BALIK KE MUKA UTAMA


MEMANG SEPATUTNYA SHAHIDAN DI "CHECKMATE"!
- Rakyat Sejati, negeri Perlis.

Pendapat PEMUDA UMNO Perlis dalam halaman ini memang tepat. Shahidan patut di "Tendang" seberapa segera yang boleh. Sekian banyak kezaliman  dan kekurang-ajaran dilakukan selama dia menjadi khalifah/MB menyebabkan  negeri Perlis ketinggalan dalam serba-serbi. Di antara sebab-sebabnya:

1. Rasuah dilakukan sewenang-wenagnya, sehingga Pak Lah sendiri, ketika  melawat negeri Perlis mengatakan, "Bagaimana negeri Perlis nak maju, dia  kenakan TOL jika ada projek-projek pembangunan". Tol itu ertinya  rasuah, 10 hingga 50 peratus. Dia dan kroninya yang kaya-raya, rakyat  Perlis papa kedana! Jika PM sendiri mengakui perangai Shahidan begitu, apa ditunggu
lagi, tendanglah Shahidan tu.

2. Dia dah jadi seperti firun (dulu Mahadhir). Semua kena dengar  cakap dia. Kalau dalam mesyuarat dia saja yang bercakap. Orang lain  cuma dengar,angguk-angguk macam belatuk.

3. Dia buang Dato Zahidi Zainol Abidin jadi Exco sebab utama kerana  selalu tentang dia. Sebab itu orang UMNO diam macam kera luku. Kalau  tentang kena cantas, macam nasib Dato' Zahidi dan orang-orang yang dia  tak setuju.

4. Negeri Perlis tak ada pembangunan terutama sekali kilang-kilang  perusahaan. Siapa yang berani buka kilang sebab kena tol. Tak ada  peluanglah rakyat perlis dapat kerja, macam negeri Kedah misalnya.

5. Dia dah jadi raja, kuasa Raja Perlis pun dia rampas misalnya  anugerah pingat dan bintang, pemilihan Tokoh Maal Hijrah, dialah yang  menentukannya.

6. Banyak sangat projek-projek yang terbengkalai. Bangunan flat di  Kampung Bakau dah jadi gajah putih berapa lama. Rancangan nak buka  kawasan industri di Sungai Cucuh, terbengkalai. Insdustri kecil dan  sederhana, cuma tinggal nama. Yang besar sekali pembangunan kampus  KUKUM (Kolej Kerjuruteraan Utara Malaysia), sudah lima tahun tak  siap-siap. Dia buat kampus di seluruh negeri Perlis. Banyak  tempat-tempat itu dia yang kaut duit. Sebab itulah negeri Perlis tak  maju. Kami rakyat Perlis amat malu.

7. Dia nak jadi ulamak, tapi kerja tak serupa bikin. Rasuah, bila  mesyuarat tidak mahu terima pendapat orang, kehadiran dalam sesuatu  majlis selalu lewat sehingga berjam-jam, ulamakkah orang macam itu?

8. Bandar Arau (bandar Diraja) dah mati, bandar Cangloon, Kodiang di  negeri jiran pesat membangun (dekat dengan bandar Arau). Tak malukah  Shahidan? Kami rakyat Perlis sungguh malu.

9. Idea atau pendapatnya pelek-pelek, jadikan negeri Perlis tempat  berpoligami, ramaikah orang datang berkahwin di negeri ini? dia suruh  orang ramai naik basikal, dia sendiri naik kereta mewah,

10. Dia bermusuh dengan pemimpin utama negeri Perlis seperti Dato' Seri  Radzi Sheikh Ahmad dan Dato Seri Azmi Khalid, takut mereka rampas kuasa.  Macam mana negeri Perlis nak maju?

Sebenarnya lebih daripada 10 sebab itu, kerenah Shaidan selama dia jadi  Khalifah. Dia cadang nak jadi MB sampai tongkat langit. Dia ingat  dalam negeri Peris tidak ada orang lain yang lebih pandai dan berkelibar  untuk memimpin negeri ini?

Sebab itu, Pak Lah tolonglah rakyat dan negeri Perlis ini. Kami sudah  tidak sanggup lagi berada di bawah kepimpinan yang MAHA ZALIM dan  BERKUKU BESI itu. Tolonglah!

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762