BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Hari ini (14hb Februari 2006) selepas rombakan kabinet, dengan barisan jemaah kabinet yang baru dilantik, rakyat di Hulu Kelang mendapat habuan yang pertama daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang sememangnya terkenal dengan sifat zalim mereka akhir-akhir ini.

Kampung Pinggiran Sungai AU3 yang telah wujud sejak 30 tahun dahulu sememangnya telah menerima notis untuk berpindah daripada MPAJ pada bulan November lalu. Mereka diarahkan untuk berpindah sementara menunggu perumahan yang mereka siap.  Perumahan Rakyat (kononnya) yang telah dibangunkan oleh Triumph City Development Sdn Bhd dengan kontraktor Pilecon Civil Works Sdn Bhd telah lama dibangunkan bermula daripada Mac 2003 di Sungai Sering, Hulu Kelang. Tetapi setelah hampir 3 tahun hanya 15% perumahan ini siap dan banyak lagi masaalah yang wujud untuk menyelesaikan projek ini. Mereka penduduk ditawarkan untuk berpindah dengan subsidi sewaan sebanyak RM400 sehingga rumah mereka siap dan membeli rumah yang kononnya akan siap pada harga yang telah disubsidikan RM35,000.

 

Inilah Projek Perumahan setelah hampir tiga tahun dibina oleh pemaju.

 

Bagaimanapun di Kampung Pinggiran Sungai AU3, tidak semua mereka yang diarahkan untuk berpindah mendapat peruntukan sewa sehingga rumah siap. Walaupun RM400 memang tidak mencukupi untuk mereka menyewa di kawasan sekitar Hulu Kelang, tetapi mungkin mereka boleh menyewa di kawasan setinggan lain. Terdapat 4 keluarga yang amat dhaif dan semuanya adalah bumiputera yang telah menetap disitu lebih 20 tahun tidak tersenarai didalam senarai bancian MPAJ. Walaupun telah berkali-kali merayu kepada MPAJ dan ADUN Hulu Kelang, ((YB)) Dato' Ahmad Bujang dan menunjukkan bukti tentang penempatan mereka di kawasan itu, mereka tetap tidak dimasukkan kedalam senarai bancian MPAJ.

 

Didalam 4 keluarga ini terdapat anak-anak sekecil 3 bulan sehingga 15 tahun dan masih bersekolah. Terdapat juga anak yatim dan mereka yang cacat. Apa yang mereka perlu ialah sedikit keprihatinan daripada MPAJ dan ADUN Hulu Kelang tetapi ini semua bukan agenda pentadbir. Akhirnya rumah mereka telah dirobohkan dengan rakus oleh MPAJ pada pukul 3 petang tadi. Dengan linangan air mata dan jerit ketakutan anak-anak kecil, MPAJ bertegas menolak sebarang rayuan terakhir mereka. Mereka masih belum sempat memindah keluar barangan rumah apabila jentolak MPAJ mula bekerja.

 

Tanpa tempat yang nak dituju, ditambah dengan hujan yang turun dengan lebat, basahlah tubuh badan dan barangan rumah mereka. Sewaktu kami melawat, memang benar mereka tiada tempat untuk bermalam sehingga ada diantara anak yang terpaksa tidur berbumbungkan langit. Ayah dan ibu mereka sibuk mencari barang-barang yang mungkin tertinggal dalam timbunan robohan rumah mereka. Beginilah nasib rakyat dibawah MPAJ. Mana tolak ansur, Mana peri kemanusian.

 

 

 

 

 

Anak ini tidur berbumbungkan langit.

 

Mana mereka hendak tidur?

 

 

 

 

Mana Agenda Habitat Kebangsaan????
Mana Tradisi Membela Rakyat???????

 

Dari
Sekretariat Jawatankuasa Rayuan

Peneroka Bandar Kawasan Hulu Kelang.

 

 

 

 


 


Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762