|
formmail.to: umnoreform
From_Email: studtrafif@yahoo.com
From_Name: tok serban
Subjek: Comment
Pesanan: Tegur(bukan bergaduh) krn UMNO tak terima Islam.
Kepada saudara Hamba Allah. Maaf, saya pun seorang yang jahil.
Saya juga bukan orang politik tapi saya tahu tentang
politik. Ini adalah kerana Islam MEWAJIBKAN KITA tahu
tentang politik. nabi s.a.w berpolitik. Hudud itu politik,
Sohifah Madinah itu politik, perang itu politik,
'international relation' itu politik malah mendidik anak2 dalam
rumah tangga pun ada unsur politik. Politik dalam erti
kata siasah yang luas sebagai antitesis kepada takrifan
Barat(mahaguru UMNO)yang menganggap ia sebagai kotor dan
'diabolical'. Itulah sebabnya Barat dan UMNO menjadikan
teori Machiavelli - "the end justifies the means" sebagai
prinsip politik mereka.
Sekiranya kita hendak menyeru kpd penyatuan, maka mesti ada
suatu mekanismanya. Ianya tak lain tak bukan - islam itu sendiri.
Tetapi UMNO menolak penyatuan melalui Islam. Mereka anggap
ini permainan politik PAS. Jadi apa formula penyatuan
saudara???
Saya nak bentangkan realiti Bangsa Arab di Palestin. Satu pihak
berfahaman kebangsaan dibawah platform Parti Fatah dan satu lagi
dibawah panji Islam bernama HAMAS. Kedua2 golongan ini
kita anggap Islam (saya ada anggapan saya tersendiri terhadap
Parti Fatah) Kita semua maklum bahawa sudah lebih dari 50 tahun
Israel laknatullah menjajah Palestin. Malangnya parti
Fatah (UMNO Palestin) masih menaruh harapan kononnya
Israel akan memberi semula Palestin kepada mereka melalui
rundingan.
Fatah telah diperbodohkan oleh Israel dan USA serta puak Barat
yang lain melalui plan damai Palestin-Israel. Maka PLO @Fatahpun
berundinglah selama lebih 50 tahun??? Ini apa punya
rundingan ni??? 50 tahun berunding tanpa hasil!!??...
Hanya orang bodoh dan bahalol saja yang buat kerja macam
ni. Kalau adapun hanya gimmick atau 10% kemajuan dan 90%
kagagalan. Maka lahirlah HAMAS dalam tahun 1980an dengan PRINSIP
ISLAM DAN konsep JIHAD FI SBIILILLAH - suatu konsep yang SANGAT
DITAKUTI OLEH YAHUDI DAN NASARO: SUATU SENJATA ATOM UMAT
ISLAM YANG TIDAK DAPAT DIHAPUSKAN OLEH YAHUDI
SELAMA-LAMANYA.
Oleh kerana Israel mula terasa bahang kepanasan jihad HAMAS,
maka merekapun memberi kawasan autonomi kpd PLO. Begitulah
lembaran sejarah Islam - Pejuang Islam yang berjuang, puak
nasionalis yang celaka ini mendapat kuasa politik (at the
expense of Islamic struggle). Realiti yang sama berlaku di
Malaysia - HAMIM berjuang, UMNO yang dapat memerintah.
Maka Fatah @PLO diberi syarat oleh Israel(kononnya)jika nak
kawasan autonomi yang lebih, PLO mesti memerangi golongan
pengganas (HAMAS) PLO pun memerangi HAMAS. Saudara lihat!
Mereka ini(golongan sekular kebangsaan) sanggup bunuh
bangsa sendiri kerana habuan dunia yang sedikit. Tapi
HAMAS masih menahan diri dari melawan PLO yang dianggap
saudara mereka.
Kini, HAMAS menang dan menawarkan perkongsian kuasa dengan Fatah
sebagai lambang ukhuwah dan perpaduan Islam TAPI FATAH
MENOLAK. Inilah perangai puak kebangsaan yang SESAT LAGI
MENYESATKAN. Fahaman sesat inilah yang kita tentang. Dan
kita menyeru mereka kembali kepada jalan Allah. Dan mereka
enggan. Sesungguhnya mereka lebih senang bersaudara dengan
Amerika dan Israel dari dengan kita. Bangsa sendiri disumbat
dalam ISA atas nasihat dan teguran USA. Silaknat Yahudi
diambil kerja di MAS dengan gaji yang amat lumayan hingga
MAS bangkrap. Lihatlah bendera Israel di atas bumbung PWTC.
Dan lihatlah bangsa Melayu ditanah dan rumah haram didepan
mata kepala saudara sendiri. Siapa punya angkara semua ini???...
Saya tak faham macamana saudara sampai hati nak bersangka
baik dengan golongan yang mulut manis tapi hati dan
perbuatannya jelas sebaliknya.
|