BALIK KE MUKA UTAMA


mansal damha <mdamha@yahoo.com>

To: editor1@umno-reform.com

Subject: Datuk Sharir

Date: Sat 05/06/06 06:22 AM

Assalamualaikum Sdr Anuar,

Sedikit maklumat saja untuk makluman saudara.

Pada 2hb Mei lalu saya berkesempatan berbual panjang dengan YB Datuk Sharir di Parlimen ketika menghadiri pertemuan dengan tetamu beliau dari Ireland dan beberapa orang tetamu lain untuk berbual-bual dengan mereka dalam satu sarapan pagi.

Turut hadir pada pagi itu termasuklah beberapa orang MP dan rakan saya dari ProWaris.

YB Datuk Sharir sampai sejurus setelah saya sampai, kira-kira pukul 7.30 pagi. (Katanya beliau tidur di Parlimen, secara bergurau atau tidak, tidak tahulah saya).

Saya sempat bertanyakan beliau tentang apa yang sebenarnya berlaku mengenai peristiwa jambatan JB-Singapura itu, dan telah sempat memberikan pandangan serba sedikit mengenai perkara itu.

Setelah saya mendengar keterangan beliau mengenai kedudukan perkara tersebut (mungkin daripada pandangan Kerajaan) yang beliau sendiri menyokongnya, barulah saya menulis kepada Sdr.

Saya telah menekankan betapa perlunya diperkukuhkan perpaduan Melayu/peribumi Islam melalui musyuwarah, bersemuka, berbincang secara muhibah dan keluarga menghuraikan segala kekusutan yang dihadapi demi perpaduan bangsa, agama dan negara, tanpa mengira siapa kita dan dari Parti apa dan dari mana kita datang.

Tiba-tiba saya mendengar berita yang mengejutkan bahawa YB Datuk Sharir hendak mengundurkan diri daripada mengetuai BBC (Kelab Backbencers) Parlimen.

Sebelum itu saya telah membaca kenyataan-kenyataan daripada YBhg Tun Dr Mahathir dan juga Encik Fauzi dari Kementerian Luar.

Tujuan saya bertanyakan hal jambatan itu hanyalah hendak mendapatkan pandangan sebenar daripada pihak-pihak yang terbabit dengan peristiwa tersebut.

Kerana saya dapati apa yang saya cuba mengutarakan adalah bertepatan dengan pandangan sdr mengenai masa depan orang Melayu,

"Melayu Menghadapi Bahaya".Kalau mereka tidak bersatu dan tidak mengukuhkan perpaduan, maka alamatnya, kita akan merempat di negara sendiri. Sejarah berulang kembali - dijajah, mungkin kali ini, secara proxy.

Biar apapun saya mengangkat topi (sungkok) terhadap pendirian tegas yang diambil oleh YB Datuk Sharir itu yang memang dikenal sebagai seorang yang berpegang teguh kepada berperinsipnya..

Di sinilah yang kita nampak kurangnya di kalangan para anggota UMNO yang terdapat hari ini.

Semangat waja pejuang orang yang berprinsip sudah tidak ada lagi, dan berkurangan, kerana periuk nasi dan kepentingan diri mengatasi segala-galanya.

Nilai jatidiri sebagai seorang Melayu sejati telah mula terhakis dan pupus sedikit demi sedikit angkara kesejagatan kebendaan.

Dah hilanglah semangat para pejuang "asli" seperti Tun Dr Ismail, Syed Jaafar Albar, Musa Hitam, Mat Kilau, Dato Bahaman, Dol Said, dan lain-lain lagi

Tindakan YB Datuk Sharir mungkin cuba meng"ingat"kan kita yang alpa bahawa pegangan kepada prinsip/ lunas-lunas perjuangan adalah lebih penting daripada kepentingan pribadi.

Dalam segala perjuangan kita memerlukan pengorbanan. Mereka yang berpegang kepada prinsip adalah akan lebih dihormati dan disanjung tinggi daripada mereka yang berdiri sebagai lalang. (Mungkin orang sekarang menganggapnya sebagai naif dan ketinggalan zaman).

Salah, betul, benar ataupun tidak, keputusan yang diambil oleh para pejuang waja ini biarlah dihakimi/ditentukan oleh rakyat dan sejarah nanti...... Kerna perubahan akan hanya ditentukan oleh orang yang berani dan amanah kepada janji terhadap diri sendiri dan bangsanya.

Syabas YB Datuk Sharir. Mudah-mudahan akan muncullah ramai lagi wira-wira waja seperti beliau di kalangan kita nanti.

Berani kerana benar, takut kerana salah.... bacul kerana mengalah.

Wallahu'alam

mansal damha



 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762