BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: studtrafif@yahoo.com

From_Name: tok serban

Subjek: Request for Information

Pesanan: Kepada penggelar'ulil amri' kpd Pak Lah. Tuan, saya kesian kepada tuan dan orang-orang yang seperti tuan. Apakah  tuan tahu apa erti 'ulil amri'? Adakah ia jamak, muthanna atau mufrad? Apakah tuan tahu apa tafsiran dan takrifan 'ulil amri' mengikut pendapatulama2 yang muktabar?

Kalau tuan tidak tahu, maka WAJIBLAH tuan belajar sebelum berani menggunakan istilah2 mulia dan suci secara semberono. Kalau tuan seorang yang pandai berbahasa Arab, maka tuan telah menjadi seorang yang menyalahgunakan ilmu bagi tujuan mendapat ganjaran yang sedikit. Nauzubillah.

Saya malas nak hurai maksud 'ulil amri' kerana ia bukan isunya. Isunya ialah tasawwur malah aqidah orang melayu yang rata-ratanya ramai sesat dan mereka tidak tahu mereka telah disesatkan oleh pemimpin mereka.

Orang Melayu berfahaman kebangsaan tidak tahu bahawa kebangsaan atau nasionalisma atau asabiyyah adalah bukan sekadar fahaman tetapi adalah satu AGAMA sebenarnya. Kerana kedurjanaan kebangsaan, orang Islam telah bukan sahaja berani mengkritik tetapi mengubah fahaman Islam itu  sendiri.

Mereka telah mencampuradukkan Islam dengan Liberalisma, Komunisma dan berbagai fahaman manusia lain, lalu mereka menyatakan inilah Islah yang sebenar. Saya nasihatkan tuan fikir dan ulas komen saya agar kita dapat mencari 'modus vivendi' bagi kebaikan bersama.



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762