BALIK KE MUKA UTAMA

Pak Lah, perubahan kabinet perlu dijalankan sekarang

Sudah sampai masanya Pak Lah memulakan perubahan dalam barisan kabinet beliau. Pak Lah sekarang seharusnya sudah berani melakukan perubahan drastik yang sepatutnya mengambil kira beberapa perubahan beberapa Menteri bagi memberi suntikan baru dalam kabinet beliau. Perubahan Menteri harus dijalankan bagi menggantikan mereka yang sudah kekeringan idea dalam melaksanakan tanggungjawab mengendali kementerian masing - masing. 

Pak Lah sepatutnya sudah meneliti segala laporan prestasi barisan menteri - menteri yang ada dan siapa yang perlu di ganti untuk memantapkan jentera kabinet beliau selaras dengan hasrat dan visi kepimpinan beliau.

Kalau dilihat perubahan kabinet sewaktu beliau mula memerintah - apa yang jelas ialah kabinet beliau adalah kabinet 'accomodative" , mengekalkan beberapa kepimpinan yang di kira usang dan lama dengan memasukkan muka - muka baru sebagai Timbalan Menteri. Hari ini Pak Lah sepatutnya sudah sedia menggugurkan mereka yang bukan sahaja tidak lagi produktif tetapi masih ortodoks mentadbir seperti zaman kepimpinan Dr Mahathir. 

Pak Lah sudah sepatutnya berani mengumumkan perubahan menteri dalam menyusun kabinet baru yang dapat memberi inovasi baru kepimpinan negara ini. Setelah memegang jawatan Perdana Menteri dan setelah melakukan beberapa tindakan berani seperti mengambil tindakan ke atas mereka yang bergelumang dengan rasuah politik, Pak Lah seharusnya lebih selesa dalam membuat keputusan - keputusan tidak popular hatta seperti menggugurkan Menteri yang penuh dengan kontroversi. 

Beberapa nama sepatutnya sudah tersenarai dalam buku laporan Pak Lah yang perlu di gugurkan sungguhpun itu mungkin keputusan tidak popular. Nama - nama seperti Datuk Samy Vellu, Dato Lim Keng Yeik, Rafidah Aziz, Datuk Paduka Kadir Sheikh Fadzir,Dato Azmi Khalid, Dato Paduka Rafidah Aziz, Dato Jamaluddin Jarjis dan beberapa nama lain. 

Perubahan ini perlu disegerakan kerana era pemerintahan Pak Lah perlu menunjukkan kelainan yang serius dari hanya meneruskan tradisi kepimpinan Dr Mahathir. Persoalan - persoalan perubahan yang dinantikan oleh rakyat dalam pentadbiran Pak Lah perlu dilakukan bagi membawa karaktor baru dengan nilai perubahan baru agar Pak Lah tidak diaktakan mentadbir pada nilai yang mendatar tanpa perubahan.

Pak Lah harus tidak menafikan persembahan karaktor "feel good" yang dilakukan sewaktu pilihan raya baru - baru ini. Pemberian jenama tersebut harus di turut dengan perubahan kepimpinan yang membawa nilai - nilai baru, kepimpinan yang rendah diri dan mereka yang dekat pada rakyat. Perubahan ketara ini yang dapat memberi rangsangan kepada rakyat dengan kehadiran Perdana Menteri baru yang meletakkan nilai - nilai Hadhari dalam menerajui kepimpinan Malaysia hari ini. 

Mungkin ini yang sekarang ini dinantikan oleh rakyat dari Pak Lah. Perubahan ini bagi kami akan meletakkan era Pak Lah sebagai seorang Perdana Menteri yang turut memberi kelainan dan tidak hadir sebagai penerus tradisi Dr Mahathir Mohamed. 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762