BALIK KE MUKA UTAMA

Nasib Melayu saipa yang mahu membela
shazley_87@yahoo.com

Pesanan: Saya di sini hanya ingin meluahkan pendapat saya berhubung keputusan JPA untuk memberikan biasiswa kepada 5 orang pelajar cina baru-baru ini. Masalah mereka telah mendapat liputan luas daripada akhbar tempatan terutamanya akhbar 'The Star'. Kelima-lima pelajar tersebut berasa kecewa dengan keputusan JPA yang telah menolak permohonan mereka untuk mendapatkan biasiswa. Hanya beberapa hari selepas masalah mereka  disiarkan di dalam akhbar, Paklah dan Menteri Pendidikan sendiri telah mencampuri urusan pemberian biasiswa JPA dan hanya kerana itu, mereka telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Memang benar bahawa mereka adalah antara pelajar cemerlang spm 2004 yang telah mendapat keputusan 12A1 dan ke atas..tetapi ini TIDAK BERMAKNA bahawa mereka HARUS ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar  negara..bagaimana dengan nasib pelajar-pelajar lain yang juga telah  mendapat 'straight A's' dalam SPM 2004? 

Bagaimana dengan nasib pelajar-pelajar Melayu terutamanya? Adakah mereka benar-benar layak untuk menerima biasiswa tersebut? Setahu saya, pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar lepasan SPM bukan hanya bergantung kepada keputsan SPM mereka tetapi juga penglibatan mereka dalam bidang ko-kurikulum dan how well they perform during the interview..adakah mereka mempunyai aspek2 ini? bagi saya, JPA tentu mempunyai sebab-sebab munasabah untuk menolak permohonan mereka dahulu. Apa gunanya sistem meritokrasi sekiranya pemberian  biasiswa hanya bergantung kepada keputusan SPM? 

Saya tidak boleh menyalahkan JPA dalam hal ini..tindakan Pak Lah dan Menteri Pelajaran yang menggesa JPA supaya memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar ini  sebenarnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati yang teramat sangat di kalangan pelajar-pelajar cemerlang SPM lain, terutamanya pelajar2 Melayu yang cemerlang..bukan itu sahaja, ibubapa juga sebenarnya mula mempersoalkan pemberian biasiswa kepada mereka..saya pasti selepas ini, lebih ramai pelajar yang akan meluahkan rasa kecewa mereka terhadap JPA dan selepas itu, terus mendapat tajaan JPA..UMNO sebagai parti tunggal yang membela nasib orang melayu sepatutnya sedar akan perkara ini dan 'take control'..jika perkara ini berterusan, UMNO dan kerajaan akan kehilangan sokongan orang melayu terutamanya yang tinggal di desa dan kawasan pedalaman..selepas peristiwa itu, saya sendiri mula  mempersoalkan kredibiliti kerajaan dan parti UMNO..bagi saya, kerajaan terlalu berlembut dengan mereka..semasa Tun Dr. Mahathir memegang tampuk pemerintahan, masalah seperti ini tidak pernah wujud sama sekali..mengapa? kerana beliau adalah seorang yang tegas dan 'firm with his decision'..tiada seorang pun pelajar bukan melayu yang berani membuat kenyataan di akhbar dan meminta biasiswa daripada kerajaan..pada pendapat saya, Pak Lah sebenarnya terlalu berlembut dengan perkara ini menyebabkan lebih ramai orang will take advantage of this situation..lihatlah akhbar  sejak akhir-akhir ini? semakin ramai pelajar bukan Melayu yang berani meluahkan rasa kecewa mereka terhadap JPA..bagi saya, keputusan JPA untuk menolak permohonan mereka tidak salah sama sekali..bagaimana dengan nasib pelajar-pelajar melayu yang lain? adakah UMNO sedang memperjuangkan nasib mereka?  

Akhbar 'The Star' terutamanya hanya menyiarkan masalah pelajar-pelajar Cina yang cemerlang seolah-olah menunjukkan tidak ada satu pun pelajar Melayu yang cemerlang dalam SPM layak menerima biasiswa JPA..pendek kata, saya betul-betul tidak puas  hati dengan perkara ini..rakyat terutamanya orang melayu sedang  memerhatikan dan membicangkan isu ini..ini bukan isu remeh-temeh yang hanya bolah dibiarkan sahaja..jika perkara ini berterusan, saya tidak terkejut sekiranya paklah dan UMNO sendiri akan kehilangan sokongan orang melayu..saya harap, kepada mereka yang membaca pendapat saya ini akan mengambil serius terhadap perkara ini..saya adalah penyokong kuat UMNO dan kerajaan Barisan Nasional..tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak pasti sama ada saya harus atau tidak menyokong Pak Lah dan kerajaannya..saya yakin bahawa bukan saya sahaja yang memikirkan hal initetapi rakyat malaysia yang lain terutama sekali masyarakat melayu..saya hanya memikirkan nasib orang melayu.Saya harap agar Pak Lah sedar akan hal ini..jikalau boleh,saya benar-benar berharap agar UMNO dapat  menghantarkan pendapat saya ini kepada beliau..apa-apa pun, ini hanyalah pendapat saya terhadap isu ini..sekian, 

terima kasih..

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762