BALIK KE MUKA UTAMA

Siasat kesahihan pemilikan dan kelulusan operasi tapak karaoke Bandar Tun Razak
Orang BTR

Tuan Editor,

Saya amat tertarik mengenai isu menjalankan operasi karaoke di tapak bersebelahan LRT Bandar Tun Razak yang dikatakan milik langsung atau tidak langsung Ketua Bahagian UMNO BTR Datuk Amil Salleh.

Pokok persoalan yang mungkin boleh kita kemukakan mengenepikan dahulu isu Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan, Datuk Amil Salleh yang terbabit dalam operasi karaoke tersebut adalah kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kita persoalan mengenai tapak tersebut dan bagaimana kelulusan di peroleh dalam melaksanakan operasi karaoke di situ. Siasatan lanjut hendaklah di buat oleh www.umno-reform.com mengenai isu ini. Kita tidak mahu proses perolehan tapak tersebut hanya se mata-mata kerana kabel yang cukup kuat. Bagi saya gunakan tempat yang ada itu sebaik mungkin dan bukan meletakan karaoke sebagai pusat aktiviti perniagaan. Ini lebih hodoh lagi sekiranya Ketua Bahagian BTR yang juga Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutan terbabit dengan aktiviti yang tidak menyokong kepada pembangunan rohaniah dan jasmaniah. 

Saya bukanlah orang yang terlampau taasub dengan politik dan wadah politik tetapi sekiranya benar bahawa Datuk Amil Salleh terbabit semestinya juga ada - ada pihak tertentu dalam DBKL yang terbabit sama. Ini perlu di siasat. Saya percaya antara langkah - langkah yang perlu Saudara lakukan adalah itu berhubung dengan DBKL untuk mengetahui status tanah tersebut. Siapakah yang meneroka atau apakah penerokaan itu  mendapat kelulusan DBKL. 

Jadi dalam email yang sebegini ringkas saya percaya www.umno-reform.com dapat membongkar keseluruhan isu BTR tanpa "fear or favour" Bukankah Saudara Editor adalah editor www.umno-reform.com - maka buatlah perubahan. Saya akan menghubunji Editor untuk terus membongkar keadaan di Bandar Tasik Selatan. 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762