BALIK KE MUKA UTAMA

Surat Terbuka Rakyat Prihatin Kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir II
 



Ke hadapan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir,


Saya mengutuskan sekali lagi surat terbuka dengan penuh ingatan tulus agar YABhg Tun sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberikan kekuatan dan umur yang panjang oleh Allah SWT untuk terus berkhidmat kepada negara kita yang tercinta.

Saya adalah seorang pemimpin kecil parti di peringkat bahagian ingin memohon jasa baik YABhg Tun agar melakukan sesuatu bagi memulihkan keadaan negara yang semakin berkecamuk pada masa kini akibat pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Utama Abdullah Ahmad Badawi yang cuba membawa negara kita berpatah semula 20 tahun ke belakang.

Saya sangat beryakinan hanya YABhg Tun sahajalah yang mampu menyelamatkan keadaan seteruk ini di mana Abdullah sedang merosakkan apa yang telah dibangunkan oleh YABhg Tun sepanjang YABhg Tun menjadi Perdana Menteri.

Saya amat berdukacita apabila Abdullah menampakkan kelemahan yang nyata khususnya dalam menangani kes penghinaan Nabi Muhammad SAW oleh akhbar New Straits Times dan kedua, tindakan menaikkan secara mendadak harga bahan petroleum ? 30 sen seliter. Tidak juga dilupakan bagaimana beliau telah menggadaikan banyak aset negara kepada Singapura.

Dalam kes NST, saya tegaskan bahawa Abdullah telah bertindak tidak adil apabila tidak mengenakan sebarang tindakan dan ?memaafkan? NST sedangkan tiga akhbar lain dikenakan tindakan yang lebih keras.

Terbaru, rakyat dikejutkan di tengah malam dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang merentap poket rakyat secara menyeluruh. Semuanya mengeluh kali ini! Kenaikan 30 sen seliter atau 20 peratus dirasakan terlalu besar yang bakal menyebabkan inflasi naik mencanak. Nilai RM akan menjadi semakin kecil. Rakyat sekarang mula sedar dan membandingkan kenaikan mendadak ini dengan senario pada era YABhg Tun di mana ia tak pernah dilakukan oleh YABhg Tun.

Rakyat, termasuk majoriti ahli-ahli parti sendiri, terkejut dan kecewa kerana pucuk pimpinan akhbar NST yang begitu angkuh telah terlepas begitu sahaja. Mengapa ?double standard? ini berlaku? Apa istimewanya NST? Apa istimewanya Datuk Kalimullah Masherul Hassan, seorang agen Singapura yang sekarang berlagak bijak di negara kita?

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk melahirkan kekecewaan dengan keputusan Majlis Tertinggi parti yang tidak membenarkan ketua bahagian yang digantung jawatan dan keahliannya menyandang semula jawatan selepas tamat tempoh penggantungan mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak adil dan bercanggah dengan peraturan Panel Rayuan Umno yang menyebut bahawa Ketua Umno bahagian yang tamat penggantungan, hendaklah dikembalikan semula jawatan mereka tanpa syarat.

Kini rakyat juga mula sedar bahawa zaman YABhg Tun adalah zaman yang terbaik yang penuh dengan pembangunan dan kemajuan jika nak dibandingkan dengan zaman Abdullah. Tiada satu pun projek kebanggaan rakyat yang dicetuskannya! Yang ada hanyalah projek songket, baju batik, kempen ?Budi Bahasa Budaya Kita? dan Islam Hadhari yang kebanyakan orang biasa pun mampu buat.

Berbeza dengan zaman YABhg Tun yang penuh dengan idea hebat seperti MSC, Proton dan lain-lain lagi yang meletakkan nama Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. Pemikiran YABhg Tun memang sangat jitu. Jauh panggang dari api sekiranya kita mahu bandingkan YABhg Tun dengan Abdullah ibarat Kancil (Abdullah) dan Ferrari (YABhg Tun).

Looks like Abdullah is really empty upstairs. Just follow what the advisers (son in law) said. Whereas YABhg Tun has the brain to think well. You know what you are in to. But, we the grassroot are to be blame - for giving Abdullah such a big mandate. Now Abdullah is on cloud nine, thinking he is the 'best' PM, ever!

Saya sebagai rakyat Malaysia ingin nyatakan sekali lagi rasa dukacita saya yang amat mendalam terhadap kehilangan aset dan kepentingan negara kita dengan begitu mudah kepada pihak musuh (Singapura) walaupun YABhg Tun telah sedaya upaya menjaganya selama ini.

Saya juga amat berduka cita kerana kami para kontraktor berada dalam keadaan yang amat perit di mana projek kerajaan amat kurang jika hendak dibandingkan semasa YABhg Tun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Saya sangat berkeyakinan bahawa YABhg Tun masih memiliki sokongan mutlak daripada kepimpinan parti di peringkat akar umbi bermula dari Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan sehinggalah ke Sabah.

Saya berdoa ke hazrat Ilahi agar YABhg Tun terus dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT untuk memperbaiki keadaan yang begini teruk sebelum ianya menjadi barah kepada negara. Ramai yang baru sedar dan mula menyebut-nyebut kembali nama YABhg Tun. Rakyat kini terkenang jasa baik dan keberkesanan kepimpinan YABhg Tun. Sentuhan YABhg Tun sebagai wira dunia ketiga masih dirasai dan kini saya juga amat merindui.

Akhir kata, saya merayu agar YABhg Tun supaya berusaha kembali menerajui takhta sebagai PERDANA MENTERI KE 7!

Hidup YABhg Tun.

Yang Ikhlas,
HAMBA ALLAH
Kedah Darul Aman
sabu_jr2@yahoo.com


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762