BALIK KE MUKA UTAMA

Kampung Sungai Udang, ada yang mengatakan bahawa mereka adalah penduduk setinggan yang tidak sedar diri sebagai penumpang , miskin yang sombong dan ada pula yang mengklasifikasikan mereka sebagai peneroka kota. Berikut adalah rintihan mereka di siarkan tanpa prejudis.

  • Pembahagian tawaran rumah kos rendah oleh DBKL tidak menunjukkan ketulusan. 

  • DBKL telah melepaskan tanggung jawab untuk bancian penduduk kepada Megah Kepong Sdn Bhd tanpa mempedulikan kesahihan bancian dan nasib peneroka kota yang telah hadir sejak 38 tahun lalu.

  • DBKL sedar bahawa Megah Kepong Sdn Bhd tidak memperuntukkan tawaran kepada penduduk kawasan tersebut.

  • Senarai penerima tawaran perumahan kos rendah Taman Ceupacs yang telah di minta oleh En.Reezal Merican, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia untuk di kemukakan pada mesyuarat 23/4/2005 antara penduduk kampung, DBKL dan pemaju di percayai tidak memperuntukkan tawaran rumah kepada penduduk kawasan tersebut dan senarai itu sulit dan tidak membenarkan wakil penduduk untuk mengesahkan keluarga yang memperolehi tawaran kerana mereka saling kenal antara sesama. 

  • Setakat ini tidak ada tawaran formal di buat oleh pemaju namun DBKL dan pemaju hanya memaklumkan bahawa peruntukkan membeli flat tersebut telah penuh.

  • Pemaju terperangkap apabila mengatakan bahawa tawaran telah di buat melalui "Settlement Agreement" kepada hampir 200 penduduk fasa 1 dan fasa 2 kawasan tersebut sedangkan penduduk tersebut telah berpindah sejak tahun 1985. Wakil penduduk Sungai Udang telah mengesahkan bahawa Fasa 1 merangkumi hanya 15 keluarga/rumah dan Fasa 2 hanya 100 keluarga/rumah. Namun mereka telah berpindah pada tahun 1985. Persoalannya kepada siapa tawaran rumah kos rendah itu di buat?

  • Penduduk Kampung Sungai Udang hanya mahu kepastian bahawa tawaran pembelian rumah di buat kepada mereka yang telah lama meneroka kawasan tersebut ( hampir 38 tahun). 

Mereka telah memohon untuk membeli Rumah Pangsa sekiranya di dirikan di kawasan tersebut se awal tahun 1998.Permohonan kelulusan tanah untuk pembangunan Rumah Kos Rendah adalah pada tahun 2000. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis pembangunan pada 21 Julai 2001 dan kerja - kerja rumah kos rendah di mulakan sekitar 2003/4 oleh Megah Kepong Sdn Bhd. Tidak ada persoalan timbul bahawa mereka tidak memohon perumahan untuk tujuan membeli.

Bagi www.umno-reform.com ini menimbulkan beberapa persoalan mengenai ketelusan :

Pak Lah dengarkan lah;

Apa benarkah DBKL lepas tangan dalam soal mengagihan rumah kos rendah? Apakah ada kebenaran mengatakan bahawa tawaran pembelian  rumah - rumah kos rendah memerlukan juga kabel - kabel besar atau apa yang di katakan oleh Pak Lah "know who" ? Apakah ada sesuatu yang mencurigakan dalam pembahagian rumah dan kenapa pihak - pihak bewajib diam sungguhpun sedar bahawa pemaju tidak menjalankan bancian dan sedang atau akan membuat tawaran kepada penduduk BUKAN KAWASAN YANG TERLIBAT? Siapakah yang sebenarnya dapat membuka pekong ketidakadilan pengagihan rumah dan sanggup memperjuangkan penindasan keatas mereka, penduduk yang sepatutnya di utamakan dahulu? Siapa yang harus di persalahkan dalam isu mengenepikan peneroka kota yang kebetulan mereka dari orang - orang Melayu yang menyahut seruan kerajaan.. Kalau bukan UMNO menolong Melayu siapa lagi? Bangkit semula mereka yang pernah berjanji kepada Penduduk Kampung Sg Udang - Dato Zulhasnan ( Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahrir Samad Bekas Menteri Wilayah Persekutuan ( 1985).  

www.umno-reform.com

untuk menghubungi kami dalam memberi penjelasan :Tel 012-6544762

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762