|
Tindakkan Lembaga Disiplin boleh dipertikai !
umnolinggi@yahoo.com
Msr.Ibrahim UMNO Linggi
Saya merupakan ahli jawatankuasa UMNO Teluk Kemang. Saya telah terlibat dengan
UMNO semenjak usia saya 20 tahun lagi. Pelajaran saya mungkin tidak tinggi tetapi
saya telah korbankan hampir 30 tahun dari usia saya untuk kepentingan UMNO dan bangsa
Melayu yang saya cintai.
UMNO menjanjikan kestabilan politik buat bangsa melayu dan negara. Namum
jaminan ini sedikit goyah apabila perkembangan terbaru iaitu YAB Tan Sri Dato Seri Isa Bin Dato Hj Samad yang telah memenangi Naib Presiden
(undi tertinggi) dengan tidak semena mena dipecat.
Saya bukan mahu mengkhianati UMNO tetapi apabila ada pemimpin UMNO yang
cuba cuba pandai pandai untuk bertindak memandai mandai maka saya ahli
UMNO yang kini selaku jawatankuasa UMNO bahagian terpaksa bersuara.
Apa yang ingin saya persoalkan ialah:
tempoh masa mengapa tempoh masa yang lama iaitu setelah setahun baru tindakkan diambil ? Jika benar Lembaga disiplin cekap dan mempunyai
kepakaran mengapa memerlukan setahun ? adakah tindakkan yang baru sekarang dijatuhkan ada kena mengena dengan kepentingan kem politik
tertentu ,memberi peluru kepada pembangkang tindakkan ini menjejaskan jaminan
kestabilan politik UMNO di pandangan masyarakat serta tidak pasal pasal
memberikan peluru kepada masyarakat
Politik wang ? siapa yang terlibat semua harus faham perwakilan UMNO yang datang dari cerok kampung sudah pasti tidak mampu untuk menampung
duit tambang dan belanja hotel yang mahal untuk kepersidangan maka ada pemimpin yang mampu untuk memberikan bantuan kepada mereka untuk sama
menjayakan Perhimpunan Agung Parti adalah ini salah ? cuba kita fikirkan
berapa yang akan hadir jika semua perlu membayar tambang dan hotel
sendiri, sudah pasti ramai yang tidak mampu.mahukah kita melihat Perhimpunan Agung Parti akan jadi seperti
perhimpunan Agung Parti Adil yang perwakilan tidak dapat datang atau kalau datang akan pulang awal
lepas mengundi kerana tidak cukup duit..? Mahukah parti kita lihat
terhina ? Maaf jika saya keterlaluan, jika jawatan presiden parti dipertandingkan pun sudah pasti calon calon presiden akan berusaha
membawa perwakilan bahagian yang mendokong mereka untuk hadir dengan menaja bas dan sebagainya..
Saksi / pengadu ? adakah saksi atau pengadu yang mengaku menerima wang rasuah membawa wang tersebut sebagai bahan bukti. Jika tidak maknanya
mereka juga terdiri dari yang menerima rasuah maka sudah tentu mereka juga bersalah
jesteru itu Lembaga Disiplin juga harus dijatuhkan hukuman kepada semua penerima rasuah tersebut !
Saya bukan mahu menyokong atau membela tidak tentu arah saya meminta
ehsan YAB Presiden dan kesemua Lembaga Disiplin untuk mempertimbangkan beberapa
faktor sebelum menolak atau menerima rayuan mereka yang dijatuhkan hukuman.
YAB Tan Sri Dato Seri Hj Isa B Dato Hj Abd Samad merupakan tokoh politik
yang setia dan selama ini mendokong penuh UMNO.
22 tahun mengemudi bahtera UMNO di Negeri sembilan telah berjaya menjadikan negeri dan UMNO menjadi Ulung. Telah pun berjaya berdepan
dengan Semangat 46 dan pecahan penyokong Anwar dengan jayanya.
Beliau sentiasa akur dengan pimpinan termasuk mengosongkan kerusi DUN Linggi dan pergi bertanding di kawasan baru Parlimen Jempol, namum
amanah yang diberikan tidak dipersia beliau berjaya menewaskan calon pembangkang yang dianggap kuat di Jempol.
Beliau tetap akur dengan keputusan arahan mengosongkan kerusi Menteri Besar
Malah selepas dimalukan oleh Lembaga Disiplin pun beliau masih positif dan berjanji terus mendokong UMNO walaupun dalam hati beliau saya
percaya ada sedikit kecewa.
Walaupun bukan suara rasmi namun saya antara ahli UMNO yang menuntut
keadilan ! Beliau telah membina UMNO Negeri Sembilan selama 22tahun saya
khuatir jika keadilan tidak diberikan kepada beliau UMNO akan menerima
akibatnya.
Msr.Ibr
UMNO Linggi,Teluk Kemang
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|