BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )


SYABAS BANTAH KENYATAAN MTUC

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berasa sungguh kesal dan dengan ini membantah sekeras-kerasnya kenyataan Encik G. Rajasekaran dari Malaysian Trade Union Congress (MTUC) yang dipaparkan di dalam akhbar New Straits Times dan Malay Mail pada 25 Januari 2006 baru-baru ini.

SYABAS ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawasanya kenyataan yang dikemukakan serta fakta-fakta yang diberikan adalah tidak tepat dan tidak berasas sama sekali. Sehubungan dengan itu, pihak SYABAS ingin menyeru kepada MTUC atau Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs) yang lain yang ingin mengetengahkan isu ini agar memastikan semua kenyataan atau fakta-fakta yang didapati mengenai SYABAS adalah benar dan tepat agar tidak mengelirukan masyarakat dan pengguna.

SYABAS akan mengambil tindakan terhadap MTUC dan Coalition Against Water Privatisation (CAWP) berdasarkan undang-undang yang sedia ada agar pihak MTUC dan CAWP tidak berterusan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak berasas.



Sumber Berita Dari : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAM

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762