![]() |
|
Sekiranya kemelut ini tidak dileraikan segera, maka sia-sialah usaha kerajaan untuk mendidik generasi yang ada sekarang supaya menanamkan sifat mesra, sayang, cinta, sejati, malaysia boleh dan negara maju dalam diri mereka. Kedua-dua tokoh perlulah mengatasi masalah ini secara pemikiran orang tua yang matang yang dikenali sebagai pemimpin. Paklah perlulah mendapatkan pandangan Tun Mahathir dalam apa juga keputusan kerajaan yang telah dipersetujui oleh kabinet semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, ini kerana Tun lebih mengetahui apa yang telah dilaluinya dalam perkara tersebut. Sedangan Paklah yang baru memegang jawatan PM....tentu tidak tahu cerita sebenarnya apa yang telah dijanjikan, dirunding dan dipersetujui berkenaan apa saja keputusan kerajaan semasa Tun sebagai PM. Pak Lah tidak perlu malu dan segan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Tun. Apa yang HENDAK Pak Lah takutkan.... dengan pandangan ahli politik lain yang mengatakan kalau Pak Lah jumpa Tun, nama Pak Lah akan jatuh... dan anggapan orang lain Pak Lah adalah bayangan Tun saja. Kenapalah Pak Lah nak dengar cakap manusia keji dikelilingnya....bukankah Tun yang melantik paklah sebagai PM. Kalau bukan Tun tentu jawatan PM ini dapat kepada Rafidah atau pemimpin politik yang lebih senior daripada Pak Lah, Paklah kenalah menjaga nama baik Tun dan terus belajar daripada Tun untuk memimpin negara selagi Tun M masih hidup. Apalah akan jadi kalau Tun M tiada...... tentu tiada siapa yang mengkritik mana-mana keputusan kerajaan yang salah, sekarang ni mulut pembangkang pun sudah kena sumbat (jangan cakap- bahagian sudah dapat agaknya) ...disebabkan oleh pandangan menteri yang berkepentingan periuk nasi sendiri. Pak Lah baru jadi PM selama 2 tahun (tahun 2- sekolah rendah) sedangkan Tun jadi PM (22 Tahun - dah dapat master d U ), apalah hinanya Tun M sehingga sanggup Pak Lah dan menteri yang dulu Tun 'grooming' ..timang-timangkan...cuba hendak mencari kesalahan Tun dan mengkritiknya dengan cara yang kurang sopan demi masa depan anak bini mereka saja. Pak Lah kenalah berterima kasih dengan Tun kerana melantiknya jadi PM. Kalau tiada Tun Mahathir takkan Pak Lah merasa menjadi TPM dan kini PM. Kalau harap undi daripada menteri yang menyanjung Pak Lah sekarang ni nak masuk bertanding pun belum tentu tersenarai. Pak Lah seorang yang Tun anggap mempunyai keperibadian yang baik, alim, amanah dan taat....tapi setelah dilantik menjadi PM....segala-galanya berubah. Tun Mahathir amat sedih dengan keadaan paklah yang dianggapnya dapat meneruskan perjuangannya demi bangsa agama dan negara...SEBALIKNYA BELOT. Pak Lah bersyukurlah dengan keadaan Pak Lah sekarang....orang asing pandang Malaysia itu adalah Mahathir dan bukannya Pak Lah...tapi Tun berterusan berucap memuji Malaysia sebagai contoh dan Pak Lah sebagai PM baru malaysia yang cekap sepertinya.Tun Mahathir lantik Pak Lah di Malaysia sebagai PM...di luar negara Yun tetap puji Pak Lah...tapi Pak Lah seakan-akan nak Tun lesap dalam pandangannya. Pak Lah kena balas budi Tun sebaik mungkin...bukan bagi duit dan harta...tapi jangan rosakkan projek negara untuk bangsa kita dan negara kita...berilah Tun Mahathir peluang lihat Malaysia aman, damai dan maju sebelum beliau menutup matanya kelak.
Pak Lah jumpa Tun Mahathir segera dan tanya apa
salah Paklah...tanpa pertanyaan Tun tak akan bagi tau apa yang
Pak Lah dah buat...Tun Mahathir amat gentleman dalam tindakan
dan kerjayanya,,,,,,jadi tanyalah TUN M.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|