![]() |
|
|
|
Isu penghinaan Nabi oleh media Denmark tidak mendapat sebarang maklum balas yang konkrit dari Parti Keadilan Rakyat, Isu pindaan Akta 121 (1A) juga tidak ada mendapat sebarang respon wajar dari Parti Keadilan Rakyat, Isu Kongress Kepentingan Melayu dan perbagai isu yang ada hubungkait dengan Melayu gagal menyemarakan suara dari parti ini. Akhirnya mereka muncul membicarakan bahawa mereka tidak campur tangan dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS terhadap New Straits Times Malaysia. Tien Chua, Ketua Penerangan Pusat Parti Keadilan Rakyat Malaysia seperti yang di laporkan oleh Malaysiakini mengatakan bahawa demonstrasi bantahan ke atas NST itu sungguh memalukan. Tien secara kasar se olah - olah menggambarkan perhimpunan di hadapan NST, dalam isu menghina Nabi Muhammad SAW, sebagai kehadiran mereka yang berfikiran sempit dan jumud. Kenyataan Tien Chua dikatakan mewakili pendirian kepimpinan tertinggi PKRM, serta menolak dan akan menjalankan siasatan keatas ahli Keadilan yang turut serta dalam demonstrasi tempoh hari. Tien selaku Ketua Penerangan Keadilan, bersikap pesimistik dan mendakwa isu ini digunakan oleh pemerintah sebagai alasan untuk terus mengongkong media. Ini andaian yang mengelirukan. Parti Keadilan Rakyat - seolah - olah tidak sensitif dalam isu yang melibatkan Melayu. Mereka sanggup mengambil jalan tengah dan bagi kami ianya adalah satu bentuk kompromi yang tidak wajar bila agama Islam menjadi bahan yang dipercaturkan. Sikap PKRM amat mengelirukan, atau ini adalah satu bentuk strategi untuk Keadilan Rakyat manjarakkan diri dari PAS. Melihat betapa senyapnya Keadilan sebelum ini , tiba - tiba muncul kenyataan Media Tien Chua, maka andaian utama ialah pengundangan konflik dengan PAS adalah untuk satu agenda yang lebih besar. Parti Keadilan Rakyat yang dikatakan menolak politik perkauman tetapi cenderung kepada isu - isu pejuangan perkauman lain hanya menunjukkan bahawa bangsa Melayu terus tersepit dalam Keadilan. Mereka dihalang untuk bersama - sama PAS dalam menuntut agar penghinaan terhadap Nabi Muhammad di hentikan segera dan mereka yang melakukannya harus di hukum. Mereka lebih mengutamakan andaian kononnya ini menyekat kebebasan dan hak mengeluarkan pendapat biarpun menghina junjugan besar kita Nabi Muhammad SAW. Tindakan menghalang dan hasrat untuk menyiasat ahli Keadilan yang terbabit dalam demonstrasi itu juga satu bentuk diskriminasi kepada mengeluarkan pendapat yang mungkin terlepas pandang oleh Tien Chua dalam keghairahan untuk menjadi seorang ahli politkus yang berpengaruah. Orang Melayu dalam Keadilan juga harus sedar betapa Keadilan tersepit dalam memperjuangkan agenda Melayu dalam parti yang mempunyai pelbagai bangsa. Sebenarnya ini amat jelas, Melayu tidak boleh mengharapkan Parti Keadilan Rakyat Malaysia untuk membela nasib mereka. Bagi anak cina yang tidak akan sensitif sampai bila - bila terhadap perjuangan Islam, disyorkan agar mereka perlu mengambil ketetapan hakiki - konsep parti pelbagai "RAS" gagal menyuarakan pendapat dan perjuangan sebenar Melayu atas dasar limitasi oleh kepimpinan mereka yang tidak sensitif kepada nasib Melayu.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|