggam kekuatan ekonomi. Mereka tidak bersalah tetapi kita MELAYU - yang memecahkan sampan kerana kepentingan politik individu tertentu. Sehingga kehari ini MELAYU masih berpolimik - berdebat dan memperhambat antara satu sama lain. Bermula dari Dato Onn Jaafar - Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak - Tun Hussein Onn - Dr Mahathir dan Pak Lah, kita sama kita bertegang leher. Tengku Razaleigh Hamzah - Anwar Ibrahim dan ramai kepimpinan utama - gopoh sehingga lupa UMNO adalah satu - satu wadah yang tinggal - yang berjasa kepada Melayu. Hari ini kita lihat Tengku Razaleigh Hamzah - punggung melekat di UMNO - membentak dan memulakan siri - siri kononnya memperjuangkan Melayu. Bukankah beliau juga kepimpinan UMNO? Anwar Ibrahim hari ini bersatu dengan parti yang kononnya pelbagai kaum - turut juga tetapi sedikit segan menyebut hal kepentingan Melayu. Namun satu yang kekal adalah UMNO. Masih terus memerintah - membela nasib bangsa. Tuan yang saya muliakan, Saya tidak melihat wujudnya sebarang masalah dengan umno-reform.com. Perubahan UMNO adalah perlu dan pasti. Saya bukan bercakap bagi pihak UMNO - kerana UMNO ada kepimpinan - kepimpinan yang akan mengeluarkan kenyataan rasmi tetapi saya bercakap sebagai ahli yang sangat menyanjungi jasa - jasa UMNO. Saya membaca saranan dan kritikan yang di beri secara berhujah dan secara bijaksana dan percaya telah diambil kira oleh kepimpinan UMNO. . Saya turut percaya kehadiran tuan - tuan dalam UMNO juga kerana kepercayaan tuan - tuan bahawa UMNO perlu dan pada UMNO kita dapat memperjuangkan kembali apa adalah kerana mahu membantu UMNO menutup tertiris akibat kesilapan manusia dalam mentadbir negara ini. Tuan yang saya muliakan, Melayu perlu melihat kepada perpaduan. Kita perlu melihat kepada MELAYU, kita perlu melihat kepada UMNO. Kita jangan sesekali meruntuhkan apa yang ada konon - kononnya mahu memperbaiki sedikit kekotoran yang ada. Kekotoran ini ada dalam semua wadah baik PAS ,KEADILAN mahupun UMNO. Namun kita perlu bersatu dalam memperbaiki kesilapan dan kekurangan dan bukan mengambil tindakan yang melukakan perpaduan dalam UMNO. Tuan yang saya muliakan, Kita harus sama - sama bersatu untuk meperjuangkan kembali, KETUANAN MELAYU. Kita harus sama - sama berada dalam UMNO secara aktif untuk memulakan langkah dalam perjuangan baru kita. Hanya dengan itu sahaja kita akan berjaya. Percayalah - UMNO akan sentiasa berjuang untuk MELAYU dan kehadiran UMNO adalah kerana MELAYU
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|