BALIK KE MUKA UTAMA


SURAT TERBUKA KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA YANG DIHORMATI MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG WSI DAN SPAN 2006

RANG UNDANG-UNDANG AIR MENGANCAM KEDAULATAN DAN KESELAMATAN NEGARA

Kepada Ahli Parlimen yang dihormati,

Kami ialah Saleha, Geetha dan Wai Ling. Saya, Saleha, 12 tahun. Saya, Geetha, 11 tahun. Saya, Wai Ling, 10 tahun. Kami merupakan masa depan negara dan kami mewakili masa depan negara. Kami bimbang sumber air kita akan berada di tangan orang asing pada “masa depan” ini.

1.    Pintu Yang Tiada Jalan Balik

Kami tahu bahawa anda akan mendebatkan dua Rang Undang-undang berkenaan dengan pengurusan air. Ini akan mempengaruhi setiap benda hidup di Malaysia, termasuk kanak-kanak seperti kami. Rang Undang-undang Air, dalam bentuk terkini, mungkin akan membawa kepada pengawalan sumber air kita oleh orang asing.

Ya, sektor air perlu dikuatkuasakan dan pembaharuan sektor awam perlu dijalankan untuk memperbaiki kecekapan sektor air. Penswastaan bukan cara penyelesaiannya. Kegagalan penswastaan air di negara dan rantau ini adalah begitu ketara sekali.

Kami bimbang Rang Undang-undang Industri Perkhidmatan Air 2006 akan secara tidak diperasan membawa kepada – secara langsung atau secara tidak langsung – kehilangan kedaulatan kita dan mengancam keselamatan negara.  

Bapa Saleha memberitahu kami bahawa sebaik sahaja Rang undang-undang diluluskan, ia akan menjadi suatu undang-undang. Sila meneliti Rang Undang-undang itu – dari segi tujuan, semangat dan ertinya – dengan pertimbangan yang sewajarnya. Apa yang anda luluskan dari Pintu itu adalah penting. Apa yang diwujudkan dari Pintu itu akan meninggalkan kesan ke atas kami, masa depan negara ini.

Inilah sebabnya kami merayu kepada anda, tolong baca pandangan kami di sini. Kami merayu kepada anda supaya mendengar pandangan kami selama beberapa minit, sebagaimana anda mendengar percakapan anak atau cucu anda. 

2.    Air Merupakan Milik Kita

Kami sentiasa berfikir, sumber air dimiliki oleh kita, seperti juga negara ini dimiliki oleh kita semua. Akan tetapi, apakah maksudnya pemilikan apabila anda merampas apa yang kita semua miliki? Anda memberitahu kami supaya mencintai sungai kita, menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar serta melindungi sungai dan hutan kita.

Anda mengajar kami supaya menjaga ekosistem. Akan tetapi, apabila anda merampas masa depan kami dengan membenarkan syarikat swasta dan asing menguruskan perkhidmatan utama kita seperti membekalkan air ke rumah kami, anda telah mewujudkan suatu masa depan yang tidak menentu untuk kami.  

Apabila anda merampas air dari tangan Kerajaan, anda juga telah merampasnya dari tangan anda sendiri, dan akhirnya, tangan kami.

3.    Air – Suatu Hak Asasi Manusia

Penggunaan air merupakan suatu hak asasi manusia. Komen Umum No. 15 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan bahawa” Hak asasi manusia untuk menggunakan air amat diperlukan untuk menjalani suatu kehidupan dengan kemuliaan manusia” dan “kerajaan bertanggungjawab untuk menghormati, memenuhi dan melindungi hak ini”. Ini merupakan suatu hak di mana negara perlu bertanggungjawab ke atasnya.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) memberitahu kami bahawa:

“Pada masa depan, air yang diswastakan hanya akan dibekalkan kepada mereka yang mampu membayarnya. Oleh itu, orang awam terpaksa berbelanja lebih (menderita) akibat daripada kenaikan kos kehidupan mereka”…Jika air adalah “nyawa”, kita mesti belajar supaya tidak melayannya sebagai suatu komoditi yang akan dijual atau diswastakan tetapi sebagai suatu komponen penting dalam kewujudan manusia dan satu-satunya cara untuk hidup. Sebenarnya, penswastaan tidak berkaitan dengan kecekapan tetapi pengagihan kekayaan kepada suatu sektor swasta yang ditentukan”.1

Kami akan mejadi penyorak anda jika anda, makcik-makcik dan pakcik-pakcik ahli Parlimen, menggalakkan Kerajaan supaya melayan air sebagai suatu sumber penting untuk mengekalkan kehidupan.

4.    Adakah Beliau Memberitahu Anda Apa Yang Beliau Memberitahu Bapa Kami!

Adakah cara penyelesaiannya? Kami berpendapat ada caranya. Bapa kami telah berjumpa dengan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi sebanyak dua kali. Menteri yang dihormati telah membuat beberapa komitmen yang menggembirakan kami: iaitu air tidak akan ditukarkan kepada komoditi untuk mengaut keuntungan; perbadanan air negeri akan dikorporatkan dan akan dikekalkan dengan kerajaan negeri, dan usaha akan diambil untuk membatalkan perjanjian konsesi syarikat air swasta yang sedia ada.

Mungkin Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang dihormati telah memberitahu anda apa yang beliau memberitahu bapa kami. Beliau berkata suatu pernyataan dasar akan dihasilkan apabila Rang  Undang-undang Air diperkenalkan di Parlimen untuk menggambarkan kefahaman bahawa air akan berada di tangan negeri. Bolehkah anda memastikan tujuan ini dipatuhi?

Kami meminta supaya tujuan Menteri yang dihormati dijadikan suatu undang-undang. Ini adalah kerana kami bimbang akan GATS.

5.    Terdapat Burung Nasar Tetapi Tiada Mayat Anak Kapal

Jika air diuruskan oleh sebuah syarikat swasta buatan Malaysia (MIM), maka terdapat bahayanya syarikat itu ditelan oleh syarikat asing. Memberi air kepada sektor swasta dengan berdasarkan keuntungan hanya akan menggalakkan korporat multi nasional asing menjadikan sektor air sebagai sasaran mereka melalui Perjanjian Am atas Perdagangan Perkhidmatan (GATS).

Ibu Wai Ling telah membaca mengenai perkara seperti globalisasi, ekonomi pasaran bebas dan perdagangan sedunia di suratkhabar. Beliau memberitahu kami bahawa sebagai ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Malaysia telah menandatangani banyak perjanjian multi pihak. Pada bulan Disember 2005, Malaysia mengesahkan semula sokongannya terhadap GATS di Persidangan Menteri WTO di Hong Kong. Dua pihak, multi pihak dan banyak pihak. Inilah perkataan-perkataan yang kami tidak faham. Akan tetapi seperti pertukaran warna laut, perkataan-perkataan ini juga bersifat menipu.

Perjanjian perdagangan bebas menjejaskan cara kita menjalankan masyarakat dan ekonomi kita. Ia menjejaskan tanggungjawab negara. Ia menjejaskan cara anda, Kerajaan melepaskan tanggungjawab kepada kami, anak dan cucu anda. Ia secara langsung atau tidak langsung akan membolehkan korporat multi nasional asing mengambil alih sumber air negara.     

Perjanjian Am atas Perdagangan Perkhidmatan (GATS) WTO merupakan suatu peraturan perdagangan multi pihak yang direka untuk menginstitusikan hak dan perlindungan bagi syarikat multi nasional. Ia meminta negara-negara supaya mengalihkan sekatan terhadap pelaburan asing. Ini merupakan suatu peraturan multi pihak yang pertama dan dikuatkuasakan untuk meliputi sektor perkhidmatan, dari perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan bekalan air dan penjagaan kesihatan awam.

Apabila kami mendengar tentang ini, kami teringat akan sejarah kita. Syarikat asing adalah seperti kapal-kapal asing yang mencari rempah-ratus di kawasan timur beratus tahun yang lalu, dan kini boleh datang ke sini tanpa halangan.

6.    Kesamarataan atau Ketidaksamarataan?

GATS menyatakan bahawa syarikat asing mesti dilayan secara sama rata seperti syarikat tempatan. Ini bermaksud bahawa peraturan yang sama – termasuk dasar-dasar dan sokongan kewangan – dikenakan ke atas syarikat asing. Syarikat-syarikat Saleha, Geetha dan Wai Ling mesti menentang korporat global Goliath. Adakah anda berpendapat bahawa kami akan terus kekal?

Akan tetapi, sekarang, apakah yang akan berlaku ke atas sumber air kita apabila pengusaha air Eropah memaksa negara-negara seperti Malaysia supaya membuka sektor air? Dan ia telah berlaku. Pada tahun 2000, Kesatuan Eropah telah menghantar permintaan dua pihak yang bertajuk ‘Permintaan GATS 2000 daripada Kesatuan Eropah dan Ahli-ahli Negaranya kepada Malaysia’ sebagai sebahagian daripada pendekatan permintaan-tawaran GATS kepada kerajaan Malaysia.1

Suruhanjaya Eropah telah meminta kerajaan Malaysia supaya meliberalisasikan 12 sektor ekonomi, termasuk “air untuk penggunaan manusia dan pengurusan air terpakai.

Perkara GATS VI: 4 menyatakan bahawa – ‘keperluan dan prosidur kelayakan, standard teknikal dan keperluan lesen’ – tidak harus menjadi suatu halangan terhadap perdagangan perkhidmatan.

Keperluan lesen Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak akan melindungi kita. Ia akan dianggap sebagai suatu halangan perdagangan. Sebarang halangan akan menghadapi risiko dibuat aduan kepada sistem pertikaian WTO dan dicabar di bawah Jentera Penyelesaian Pertikaian WTO di Geneva.

Syarikat asing akan mempertikaikan bahawa Rang Undang-undang WSI dan SPAN merupakan suatu halangan perdagangan dan maka ia melanggar peraturan GATS. Mereka akan mempertikaikan bahawa kuasa yang diberi kepada Menteri tidak dapat dicapai, ini termasuk proses membuat keputusan yang tidak telus, dan Rang Undang-undang itu merupakan suatu halangan perdagangan.

Sebenarnya,  peraturan GATS atas ‘Undang-undang Tempatan’ meminta undang-undang dan peraturan negara (standard teknikal, perlesenan dan kelayakan) ditukar jika diterjemahkan “lebih membebankan dari keperluan’ atau ‘tiada halangan perdagangan dari keperluan’ atau halangan perdagangan – terhadap perniagaan. Akhirnya, dua Rang Undang-undang ini menjadi tidak berkuasa untuk menentang jentera sah GATS dan kapasiti penguatkuasaan WTO.   

7.    Komitmen GATS Tidak Boleh Diubah Lagi  

Inilah sebabnya kami merayu anda supaya meletakkan air di tangan Kerajaan. Pendekatan terkini bagi pengurusan air akan membuka pintu kepada syarikat asing supaya masuk ke dalam sektor air. Akan tetapi, ini bukan sahaja berkenaan dengan hak menggunakan air dan pemilikan bersama kita yang berada dalam keadaan bahaya. Di bawah Jentera Penyelesaian Pertikaian WTO, dewan yang agung ini, Parlimen, akan diteliti oleh, bukan rakyat Malaysia, tetapi syarikat multi nasional asing dan penguasa-penguasa WTO.

Ini akan menjadikan parlimen dan kerajaan yang dipilih suatu institusi yang tidak berkuasa. Ini akan menyebabkan kedaulatan rakyat menjadi tidak bermakna. Dan juga, kami menanya anda, bagaimanakah kami, anak dan cucu anda merayakan Merdeka kita?

Mereka sedang datang, mereka sedang datang. Kami bermimpi ikan pedang menyerang kami di air sendiri. Di manakah budak yang menyelamatkan Sultan dari serangan ikan pedang?

8.    Harapan Terdapat Dalam Pemilikan Negara

Adakahnya harapan untuk mengembalikan sejarah kepada keadaan asalnya, yang telah berlalu? Peraturan GATS tidak dikenakan ke atas “perkhidmatan yang diberi dalam penguasaan kerajaan” dan perkhidmatan tidak harus “diberi atas dasar komersial atau persaingan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan”.

Ini bermaksud bahawa jika kita tidak mahukan pemilikan asing ke atas sumber air kita, maka air harus dikekalkan dalam tangan Kerajaan. Ia tidak boleh dialihkan ke tangan pihak swasta. Anda tidak boleh mengubah lagi GATS tetapi anda masih ada masa untuk meminda Rang Undang-undang Air supaya melindungi sumber semula jadi kita dan kedaulatan negara. Inilah satu-satunya cara penyelesaiaan, satu-satunya harapan.

Kami merayu anda supaya meletakkan pengurusan dan pengawalan sumber air kita di tangan Kerajaan, tangan anda dan, akhirnya, tangan kami. 

9.    Kami mencadangkan yang berikut:

Bapa Geetha, seorang peguam, memberitahu kami bahawa satu-satunya cara menghentikan pengambilalihan sumber air kita oleh pihak asing ialah memperkenalkan definasi perkataan “orang” dalam ‘SEKSYEN INTERPRETASI’ (mukasurat 12) dalam Rang Undang-undang Industri Perkhidmtan Air.

Definasi “ORANG” bagi tujuan perlesenan air awam harus bermaksud “HANYA KERAJAAN NEGERI ATAU AGENSI, LEMBAGA AIR ATAU MANA-MANA KORPORAT YANG MANA SELURUH SAHAM BERBAYAR DIMILIKI OLEH KERAJAAN NEGERI ATAU KERAJAAN PERSEKUTUAN”. 

Secara konsisten dengan perkara di atas, kami menyeru anda supaya memasukkan perkara berikut dalam KETERANGAN MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG WSI dan SPAN: “BAHAWA AIR MERUPAKAN SUATU HAK DAN INI MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI UNTUK MENYEDIAKAN AIR YANG SELAMAT, BOLEH DITANGGUNG DAN MEMADAI KEPADA KITA SEMUA”.

Air adalah milik kita. Hanya pemilikan negara akan menjaminkannya. Adakah anda akan mengesahkannya semula?

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762