BALIK KE MUKA UTAMA

 

Apa yang mampu diterangkan oleh Ketua Penerangan UMNO

Semua yang hadir di PWTC bagi sesi penerangan isu - isu semasa oleh Pak Lah menyaksikan kenyataan berbentuk seperti berikut di keluarkan - adalah kerana semua yang hadir adalah penyokong kuat UMNO dan Kerajaan, maka semua harus menyokong tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita dalam UMNO masih terbelenggu dengan pemikiran kelas bawahan bila pengamalan demokrasi dalam UMNO sendiri terpelecok.Kita tinggalkan dahulu isu peningkatan harga minyak yang bagi kami sehingga kini gagal di jawab oleh Pak Lah dan datuk Seri Najib. Ini adalah kerana bagi mereka yang sudah sampai atau sedang berusaha untuk meningkatkan minda dari kelas bawahan ke kelas satu (seperti yang di usulkan oleh Pak Lah) maka penerimaan penerangan mengapa harga minyak naik adlaah satu langkah ke belakang - membodohkan minda sendiri. Jawapan kerana mahu meningkatan pengangkutan awam dan ini adalah untuk amsa depan generasi kita - serta gesaan untuk mengubah cara dan gaya hidup adalah jawapan bagi kepimpinan yang tidak mempunyai jawapan konkrit dalam menerangkan kepada rakyat kenapa kita perlu naikkan harga minyak.

Setakat ini , sehingga ke hari ini satu jawapan yang berkarisma - berkeyakinan gagal di beri oleh kepimpinan UMNO. Yang ada selain dari yang di sebutkan di atas adalah harga minyak kita lebih murah dari negara lain dan apa yang dikatakan oleh pembangkang adalah fitnah - satu jawapan klasik Tan Sri Muhd Mohamad Taib, Ketua Penerangan UMNO. Bagi kami di www.umno-reform.com jawapan Tan Sri Ketua Penerangan UMNO adalah jawapan orang yang tidak tahu membela keputusan kepimpinan parti untuk meningkatkan harga minyak.

Hakikatnya - mereka yang membantah kenaikkan minyak menerangkan beberapa justifikasi yang difikirkan mereka perlu di jawab oleh kita secara effektif - bukan dengan menyimpulkan ianya satu fitnah.

Walau bagaimana pun sesuatu yang menarik dapat kita simpulkan dari cara kepimpinan UMNO lain berusaha untuk menegakkan kebenaran keputusan untuk meningkatkan harga minyak. Mereka tidak mengetahui asas bantahan pembangkang atau NGO lain - mereka hanya tahu keputusan menaikkan harga petrol mesti disokong walau cara menjawab  tersebut nampak kaku - kelu dan tidak bermutu.

www.umno-reform.com telah menerima pelbagai justifikasi - termasuk perbandingan harga minyak di negara - negara lain, kualiti dan standard kehidupan mereka yang banyak menunjukkan bahawa harga minyak mereka lebih mendatar dari segi kenaikkan dari negara kita.

Persoalannya apakah Ketua Penerangan UMNO mampu memberi satu justifikasi khusus mengenai keperluan menaikkan harga minyak atau apakah cukup sekadar mengatakan ianya perlu dan tuduhan yang lain adalah fitnah? Dimana letaknya kualiti mentaliti Ketua Penerangan UMNO tersebut. Apakah dengan hanya menyokong tanpa boleh menyuarakan soalan dan kritikan dalam UMNO mampu menjana pemikiran kelas pertama yang di kehendaki oleh Pak Lah.

www.umno-reform.com memohon agar Ketua Penerangan UMNO memberi penerangan kepada kami di www.umno-reform.com  dalam isu - kenapa perlu harga minyak dinaikkan. kepada pembaca - pelayar sila ajukan permohonan kami kepda Tan Sri Ketua Penerangan UMNO. 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762