|
PENYELEWENGAN DALAM PEMBERIAN TANAH - AMANAH YANG DIKHIANATI
"Kami adalah setanah .Tanah adalah amanah. Tanah bukan semata komoditi atau barangan untuk di jual-beli tetapi adalah amanah yang akan di perpanjangkan untuk generasi mendatang.Kita adalah pemegang amanah dalam suatu keluarga besar.Ramai dikalangan kita yang masih hidup dan ramai yang telah meninggal mendahului kita,tetapi ramai lagi yang akan lahir melanjutkan amanah ini.Kenapa tanah diberikan kepada orang yang sudah kaya?Kenapa rakyat kecil yang tidak bertanah sering menjadi mangsa?"
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Apa sejarah sistem undang undang Tanah kita?
· Tanah adalah aset terpenting .Banyak konflik antara negara dan dalam negara berpunca dari
tanah.
· Dalam mana-mana sistem masyarakat,pemilikan dan penganugerahan tanah bergantung kepada bagaimana pandangan atau konsep mereka terhadap
tanah.
· Mengikut pemilikan tanah dalam masyarakat tradisional, tidak ada konsep tanah milik perseorangan.Bila seseorang berhenti mengusahakan tanah,haknya terhenti dan tanah kembali kepada masyarakat bagaimanapun dalam masyarakat kapitalis pemilikan tanah secara individual dijadi asas ekonomi kapitalisme.Bermakna siapa yang ada modal boleh memiliki
tanah.
· Sebab itu ketika penjajah British datang ke tanah air ini,mereka telah menekan Raja-raja Melayu untuk menerima nasihat mereka mengenai undang-undang dan pentadbiran tanah Melayu.Malah dengan cara ini Raja-raja diminta oleh British mengistiharkan hak milik tanah dibolehkan untuk orang-orang
asing.
· Dalam sistem Residence yang dipaksa British ke atas tanah Melayu,Raja-raja Melayu telah membenarkan Brirish menguasai pentadbiran
tanah.
· Dengan kuasa yang diperolehi oleh British sistem tanah adat dihapuskan dan sistem pemilikan tanah secara individu (Private Ownership) dilaksanakan .
· Bermula dari sinilah British mengeksploitasi pemilikan tanah untuk membuka lombong bijih dan perladangan.Pelaburan dari luar dibenarkan melalui sistem pemilikan tanah oleh
syarikat-syarikat.
· Akhirnya pemusatan hakmilik tanah berlaku dan orang tempatan terpaksa melepaskan tanah akibat tekanan sistem ekonomi yang diwujudkan oleh British dan seterusnya kehidupan mereka dikawal oleh penjajah British.Sistem Torren diperkenalkan oleh British sebagai sistem pentadbiran tanah mengganti sistem undang-undang tanah Melayu yang sebenarnya adalah gabungan antara sistem syariah Islam dan adat Melayu.
Apa Kaitan Perlembagaan Persekutuan Dengan Undang- undang Tanah.
· Mengikut Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan,kuasa legislatif dan eksekutif atas perkara tanah diberi kepada Kerajaan Negeri.Kerajaan Pusat tiada kuasa.Perkara 76 (4) hanya membenarkan Parlimen mewujudkan undang-undang dengan tujuan menyelaras dasar dan undang-undang tanah,itupun hanya untuk Semenanjung
sahaja.
· Kanun Tanah Negara adalah undang-undang induk yang ditegakkan melalui Parlimen.Ia berkait rapat dengan pengagihan dan pentadbiran
tanah..
· Melalui perkara 91,Majlis Tanah Negara (MTN) diwujudkan yang berfungsi untuk menggubal polisi nasional untuk pengawalan penggunaan tanah bagi seluruh negara bagi aktiviti perlombongan,pertanian dan tujuan lain-lain.
· MTN perlu merujuk kepada Kerajaan Pusat,Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara.Polisi yang digubal hendaklah diikuti oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Bagaimana Kerajaan Negeri Mendapat Kuasa Ke Atas Urusan Tanah?
· Mengikut Akta Kanun Tanah Negara melalui seksyen 40,Kerajaan Negeri diberi kuasa yang luas ke atas tanah berkaitan pengagihan, (disposal) ke atas tanah rizab,perlombongan dan hak tukar
syarat.
· Pihak Berkuasa Negeri ada kuasa menganugerah tanah tidak lebih tempoh 99 tahun dan dalam hal tertentu selamanya ikut salah satu kategori penggunaan iaitu pertanian, bangunan dan
industri.
· Mengikut seksyen 124,Negeri boleh meluluskan penukaran guna tanah atau menarik balik syarat dalam
gran.
· Akta ini juga memberi kuasa kepada negeri untuk merizab tanah negeri untuk kegunaan awam melalui notis dalam warta.Negeri boleh beri pajakan kepada mana-mana pihak untuk mengguna tanah rizab bagi tempoh tidak lebih 21
tahun.
· Mengikut seksyen 64,negeri berkuasa menarik balik tanah rizab yang diguna untuk kegunaan awam yang akan diwartakan selepas pembicaraan awam (public enquiry).Kerajaan negeri tidak akan menarik balik tanah rizab kecuali laporan diterima dari Pengarah Tanah dan Galian yang akan menimbang bantahan-bantahan dari orang awam jika ada.
Siapakah Pihak Berkuasa Negeri?
· Pihak Berkuasa Negeri adalah Raja atau Governor Negeri.Raja dan Govenor mengikut Perlembagaan Negeri mesti ikut nasihat
EXCO.
· Pada hakikatnya Exco dan Menteri Besarlah lah yang paling berkuasa dalam urusan tanah.Malangnya rakyat tidak ada peluang atau akses untuk mendapat maklumat bagaimana Exco membuat keputusan mengenai tanah.
Apakah bentuk kes-kes penyelewengan dalam pengagihan tanah?
1. Tanah diberi kepada syarikat atau individu yang tidak ada kaitan dengan tanah tersebut berbanding mereka yang telah tinggal dan mengusaha tanah itu
bertahun-tahun.
2. Tanah rizab diberi tetapi tidak di keluar dari warta tanah rizab.
3. Kawasan lapang dan tanah awam diberi kepada pemaju yang dekat dan ada hubungan rapat dengan Exco untuk perumahan dan pembangunan kawasan komersial.
4. Tanah tinggi dan kawasan tadahan air di anugerah kepada syarikat tertentu atau kategori tanah ditukar untuk dibenar membina projek pelancongan atau
perumahan.
Apakah contoh-contoh kes bagaimana kerajaan negeri menyalahguna kuasa?
1. Kampung Chubadak, Kuala Lumpur.
Ini adalah Tanah Rizab Melayu yang diduduki oleh ratusan orang Melayu sejak 150 tahun yang diberi kepada syarikat STLR Sdn Bhd yang kemudian menjualnya kepada syarikat bukan Melayu, Sentul Murni Sdn Bhd.Penduduk di paksa keluar dari tanah itu.Kes berlaku pada 1990-1998.
2. Kampung Pasar Baru, Kuala Lumpur.
600 keluarga di Kampung Pandan dipaksa keluar kerana tanah diberi kepada syarikat RM 2 Kabra Holding Sdn.Bhd.Tanah seluas 50 ekar bernilai RM 80 juta.Kes berlaku 1988-1990.
3. Sungai Jejawi,Perak.
Tanah yang diusaha sejak 1950an untuk menanam padi dinafikan hak hanya kerana mereka bukan asal dari Perak.Mereka yang tidak mengusaha tanah diberi hak milik.Kes berlaku tahun 1989.
4. Sungai Taka,Kedah.
61 orang pekebun telah usaha tanah sejak 1952 seluas 500 ekar.Tahun 1973 tanah diberi kepada koperasi serbaguna yang ditubuhkan oleh seorang pemimpin UMNO dan ahli koperasi adalah dikalangan pengikutnya.Tanaman pengusaha di rosakkan oleh koperasi tersebut dan tindakan mahkamah diambil ke atas pekebun.Kes berlaku tahun 1973.
5. Sabak Bernam,Selangor
515 orang pekebun di Sungai Panjang telah usaha tanah sejak 1952.Tahun 1988 FELCRA masuk dan musnahkan tanaman pekebun dan paksa mereka keluar.Tindakan mahkamah memutuskan tanah diambil balik oleh Pengarah Tanah dan Galian.Namun di Mahkamah Tinggi pada 1990 rayuan pekebun berjaya.
6. Mersing,Johor.
Tahun 1972,184 orang nelayan di Sekakap, Mersing mohon tanah kepada kerajaan negeri.Pada 1976 didapati tanah diberi kapada 100 orang lain termasuk MB Johor dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan termasuk Exco.
APA TUNTUTAN KAMI KEPADA KERAJAAN?
1.Tanah perlu diberi kepada mereka yang tidak memiliki tanah dan mereka yang mengusahakan tanah untuk menyara hidup.
2. Tukar syarat tanah mesti ambil kira impak ke atas ekonomi,alam sekitar,sosial dan budaya akibat tukar syarat itu.
3. Perlu ada kawalan ke atas salahguna kuasa oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam pemberian tanah.
4. Kumpulan dari pihak awam dan individu yang prihatin perlu diberi peluang menjadi pemantau untuk memastikan pemberian, peruntukan dan guna tanah di laksanakan mengikut undang-undang dan keadilan sosial serta mengambil kira pemuliharaan sumber dan alam sekitar.
5. Kuasa Exco Negeri terlalu luas yang diguna secara rahsia tanpa dapat diteliti oleh pihak awam.Untuk mengawal salah guna kuasa dan korupsi, maklumat perlu dibenarkan diketahui oleh pihak awam mengenai bagaimana Exco membuat keputusan.Akta Rahsia Rasmi (OSA) melindungi EXCO dari semakan pihak awam.Oleh itu OSA tidak harus diguna dalam hal keputusan mengenai hal tanah.Dalam perkara ini dicadangkan juga digubal Akta Kebebasan Maklumat supaya maklumat dapat diketahui bagaimana keputusan yang dibuat memberi kesan kepada kumpulan atau individu yang berkaitan dan untuk diguna dalam proses pembicaraan di mahkamah.
6.Kanun Tanah Negara perlu di pinda supaya ada perbicaraan awam sebelum di luluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk pemberian atau tukar syarat atau mengubahsuai syarat yang disertakan dalam gran.Ini bertujuan untuk memastikan manfaat maksima di perolehi kepada masyarakat seluruhnya dan impak sosial, budaya, ugama, dan alam sekitar diambil kira.
7. Memastikan ada penyertaan awam dalam proses membuat keputusan sebelum meluluskan permohonan untuk pemberian tanah atau tukar syarat tanah supaya dapat mengelakkan dari salahguna pengaruh, nepotisme,korupsi dan salahguna kuasa oleh pihak berkuasa.
"Perjuangan rakyat memugar tanah untuk sekadar melanjutkan hidup buat disambung oleh anak cucu.Betapa atas nama pembangunan, rakyat miskin dipaksa memberi laluan.Kuasa dan akta menjadi senjata perampas tanah daripada golongan lemah sehingga ahli politik hanya menjadi petualang meminggir rakyat untuk kemudiannya melahap keuntungan di atas derita rakyat". "Luka Rakyat",Teras 2003,M/s 13.
Di tengah-tengah kemiskinan rakyat yang kelaparan tanah,golongan yang rakus dalam hidup elit sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit sekadar memuaskan nafsu hidup mewah.Padang golf dan kegiatan eksklusif di kelab-kelab golf menjadi lambang kekayaan dan tidak menjadi masalah untuk mengamalkan gaya hidup asing antara yang miskin dan yang kaya.Tanah rakyat digadai untuk memberi laluan kepada pembinaan padang golf,Tanah Rizab Melayu (TRM) yang semakin mengecil tidak dipedulikan.Antara darjat mereka yang hidup menumpang di tanah orang dengan mereka yang senang-lenang di padang golf yang asalnya tanah rakyat,betapa peritnya rakyat melihat mereka yang tidak menitiskan setitik keringat,namun hidup amat mewah dan senang.
"LukaRakyat," Teras 2003,M/s 77.
"Memang pun golf sukan mewah dan permainan orang mewah.Tidak kisahlah itu.Mainlah apa pun tapi apabila merawit,bersangkut paut dengan tanah,alangkah sedihnya dalam keadaan rakyat memerlukan tanah tiba-tiba di situ mereka jadikan padang mewah.Memang benar mereka ada duit.Mereka beli dengan duit mereka.Tapi, bukan mustahil beli dan ambil itu macam perompak kedai emas,macam Geng Mamak juga.Tengoklah, cuba tengok kedudukan TRM asal dengan TRM sekarang". "Luka Rakyat,"Teras 2003,M/s 81.
|