|
user@FormMail.To
Reply-To: "tok serban" <studtrafif@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: (No subject)
Date: Wed 03/15/06 07:15 AM
formmail.to: umnoreform
From_Email: studtrafif@yahoo.com
From_Name: tok serban
Subjek: Comment
Pesanan: Kepada Saudara Wan Indera (WIPA).
Saya ingat nak baca tulisan saudara dengan teliti tapi oleh
kerana saya sudah terlalu banyak membaca tulisan orang UMNO
seperti saudara, saya sudah tahu mode, rentak dan
kualitinya.
Itulah saya sudah kerap kali menulis/menyatakan bahawa orang
UMNO ni dia menganggap diri dia tuhan. Dia boleh tahu
benda yang belum terjadi dan belum pernah terjadi???
'Remarks" seperti "kalau PAS/Keadilan memerintahpun dia
akan buat benda yang sama seperti UMNO". Ini adalah
kata-kata hikmat yang ditaman oleh pemimpin-pemimpin UMNO kepada
pengikut2 mereka yang "Mr Bean". Saya harap saya tidak guna
bahasa kasar walaupun dalam hati ini amat teringin menggunakan
istilah yang tepat seperti bahalol dsb. Maaflah saudara WIPA.
Saya harap saudara bacalah apa yang saya tulis ini dengan
hatidan minda yang terbuka. Jangan mempamerkan kepandiran kita
dengan hujah2 yang tidak academic dan bersifat orang tak
sekolah. Hujah2 standard orang UMNO sudah masak dalam
kepala saya. Saya beri contoh di bawah untuk renungan semua:
1. Bila saya kata harga minyak naik, Seorang Ketua JKKK Orang
UMNO(OU) jawab, jangan pakai kereta, pakai motor. Bila
saya kata bukan minyak saja naik, tarif letrik pun naik,
seorang yang tak dikenali menyampok, :"Jangan pakai letrik,
pakai lilin". Ketua JKKK itu senyap membisu.
2. Saya kata harga barang semua naik, seorang wanita tua UMNO
berumur lebih kurang 65 tahun jawab: "Jangan beli barang
banyak, beli sedikit cukuplah". Saya kata, "beras naik
harga makcik." Dia jawab, "Jangan beli beras lebih-lebih."
3. Saya kata pemimpin UMNO (Ketua Cawangan) pun pakai Merz. Mana
dia ambil duit? Dia bukan lulus SPM pun. OU jawab: "Kenapa awak
dengki dengan kekayaan dia?" Saya beritau mereka, saya tak
dengki tapi saya kesian dengan mereka OU yang miskin dan duduk
pun rumah sewa sedangkan rakan mereka jadi Ketua JKKK dan Ketua
Cawangan, buat harta sepenuh hati. Mereka tak peduli pada kau
orang.
4. Saya kata kenapa ramai orang kampung masih tak dapat tanah.
Kenapa UMNO tak buat sesuatu? Mereka jawab, orang melayu kat
Kelantan pun ramai yang takde tanah. Kerajaan PAS di Kelantan
tak hiraukan mereka. Sama aje PAS dengan UMNO. Saya tanya
mereka mana mereka tahu ini semua. Mereka jawab, dalam surat
khabar cerita dan kami sendiri pergi ke Kelantan. Saya kesian
dengan mereka yang sentiasa ditipu oelh pemimpin mereka dan
surat khabar. Mereka sebenarnya tahu saya orang Kelantan tapi
kerana fanatik, mereka lupa sedang bercakap dengan orang
Kelantan. Kesian mereka.
Banyak lagi saya nak bagi contoh kalau tuan mahu. Begitulah
orang Melayu. Bila saya kata kenapa UMNO beri Singapura kepada
Cina, mereka jawab, bukan UMNO yang beri tapi Tunku A. Rahman.
Saya tanya lagi kenapa beri P. Pinang kepada Gerakan, (sebenarnya
ramai pengikut2 UMNO kampung ni Gerakan pun mereka tak tahu),
mereka jawab, kita kena jaga hati cina, nanti mereka memberontak.
Cina banyak sumbangan kepada ekonomi negara.
Ini semua jawapan2 standard OU bila kita kemukakan persoalan ini
kepada mereka. Saya nak tanya soalan yang sama (di atas) dan
soalan tambahan di bawah ini kepada WIPA dan saya minta tuan
jawab SECARA ILMIAH, MATANG DAN RASIONAL BUKAN SECARA SEMBERONO:
1. Kenapa UMNO tahan royalti petroleum semasa PAS perintah
Terengganu?
2. Kenapa UMNO sibuk nak RAMPAS Negeri yang orang Melayu(PAS)
perintah dan dalam masa yang sama beri negeri melayu pada Cina?
3. Bila tuan sebagai PEMUDA TAHAN LASAK nak ambil semula
Singapura dari Cina? Beri tahu tarikh hari dan masa sekali.
Jangan belit2. Saya sedia bantu.
4. Mana saudara tahu PAS/Keadilan akan buat benda yang sama
macam UMNO jika mereka memerintah? Apa bukti sejarah dan ilmiah
yang saudara boleh kemukakan? Saya nak beritahu bahawa saudara
BUKAN TUHAN. Memang kita boleh buat andaian. Tapi biar andaian
kita berasaskan fakta, pengalaman, sirah, nas nakli atau akli
dan bersifat akademik. Apa sandaran tuan dengan kenyataan ini -
"mereka akan buat benda yang sama macam UMNO". Tidak kah fakta
sejarah PAS perintah Terengganu menjadi bukti yang menyangkal
kenyataan seperti ini? Kalau PAS rasuah, maka sudah lama UMNO
akan perangkap PAS sebab UMNO pegang semua kuasa BPR, Polis dll.
5. Hal yang sama saya katakan jika DSAI (Anwar Ibrahim) korup,
dah lama dia dikenakan oleh UMNO. Tapi oleh kerana UMNO tak
dapat buktikan dia korup maka UMNO fitnah dan reka2 cerita pada
DSAI.
6. Pemimpin PAS atau Keadilanpun pakai kereta mewah memang satu
lagi hujah orang UMNO. Soalnya ialah adakah pemimpin PAS itu
rasuah atau merompak wang rakyat untuk beli kereta mewah SEPERTI
UMNO? Saya bukan tuduh tapi saya yakin saudara dan orang lain
(yang prihatin tentang negara) semua tahu tentang ini. Projek2
yang diperolehi dan dialibabakan kpd cina, ini semua kerja
pemimpin UMNO. Nak bukti ke?? Kalau nak bukti, sila baca kes
terkini Metramac vs Datuk Fawziah dan berpuluh2 yang lain.
Cukup dulu setakat ini. Saya tunggu respond saudara untuk
interaksi seterusnya. Semoga Allh memberi hidayah kepada kita
semua.
|