![]() |
|
|
|
|
|
Tuan Editor, Hari ini Utusan Malaysia memetik kenyataan Senator Datuk Syed Ali Alhabshee agar kita tidak melatah dengan membalas atau menjawab pandangan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, dalam apa sahaja isu yang dibangkitkan. Ini bagi beliau adalah budaya tidak sihat dan tidak menghormati bekas pemimpin. Bagi saya ini bukan isu hormat menghormati. Ini bukan isu tidak mengenang jasa. Bagi saya kenyataan Syed Ali juga adalah kenyataan politik - baca " Kita harus mencontohi sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin secara berhemah serta tidak mudah melenting,'' kata beliau" Sebenarnya perbezaan isu dan tindakan mempertahankan isu adalah penting. Tindakan Mahathir mengeluarkan pendapat tidak salah dan tindakan kepimpinan hari ini menjawab pendapat Mahathir bukan bermaksud mereka tidak menghormati pemimpin. Ali Alhabshee harus memahami erti budaya dan apa yang dimaksudkan dengan terma tidak menghormati. Ini bagi saya adalah konkongan minda dalam kita berusaha untuk menjadi masyarakat Melayu dengan mentaliti Kelas 1.
Percernaan minda tidak hadir dengan sekatan - sekatan yang ada - menyokong membuta tuli - menyokong untuk kepentingan politik. Keadaan ini lah yang melemahkan kita dalam usaha untuk mengadakan generasi Melayu Baru dengna nilai - nilai keutuhan jatidiri. Yang menjadi masalah ialah kepimpinan. Dalam isu jambatan ini kerajaan gagal memberi penerangan menyeluruh - telus dan semua orang tahu alasan kerana rakyat tidak mahu jambatan itu dibina adalah alasan dangkal datang dari mereka yang cetek pemikiran dalam membentuk jawapan bagi menjaga maruah Pak Lah. Soalan yang banyak dikemukakan adalah " sejak bila kerajaan hari ini meminta pendapat rakyat mengenai pembinaan jambatan tersebut dan adakah rakyat sebelum ini diminta memberi pendapat sewaktu kenyataan ghairah kepimpinan Pak Lah mengumumkan bahawa kita akan teruskan membina jambatan tersebut. Isu jambatan ini wajar dipersoalkan dan oleh kerana yang mempersoalkan itu adalah mantan Perdana Menteri maka heboh mereka yang mencari ruang politik - menjawab untuk menunjukkan sokongan dirinya kepada Pak Lah. ini termasuk Senator Syed Ali yang dilanjutkan tempoh pegangan Ahli Dewan Negara. Dalam membuat formulasi jawapan maka semua di bangkitkan oleh Syed Ali - budaya - tidak menghormati pemimpin dan sebagainya. Asas utama ialah untuk mencari ruang politik - itu sahaja. Sebenarnya menyalahkan budaya adalah satu perkara yang amat mudah dilakukan. Alasan budaya ini telah menjadi justifikasi konon yang masih berleluasa dalam UMNO. Bukan budaya kita untuk itu dan bukan budaya kita untuk ini bagi saya hanya kerana ada kepentingan politik. Sekatan kepentingan politik inilah yang buakan sahaja menjatuhkan maruah kepimpinan tersebut malah maruah UMNO sendiri tercabar. Ringkasnya pesanan saya untuk Senator Syed Ali - budaya itu apa?
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|