BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


Isu jambatan baru:
Kerajaan mahu tutup mulut rakyat

ROSLAN SMS

Sudahlah dalam isu kenaikkan harga minyak, bantahan rakyat mahu dipadamkan dengan  mengambil tindakan keras terhadap mereka yang keluar berdemonstrasi, kini  kerajaan mahu mengambil sikap yang sama terhadap satu lagi isu.

Cut down on the debate

Hentikan perbahasan (mengenainya)

Kata Menteri Luar Syed Hamid Albar, yang ditujukan kepada ahli-ahli Parlimen  semasa sidang akhbarnya di luar dewan. Menurut beliau ahli-ahli Parlimen dan  semua pihak sepatutnya tidak lagi membahaskan secara terbuka isu pembinaan  jembatan baru yang bakal merentangi Selat Johor menggantikan Tambak Johor.


Inilah Jambatan Bengkok yang penuh kontroversi itu

Kata beliau para pimpinan dan pegawai kerajaan yang terlibat dalam perundingan  dengan pihak Singapura itu tahu apa yang mereka lakukan. Kata beliau lagi:

The less we debate openly about the matter, the easier the topics can be  finalized including the technical details.

Lagi kurang kita berdebat berkenaan perkara ini, lebih mudah kita menyelesaikan  permasalahannya berserta hal-hal teknikalnya sekali.

Sesungguhnya pembinaan Jambatan Bengkok ataupun yang kerajaan panggil Scenic  Bridge itu akan menelan belanja RM620 juta iatu bagi bahagian Malaysia.

Kita tidak faham mengapa rakyat tidak dibenarkan bersuara dan memberi pandangan.  Kerajaan berhak mendengar ataupun menolak pandangan rakyat namun ia tidak  sekali-kali berhak menutup mulut rakyat.

Kalau dalam hal-ehwal Islam pun kita buka seluas-luasnya kepada semua pihak untuk  menyentuh dan mengulasnya takkanlah dalam bab Jambatan Bengkok yang mencetuskan  pelbagai kontroversi itu suara rakyat mahu dikawal dan dibisukan.

Kini kita mendengar pihak Singapura menuntut pelbagai perkara dari pihak kerajaan  termasuklah hak menerobos ruang udara kita serta bekalan pasir untuk kegunaan  negara pulau itu.

Sudah pastilah rakyat prihatin dan tidak mahu maruah dan kepentingan negara  dipergadaikan semata-mata kerana mahu menawan hati rakan kita d iseberang yang  tidak pernah menguntungkan kita itu.

Malah dalam hal ini Tun Dr Mahathir baru-baru ini berkata:

Masa mula-mula menjadi Perdana Menteri pada 1981, saya pergi ke Singapura untuk  berbaik dengan Perdana Menterinya Lee Kuan Yew tetapi mereka tidak ikhlas untuk  berbaik dengan kita.

Sekarang mereka minta pasir dan ruang udara (kita) sebelum bersetuju membina  jambatan baru menghubungkan kedua-dua negara bagi menggantikan Tambak Johor, tapi  apa yang dia bagi pada kita? Tiada, kosong.

Bagi saya trend menutup mulut rakyat ini adalah satu trend yang tidak sihat dan  membunuh hak bersuara dikalangan rakyat jelata. Takkanlah dah hampir 50 tahun  Merdeka kita nak berundur sepuluh tapak ke belakang dari segi amalan hak asasi  ini?

SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com/

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762