BALIK KE MUKA UTAMA


tridimas <tridimas@streamyx.com>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Sat 05/13/06 08:00 AM

Assalamualaikum...

Kadang2 kita cuma melihat isu-isu besar yang berlaku didalam UMNO dijadikan topik perbincangan dan selepas itu kita akan membuat keputusan siapa yang bersalah. Inilah budaya kita dari zaman dulu lagi.

Sesuatu keputusan yang dibuat sekarang akan menentukan apa yang akan terjadi esok hari. Apa yang ingin katakan disini ialah NASIB ORANG MELAYU.

UMNO sepatutnya perlu melihat dan mengkaji perkara- perkara seperti berikut:

1) Jumlah penduduk Malaysia?

2) Sistem pemerintahan Kita ( Demokrasi) yang mana tidak semestinya orang Melayu menjadi PM?

3) Pecahan peratus bangsa didalam negara.?

4) Status Ekonomi Orang Melayu?

5) Sejauh mana Kekuatan orang melayu didalam Barisan Nasional?

6) Adakah bangsa Melayu ditindas di tanah air sendiri?

Mungkin soalan-soalan diatas nampak bodoh, tapi cuba kaji dan kita pasti akan mendapat jawapan yang mana cukup sedih. Kuatnya sesuatu bangsa terletak pada kekuatan ekonomi keluarga dan bila kita duduk serumpun.

Didalam pemerhatian saya, sedikit sebanyak sistem perumahan yang ada sekarang menyebabkan Melayu tidak mempunyai kekuatan. Berdasarkan pengalamnan saya kenapa pemaju perumahaan tidak mahu menjual rumah yang telah di tetapkan (Malay Reserve) oleh kerajaan kepada orang melayu mereka sangup mengatakan telah habis dijual. Dan pemaju akan menunggu tempoh yang telah yang ditetapkan Kementerian Perumahan untuk menjual pada bukan bumiputra. Mereka yang tidak mengkaji perkara ini dengan mudah akan mengatakan Melayu Tak Mampu Untuk Membeli. Sedikit sebanyak disini akan hilang kekuatan orang Melayu apabila mereka tidak duduk serumpun didalam sesuatu kawasan.

sekian wasalam


 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762