|
Tenaga Nasional Berhad - syarikat yang lupa mengenai rakyat
Jangan bercerita mengenai keprihatinan mereka terhadap rakyat. Tidak perlu lagi menipu dengan iklan - iklan mereka yang kononnya berjiwa rakyat sedangkan mereka tidak pernah bersama rakyat. Inilah yang kami katakan bila kumpulan elitis pemilik - khususnya yang mempunyai kuasa politik menyerahkan segalanya kepada tokoh korporat yang juga bersandarkan kuasa kenalan politik untuk terus melakukan kekasaran terhadap rakyat. Kepada siapa harus rakyat mengadu, kepada ahli politik seperti YB Dato' Shaziman Abu Mansor bagi membicarakan mengenai masalah rakyat yang tidak dapat membayar bil secara keseluruhan. Mereka tidak punyai masa untuk mendengar. Habis kenapa kita memilih beliau sebagai wakil kita dan kini menjadi seorang Melayu yang di harapkan untuk mendengar rintihan rakyat. Dalam kes ini Dato Shaziman Abu Mansor tidak akan mendengar. Mereka tidak akan mempedulikan masalah kecil rakyat. Bagi yang mengetahui, mereka hanya hadir untuk diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak akan mendengar keluhan rakyat biasa.
Ini terbukti bila TNB, yang kononnya untuk berbillion memotong bil - bil tunggakan mereka yang menjangkau hanya antara RM200 -300. Bila hadir di pejabat TNB untuk memohon bayaran ansuran - semua permohonan ansuran tidak akan di layan. TNB tidak akan melayan sebarang permohonan tunggakan biarpun bil tunggakan hanya sekitar RM 200 - 300 dan ianya hanya merangkumi tidak sampai 2 bulan sahaja.
Mungkin isyarat yang di berikan oleh TNB adalah cari ALONG dan buat pembayaran dan sekiranya tidak maka elektrik TIDAK AKAN DI SAMBUNGKAN.
Satu SMS telah www.umno-reform.com hantar kepada Dato Shaziman Abu Mansor untuk meminta beliau menimbangkan senario sekecil ini. Bagi kami dari www.umno-reform.com jangan biarkan ini berlaku kerana ini akan memarahkan keadaan pengguna khususnya rakyat yang kemungkinan pada ketika itu menghadapi masalah.
Namun seperti biasa Timbalan Menteri berkenaan senyap dan terus mendiamkan perkara tersebut seperti tidak ada langsung timbang rasa untuk menggunakan kuasa beliau sebagai Timbalan Menteri. www.umno-reform.com bukan menyuruh beliau untuk menelefon TNB untuk menyelesaikan satu kes ini tetapi meminta beliau menjenguk kerakusan TNB pada rakyat miskin yang memohon bayaran ansuran dan dalam isu ini mungkin 2 kali pembayaran sahaja. www.umno-reform.com melihat kekeruhan muka mereka yang hadir. Kami simpati tetapi inilah yang berlaku.
TNB bukan syarikat korporat yang di tunjangi oleh mereka yang berusaha keras membangunkan syarikat dari kecil sehingga menjadi besar dan kaya. TNB adalah hasil perjuangan rakyat dan syarikat milik rakyat yang kini hanya mementingkan pemegang saham dan bukan rakyat lagi. Inilah hasil penswastaan yang rakyat Malaysia di bohongi dengan kejayaan. Mereka boleh membuat kadar bayaran anuran dan perbincangan pembayaran bagi bil - bil syarikat korporat yang mempunyai tunggakan hampir berpuluh - puluh ribu malahan ratusan ribu tetapi mereka tidak memberi ruang pada rakyat yang berhutang hanya sekira RM 200 - 300.
www.umno-refrom.com menemu bual kerani yang mengatakan bahawa pegawainya menolak sebarang bayaran ansuran dan berkehendakkan pembayaran penuh dengan nilai tepatnya 206.00 atau bekalan tidak di sambung. Kerani itu juga kesian melihat pengguna tersebut yang berumur sekitar 53 tahun, seorang Melayu dan mempunyai masalah pekerjaan. Namun TNB kata beliau menetapkan syarat tersebut dan tidak ada apa yang boleh di buat. Ini bagi kami satu penindasan yang berterusan.
Bila Malaysia di kejutkan dengan ALON maka ramai para Menteri sebok memperkatakan mengenai isu ini tetapi apakah sebenarnya mereka peduli. Apakah sebenar mereka merasai. Apakah sebenarnya orang semacam Dato Shaziman fikirkan apabila beliau mengetahui mengenai LUKA RAKYAT tetapi tidak mahu mengangkat kening memikirkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk berunding dengan TNB bila sebenarnya isu ini adalah isu rakyat dan sedikit perasaan kasihan harus ada dalam merundingkan pembayaran ansuran.
Kita patut memberi sedikit keprihatinan kepada mereka dalam kesusahan. Perundingan bayaran ansuran PATUT di benarkan dalam semua situasi. Mereka tidak pilih untuk menjadi miskin dan mereka berusaha untuk membayar sedikit demi sedikit tetapi perlakuan TNB amat mendukacitakan. Apakah tidak terfikir oleh mereka tindakan tersebut - bil rakyat yang kecil itu bakal menyusahkan mungkin ibu - bapa mereka yang tua dan uzur di rumah dan anak - anak kecil mereka.
Yang lagi menyedihkan adalah apabila potong di lakukan segera tetapi penyambungan di buat antara 5.00 - 9.00 malam. Bagi kes yang berlaku di depan mata saya, saya kesal melihat hamba ALLAH ini meminjam telefon menelefon kawan beliau untuk meminjam wang sebanyak RM 100.00 bagi mencukupkan RM 206.00 untuk membayar penuh bil elektrik tersebut. Nasib baik ada kawan dan bukan ALONG.
Bagi mereka yang menjalankan aktiviti ALONG, saya syorkan buka kaunter di hadapan pejabat TNB bagi memudahkan mereka meminjam untuk pembayaran kecil seperti ini kerana TENAGA NASIONAL BERHAD TIDAK BERHATI PERUT.
Bagi Dato Shaziman Abu Mansor, www.umno-reform.com berazam untuk terus berusaha menyampaikan luka rakyat kepada Dato kerana Dato mungkin lupa pada LUKA RAKYAT.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|