|
Jazz <jay_jazimin@yahoo.com>
Subject: Siapa Sharir Samad...?
Date: Tue 05/09/06 05:10 AM
Assalamualaikum,
Saya hanya ingin mencelah dan memberi pendapat setelah membaca
email dari mansal damha. Tahukah saudara asal usul Shahrir dalam
umno? Apakah "jasa-jasa" beliau dlam umno? Beliaulah
antara orang yg bertindak keluar"(sokong S46 @team B) dari Umno
dan memaki hamun Umno dan Mahathir (Tun) suatu ketika dulu.
MANSAL DAMHA perlulah lebih banyak berjumpa wakil2 rakyat BN dan
UMNO yang berpengalaman untuk kenal lebih siapa
Sharir.Tak perlu saya taipkan di sini. Sekarang setelah malu
alah apabila pandangannya tidak di terima majoriti MP BN, beliau
pn letak jawatan dan beri alasan berjuang dan perletakkan
jawatan beliau atas dasar prinsip dan sebagainya hanyalah untuk
menutup malunya.
Sekarang hebohlah para ahli BNBBC brmesyuarat menggesa Sharir
tarik balik peletakan jawatan beliau menggunakan alasan pimpinan
dan khidmat beliau masih diperlukan dan sebagainya hanyalah
sekadar untuk menolong rakan yang telah malu di dalam Dewan
Rakyat.
Tiada lagikah wakil rakyat BN yg berketrampilan
dan yang lebih lama berkhidmat dalam UMNO mahupun BN dan yang
lebih penting tidak pernah menderhaka kepada BN dan UMNO.
Kini setelah Pak Lah pulang ke tanah air, dan menyokong tindakan
sharir letakkan jawatan yang telah diterima oleh Najib secara
rasmi, pasti akan ada wakil BN yang mahu mengampu yg pada
mulanya turut menggesa Shahrir supaya tarik perletakkan jawatan
akan terus berubah haluanan dan mengatakan itu adalah tradisi BN
supaya tidak menyokong usul pembangkang, ini adalah tindakan
tegas BN supaya MP BN lebih berdisiplin dan sbagaiya alasan akan
diberikan semata2 untuk sokong kenyataan
Pak Lah.
Secara peribadi, pada saya tidak menjadi kesalahan sekiranya MP
BN sendiri megkritik dasar kerajaan (secara berhemah dan kena
caraanya) ataupunmenyokong usul pembangkang sekira ianya
boleh diterima pakai dan relevan. Barulah ini dikatakan
DEMOKRASI!
|