BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: penerangan_keadilan@yahoo.com

From_Name: Hj Ramlan Roes (Ketua AMK NS)

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: AMK pelawa Umno berdebat isu kenaikan harga minyak
Mon | Mar 20, 06 | 06:37:08 PM


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob KUALA LUMPUR 20 Mac (Hrkh) - Angkatan Muda  KeADILan (AMK) akan mengadakan program Debat Perdana berhubung isu  kenaikan harga minyak 24 Mac ini di Dewan Pejuang, Wisma Anwar Ibrahim,  Seremban, Negeri Sembilan yang akan menyaksikan kemungkinan pemimpin  Umno turut serta dalam debat tersebut.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Badrul Hisham Shaharin berkata debat itu  dibuat bagi menyahut seruan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri  yang mahu rakyat tahu dan memahami tindakan kerajaan menaikkan harga  minyak sejumlah 30 sen.

Dalam isu ini, AMK Negeri Sembilan mengambil sikap terbuka menjemput  pihak kerajaan dan Umno sendiri untuk memberikan penjelasan dan  mendengar sendiri keluhan rakyat terbanyak, katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi maklumat program kepada  Harakahdaily sebentar tadi.

Debat ini akan menyaksikan panelis yang hebat antaranya, Jurucakap  Gabungan Membantah Kenaikan Minyak dan GAS-(Protes),Dr Hatta Ramli;  Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan, Dato Jamlus Abdul Aziz; Exco Kerajaan  Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan, T.Rajagopalu dan Naib ketua AMK,  Shamsul Iskandar Md Akin.

Sementara Badrul Hisham sendiri akan menjadi moderator debat yang  dijangka akan mendapat sambutan hangat penduduk Negeri Sembilan dan  sekitarnya.

Penganjur telah menghantar semua surat jemputan kepada panelis pada 17  Mac 2006 berharap semua panelis dapat hadir demi membincangkan isu  minyak yang benar-benar menyiksa rakyat, kata Badrul Hisham.

Menurut Badrul lagi " kami berharap tiada alasan diberikan kerana kami  telah menyatakan dalam surat jemputan bahawa kami juga bersedia menerima  sesiapa sahaja yang dinamakan untuk mewakili YB Ir Jamlus atau YB  T.Rajagopalu"

Orang ramai dijemput hadir.

pertanyaan sila hubungi : 0176688404

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762