|
Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
To: aduan@umno.org.my, editor@agendadaily.com, hniza@pc.jaring.my,
hniza2002@yahoo.com.sg, editor@malaysiakini.com,
demokrasimalaysia@yahoo.com,
jebon@jebon.org.my, editor1@umno-reform.com
Subject: Rakyat NS menanti penerangan wakil rakyat isu minyak
Pada hari Ahad 5 Mac yang lalu hampir kesemua wakil rakyat dan
wakil parlimen telah menghadiri sessi khas oleh Perdana Menteri
untuk menerangkan isu kenaikan harga minyak agar wakil rakyat
serta wakil parlimen ini dapat memberi penjelasan sebenar supaya
rakyat faham rasional kenaikan harga minyak.
Saya menyeru kepada semua warga Negeri Sembilan agar menghadiri
majlis penerangan tersebut. Saya rasa semua rakyat akan mudah
memahami rasional kenaikan harga minyak tersebut sekiranya wakil
rakyat yang memberikan penerangan tersebut terlebih dahulu
menunjukkan contoh mereka telah merubah gaya hidup mereka akibat
kenaikan harga minyak.
Tanyalah soalan-soalan seperti berikut dalam sessi penerangan
tersebut :
1. Wakil rakyat N.Sembilan mana yang telah mula menggunakan
basikal pergi kerja, seperti yang disarankan MB Perlis . Kalau
tak pergi kerja , setidaknya mereka naik basikal ke masjid atau
surau di kediaman mereka, atau naik basikal di kedai berhampiran
kediaman mereka ?
2. Wakil rakyat N.Sembilan mana yang telah mula
berkongsi kereta ? Kalau tak berkongsi kereta dengan wakil
rakyat lain, mereka berkongsi kereta dengan jiran mereka, orang
kampung mereka, mungkin tidak setiap hari , mungkin selang
sehari ?
3. Wakil rakyat N.Sembilan mana yang telah mula menggunakan
kereta Kancil dalam tugas seharian mereka seperti yang
disarankan TPM ?
4. Wakil rakyat mana yang telah tidak lagi makan
diluar, sebaliknya makan dirumah, dengan masakan yang dimasak
oleh isteri tersayang, bukannya orang gaji , dengan ini kos yang
dijimatkan dapat membantu saudara mara di kampung atau orang
kampung yang kesusahan.
5. Wakil rakyat mana yang telah mengarahkan agar
PBT ditempat mereka tidak lagi memasang lampu-lampu perhiasan
dan warna warni untuk mencantikkan bandar hanya memasang lampu
jalan untuk keselamatan.
6. Wakil rakyat mana yang telah pergi ke
pasar-pasar terutama pasar Rembau yang harganya begitu mahal,
dan bandingkan harga sebelum kenaikan harga minyak.
7. Wakil rakyat mana yang telah ada ditangan mereka data serta
maklumat penduduk miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim ,
anak-anak tidak bersekolah yang terkini di kawasan mereka
bukannya data daripada Majlis Agama Islam N.Sembilan dan data
Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah lapuk yang tidak
kemaskinikan dari masa ke semasa.
Tanyalah soalan-soalan mudah sebegini. Tak perlu tanya soalan
kemana perginya keuntungan Petronas. Jangan tanya berapa harga
minyak di Ethopia. Jangan tanya berapa harga roti canai di Arab
Saudi. Tak perlu tanya berapa harga teh tarik di England.
Sekiranya mereka boleh menunjukkan kepimpinan melalui tauladan,
maka tidak perlulah wakil rakyat tadi memberi penjelasan yang
terperinci mengenai krisis minyak sedunia. Malah rakyat akan
faham walaupun minyak naik 60 sen , sekiranya mereka yang
bercakap terlebih dahulu menunjukkan contohnya.
Rozmal bin Malakan
Kg Bongek, Rembau , NS
rozmal@yahoo.com
waghih.blogspot.com
|