BALIK KE MUKA UTAMA

Kenaikan harga minyak-sentimen UMNO dan tuduhan pembangkang


Apakah penerangan yang wajar di beri oleh ahli - ahli UMNO kepada rakyat mengenai harga minyak? Setakat ini setiap penerangan adalah berdasarkan sentimen yang di terbitkan oleh kepimpinan kita dengan fakta utama mereka adalah seperti berikut:

  • berapa banyak subsidi yang di berikan dan harga jualan yang sepatutnya tanpa subsidi,

  • kita perlu menyokong keputusan kerajaan untuk masa hadapan,

  • kita ubaha gaya hidup,

  • resab minyak kita hampir pupus

  • pembangunan untuk infrastruktur jalan.

  • Harga minyak kita yang termurah berbanding dengan negara lain kecuali Brunei

Hari ini senaskah Suara Keadilan 16-30 March telah saya terima. Mungkin kepimpinan kita yang ada tidak membaca surat kabar tanpa permit ini tetapi seperti yang pernah saya katakan - saya akan melanggan selepas saya dapati beberapa fakta mengenai MRR2 pernah di keluarkan oleh surat kabar ini yang selama ini di sorokkan oleh Samy Vellu.

Salah satu kolum mereka yang menarik perhatian saya ialah :

Jangan biar kerajaan tipu .. muka 13.

Mereka mengutarakan perkara - perkara berikut :

Harga Minyak Malaysia adalah antara yang terendah di Asean kecuali Brunei

Jawapan emreka : Negara - negara Asean tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana semua negara tersebut adalah pengimport minyak (termasuk Indonesia semenjak 2004). Malaysia adalah pengeksport minyak dan sepatutnya mendapat laba yang lebih dari kenaikan ini.

Di negara lain, walaupun harga minyak mahal, tetapi kos untuk kenderaan adalah amat murah. Di Thailand, boleh dikatakan semua jalanraya di sana tidak bertol. Di Singapura sistem kenderaan awamnya adalah yang terbaik di Asean menyebabkan rakyat tidak perlu berkenderaan tidak seperti Malaysia.

Kerajaan mendakwa harga minyak Malaysia lebih mahal dari Indonesia

Ini tidak benar. Di Indonesia , harga satu liter petrol adalah 4,500 rupiah iaitu bersamaan dengan RM 1.80 seliter. Harga minyak kita adalah 1.92 sen bernmakna 12 sen seliter lebih mahal dari Indonesia.

Kemudian saya melihat beberapa siri penerangan mengenai Petronas dalam Fokus : Siapa rampas wang Petronas? Terjemahan artikel asal Petronas profits create friction oleh Anil Netto

 Terlampau banyak yang di persoalkan oleh surat kabar ini mengenai kemana perginya wang Petronas. Merek telah memaparkan keuntungan Petronas pada tahun kewangan berakhir Mac 2005 adalah 55 billion. Keuntungan ini yang begitu besar ini di balas dengan penarikkan subsidi minyak oleh kerajaan dan menyebabkan harga minyak meningkat.

Di beritakan dalam akhbar ini turut menyebut Petronas memberi subsidi kepada IPP ( Pembina Tenaga Swasta ) semenjak tahun 1997 sebanyak 14 billion yang menguntungkan syarikat berikut:

  • IPP Genting Sanyen Power

  • YTL Power

  • Malakoff Berhad

  • Tanjung PLC/Powertek Berhad

dan ini memberi kekayaan kepada beberap kerat rakyat Malaysia seperti : TAn Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Yeoh Tiong Lay, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Ananda Krishnan.

Persoalan yang di terbitkan oleh mereka kalau Subsidi kepada syarikat yang dimiliki oleh beberapa kerat adalah 14 billion setahun kepada mempersoalkan subsidi 16 billion untuk faedah 25 juta rakyat Malaysia.

Mereka seterusnya mempersoalkan Petronas yang telah mengaut keuntungan lebih dari RM 500 billion sejak 31 tahun penubuhannya gagal memakmurkan rakyat. Kemana perginya wang Petronas?

Suara Keadilan ini telah menuduh perkara - perkara ini dilakukan oleh kerajaan yang sebenarnya merompak wang Petronas? Antara lain yang diaktakan meragut keuntungan Petronas adalah

  • KLIA 10.5 billion

  • Menara Berkembar Petronas 10 billion

  • Putra Jaya 19 billion Trek Formula One 286 juta

  • beberapa bail out syarikat kroni turut di sebut.

Akhbar ini menyimpulkan kehilangan dan penarikkan subsidi adalah kerana kerajaan sudah kesempitan wang untuk membiayai projek  - projek rakyat.

Apa yang kelihatan adalah mereka menyuarakan fakta  demi fakta dalam membantah mengenai peningkatan harga minyak. mereka membentangkan secara terbuka perbelanjaan bail out bagi syarikat seperti MISC milik Mirzan Mahathir, DRB Hicom , Bank Bumiputra dan Proton.  Mereka mendakwa bahawa Petronas memberi subsidi kepada beberapa kerat kroni seperti yang di sebutkan tadi dengan nilai 14 billion setahun harus dihentikan. Apakah hujah ini boleh dipints oleh kita sebagai fitnah, tidak berasas dan manipulasi pembangkang.  

Apakah ini tidak memerlukan penjelasan - kami di www.umno-reform.com juga ingin tahu.

 

 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762