|
Setelah Timbalan Perdana Menteri menasihatkan rakyat agar
mengubah cara hidup mereka dalam menangani isu kenaikan harga
petrol sebanyak 30 sen seliter, izinkan saya pula menyarankan 5
langkah berikut kepada pimpinan BN terutamanya UMNO agar cara
hidup mereka diubah terlebih dahulu bersesuaian dengan motto
keramat Kepimpinan Melalui Tauladan
1. Semua menteri, timbalan menteri dan seumpamanya perlu
menukarkan kereta rasmi mereka kepada kereta kenari perodua
memandangkan petrol consumption untuk kereta model ini kurang
jika dibandingkan dengan kereta mercedes atau proton perdana.
2. Semua Menteri, timbalan menteri dan seumpamanya mestilah
berkongsi kereta (car pooling) untuk ke pejabat, menghadiri
mesyuarat di peringkat kabinet, kementerian dan negeri. Car
pooling ini juga perlu dilakukan dikalangan ahli-ahli parlimen
dan dewan undangan negeri BN ketika menghadiri sessi parlimen
dan DUN.
3. Semua menteri, ahli politik BN terutamanya UMNO yang banyak
menghabiskan wang untuk “program bertemu rakyat” di merata
pelusuk negara diwajibkan menaiki kenderaan awam seperti bas
ekspress, keretapi dan sebagainya.
4. Majlis-majlis rasmi kerajaan tidak boleh diadakan di
hotel-hotel lima bintang. Sebaliknya memadai dibuat
didewan-dewan serbaguna dan jamuan makan pula diadakan di
warung-warung ditepi jalan. Ini pastinya dapat membantu golongan
peniaga kecil Bumiputera.
5. Para menteri BN terutamanya UMNO dinasihatkan agar mengelak
mengahwini selebriti memandangkan lifestyle mereka selalunya
melibatkan maintenance cost yang tinggi (tapi kalau dah jodoh
nak buat macam mana…)
Abu Harith
|