![]() |
|
Kehadiran TV3 dengan hasrat menjadi "suara rakyat" dengan siri pendedahan "LUKA RAKYAT" nampak tempang bila isu kenaikkan harga minyak, penswastaan air dan elektrik tidak menjadi topik utama mereka. Mereka lebih suka mengutarakan siri -siri alam persekitaran - projek terbengkalai khususnya yang menghentam Selangor Maju 2005. www.umno-reform.com menyokong tindakan pendedahan ini - tetapi lebih sempurna kalau stesen TV ini mendedahkan isu - isu luka rakyat tanpa agenda politik. TV3 dalam kenyataan beliau berkali - kali menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai agenda lain selain dari agenda mengutarakan masalah rakyat dan Selangor. Namun setelah menonton Bulletin Utama - apa yang jelas kelihatan ialah hentaman Karam Singh Waliah terhadap Selangor Maju dan siri pendedahan mereka nampak jelas mempunyai matlamat yang tersirat. Pendedahan luka rakyat TV3 berpilih - pilih. Isu yang lebih besar yang melibatkan bukan sahaja Selangor tetapi seluruh rakyat Malaysia dibantutkan selaras dengan kehendak politik yang wujud di Malaysia. Isu kemarahan sesetengah pihak mengenai kenaikan harga minyak - yang pasti menyebabkan kenaikan harga - harga lain serta peningkatan kos hidup senyap tanpa sebarang pembelaan. Isu - isu penswastaan air dan kenaikkan yang bakal dibuat terhadap elektrik nampaknya tidak menarik perhatian TV3 yang kini semakin popular dengan agenda menghentam Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo. Ini menyebabkan kita tertanya - tanya mengenai - agenda siapa yang sebenarnya di bawa oleh TV3. www.umno-reform.com yang pada mulanya menerima tindakan dan paparan TV3 sebagai sesuatu yang amat positif kini tersentap dengan paparan berpilih - pilih yang di utarakan oleh TV3. Agenda rakyat kini digunakan oleh media ini untuk kepentingan politik tertentu yang menyebabkan perjuangan dan pembelaan murni mereka tercemar. Pembelaan corak ini bukan sahaja memualkan tetapi tindakan mengeksplotasikan rintihan rakyat untuk kepentingan politik amat menjijikkan. Kesusahan rakyat menjadi alat untuk kepentingan politik orang - orang tertentu tidak boleh diterima. Media yang berselindung dengan hajat dan hasrat politik orang - orang tertentu tidak boleh diharapkan untuk menjadi suara rakyat malah mereka hanyalah senjata untuk kepentingan korporat dan kuasa mereka yang tidak ada niat lain selain dari menindas dan beragenda peribadi. TV3 tidak boleh lagi bersembunyi di belakang rintihan rakyat untuk secara langsung menyebarkan cita - cita politik orang tertentu. Rakyat harus disedarkan kembali niat dan hasrat TV3 yang bagi kami tidak langsung berperikemanusiaan apabila menjadikan luka rakyat - kesenggsaraan rakyat - rintihan rakyat untuk kepentingan politik yang sempit.
Anuar Mohd Nor Tel: 012-6544762
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|