|
AWANG ‘KENIT’ KEMBAR SIAM TOK NAN
DI SARAWAK
SH ALATTAS
Saya perhatikan sebuah perahu kecil dan motorbot enjin sangkut
yang nampak sangat kecilnya bila dibandingkan dengan feri
yang akan berlepas ke Limbang. ‘Subhanallah’. Saya memuji
kebesaran Tuhan sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya
‘Syukur ya Allah’, menerusi penglihatan dan perasaan yang
diamanahkan kita dapat menikmati semua ini. ‘Amin’.
Jam menunjukkan pukul tujuh pagi 1hb. Mei 2006, hari cuti umum
bagi buruh seluruh dunia melainkan penulis dari akhbar
nyamuk seperti kami yang terpaksa ke hujung negeri Sarawak
untuk mendapatkan berita mengenai pilihanraya. Selaku ‘wartawan’
yang tugasnya menjadi mata dan telinga rakyat, kami tak
mengenal cuti, seminggu tujuh hari kami menjalankan tugas
untuk membantu memperkembang tradisi keilmuan, memperkasakan
minda untuk menjadikan masyarakat minda ‘kelas pertama’
seperti yang diwar-war oleh Pak Lah ini semua adalah atas
keikhlasan kita sendiri.
Sungai Lawas yang airnya tenang, gunung-ganang yang membiru,
angin pagi yang berhembus segar dengan udara yang dingin
dan bersih mengingatkan kita bagaimana Nabi Musa a.s.
diselamatkan ketika dihanyutkan ke sungai dan membesar di istana
Firaun. Namun Firaun dan kuncu-kuncunya yang angkuh,
sombong, kejam dan zalim berlagak macam Tuhan akibat ‘hilang
akal’. Kerajaannya musnah ditelan air. Sejarah telah membuktikan
air mata rakyat boleh meruntuhkan kerajaan yang kejam dan
zalim.
Perjalanan menunggu feri di sungai Rejang di subuh yang gelap
gelita dari Mukah ke Sibu ketika menulis buku “Kenapa
Rosli Dhoby Dan Tiga Hero Sarawak Dihukum Bunuh?” mengingatkan
saya pada peristiwa ketika saya menyelamatkan nyawa beberapa
orang yang lemas ketika sampan mereka terbalik akibat
ombak, akibat bot besar yang membawa rombongan Gapena di sungai
Rejang tahun 1974 ke rumah panjang. Beritanya tersiar di NST.
Almarhum Rosli Dhoby, Awang Ramlee, Bujang Sutung, kini sudah
pun bergelar pahlawan namun ‘saya masih terus menulis
kerana perjuangan masih belum selesai.’
Penulis tidak rela rakyat diperbodoh, nasib mereka diperjudikan
oleh adanya pemimpin yang bersikap harapkan pagar, pagar
jual padi, harapkan Wakil Rakyat, mereka dikeroyok, ditipu,
dirompak dengan cara yang terhormat mengikut hukum rimba.
Ramai terlupa unsur penting bila memperkatakan tentang sejarah
media masa dan kesusasteraan. Siapa kalau bukan para
penulis yang terlibat secara langsung mendokumentasikannya?
Tahun 1979, saya pernah merengkok di dalam lock-up balai polis
Limbang ketika cuba mengedarkan buku “Sarawak Kepada Siapa
Hendak Diserahkan?”. Ketika itu saya membawa Pehim Taib
Mahmood masuk ke Sarawak menggantikan Tun Rahman Yaakob dan
peristiwa ini yang berlaku di bulan puasa ketika hampir
hari raya. Taib kekal di situ hingga ke hari ini. Tapi yang
membimbangkan saya apakah Abang Abu Bakar atau Adnan Satim
mempunyai karisma intergriti seperti Taib? Iban, Bidayuh,
Dayak, Limbawang dan bumiputera yang lain tak sama seperti di
zaman Datuk Stephen Kalungningkan yang menjadi Ketua Menteri
Sarawak pada tahun 1963.
Kalau orang Iban marah kepada pucuk pimpinan kita tidak boleh
marah kepada mereka, kita mesti mengkaji dan menyelidik
kenapa mereka marah, tentulah orang Dayak Iban merasa tidak
senang marah dan tidak puashati kerana mereka turut berjuang
sama untuk merebutkan kemerdekaan, mereka berhak untuk
mendapat apa yang diperolehi orang-orang Melayu.
Muka surat 108
Sarawak Kepada Siapa
Hendak Diserahkan?
Membaca menjadikan seseorang itu lengkap (dengan ilmu),
berdiskusi itu menjadikan seseorang itu bersedia, dan
menulis itu menjadikan seseorang itu tepat”
Francis Bacon
Kehidupan kita di dunia ibarat seorang pengembara yang sentiasa
merindui kampung halaman. Namun kerinduan itu tiada erti
sekiranya sekembali ke kampung halaman dengan tiada apa-apa
bekalan yang perlu dimanfaatkan. Menjadi wartawan dan penulis,
kerusi menteri bukan ‘matlamat’nya. Kita mengkritik,
mengingatkan bukan bertujuan untuk menjatuhkan, bukan kita
mahukan kerusi menteri atau upah. Kita selalu mengingatkan diri
dan pemimpin “Insan yang baik ialah manusia yang melakukan
sebanyak-banyak kebaikan kepada seramai mungkin manusia”. -
hadith Rasulullah SAW.
Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.
Pagi 30hb. April, saya bersama Dato Aziz Cemor ke Limbang
melalui jalan darat melintasi 2 check point imigresen
Brunei dan Sarawak. Saya kenal Aziz Cemor dengan panggilan YM
Tuanku Abdul Aziz, Raja Mandiling. Kalau hendak tahu siapa
Aziz Cemor, kena tanya Pak Lah yang memberi gelaran itu
pada Aziz. Saya berterima kasih padanya kerana mengundang saya
ke Lawas.
Bercakap mengenai penulis, saya teringat almarhum Pramoedya
Ananta Toer yang telah meninggal dunia pada 30hb. April
2006. 14 tahun beliau dipenjarakan tanpa perbicaraan di
Pulau Buru semasa pemerintahan Suharto di mana dia telah
menghasilkan ‘The Buru Quartet’, sebuah novel mengenai
kemerdekaan Indonesia. Beliau telah menghasilkan 34 buku dan
esei dan telah diterjemahkan dalam 37 bahasa.
Revolusi yang diungkapkan oleh Pramoedya dalam kisah-kisahnya
adalah pembebasan manusia daripada kezaliman dan
penindasan. Penjajahan bukan saja terhadap bangsa tetapi
terhadap manusia oleh manusia yang lain.
Pramoedya mengandungi mesej perjuangan kental membebaskan minda,
diri dan bangsa. Ia menuntut bukan sekadar memindahkan
pemerintahan politik dari Belanda kepada elit nasional di
Indonesia.
Zin Mahmud
Utusan Malaysia
1 May 2006
Pramoedya terkenal di seluruh dunia sebagai pahlawan, manusia
yang memperjuangkan yang hak, menentang ketidakadilan
Presiden Suharto diktator yang begitu berkuasa menyekat
kebebasan bersuara. Di akhir hidupnya Prameodya bebas,
suaranya terdengar di seluruh pelusuk dunia. Suharto yang
menzalimi penulis jatuh dalam kehinaan di penjara dalam rumah,
begitu juga anaknya Tommy yang masih di penjara. Negara
dan bangsa menjadi porak peranda bila pemimpin takut
dengan kebenaran akibat ‘hilang akal’, akibat mabuk kuasa, harta
dan wanita.
Jasad penulis boleh dipenjarakan oleh pemerintah, tetapi
seseorang itu boleh memilih untuk memiliki minda bebas
atau mengizinkannya dijajah.
Apa beza perjuangan kita dan mesej Pramoedya di Indonesia, Dr.
Jalaluddin Rahmat, Gunawan, M.H. Ainum Najib, Rendra yang
memperjuangkan nasib manusia melalui jalan sastera yang tak
berbeza seperti anak-anak sungai yang menuju ke muara.
Sambil duduk memerhatikan sungai yang tidak pernah melupakan
asal usul kejadiannya dari sejak awal ‘Nur Muhammad’.
‘Air’ tidak pernah menderhaka, tidak pula ‘sesat’, tidak
melakukan perkara yang songsang, tidak mudik mendaki gunung.
Sambil saya duduk menghirup kopi panas di warong di atas
pasar Lawas, tiba-tiba tergambar muka YB Datuk Awang Tengah
yang sedang berucap di dalam dewan semasa merasmikan Fiesta
Barembah sempena menyambut 60 tahun RTM. Katanya
“Mengkritik mudah, anak saya yang kecil pun pandai mengkritik”
bergema di telinga. “Di pendalaman orang tak baca akhbar
mereka dengar radio dan tonton TV saja. “ Tak ‘gentleman’ sindir
orang dengan kata-kata sinis, hendak cari gaduh agaknya Awang
ini? Tak pasal-pasal nanti dari Awang Tengah nanti jadi
Awang Tepi? Dia jangan lupa Anwar Ibrahim dulu manten
Timbalan Perdana Menteri pun boleh ke dalam. Awang Tengah ini
patut belajar dari Dato Awang Adik dari zero menjadi hero.
Baca buku saya ‘Anak Omak vs Anak Bapak’. Tuhan suruh baca,
dia leka dengan ‘retorik’.
Saya teringat semasa bersalaman dengannya, saya memperkenalkan
diri dan menunjukkan ‘press kad’ Buletin Rakyat, dengan
sombong dia jalan lepas salam sepatah pun tak mahu cakap. Apa
punya pemimpin sikit pun tak mesra rakyat. Pemimpin jangan buat
musuh dengan wartawan jangan jadi macam Datuk Adnan Yaakob
yang akhirnya jadi ‘roti nan’ (roti benggali). Tok Nan
lain, Melayu di Semenanjung ada UMNO lainlah kalau di Sarawak
majoriti Melayu. Silap-silap nanti Awang Tengah bertukar
jadi Awang ‘kenit’. Di akhirat nanti mereka yang angkuh,
sombong dan berlagak (mutakabir), Tuhan jadikan mereka Awang
‘kenit’ - hadith Rasulullah SAW.
Saya minta mahu ‘interview’ melalui Husni pegawainya, Husni kata
tak boleh, mesti melalui YB Timbalan Menteri sendiri. Saya
jumpa dia selepas ucapan, saya ekori dia ke meja minum,
punyalah sombong Awang ini, dia kata tak senang, sikit pun dia
tak pelawa minum, jenis kaduk naik junjung, si kudung
dapat cincin agaknya. Sikit pun tak ada ‘akal budi’.
Apa yang dia ni merepek ni? Bisik hati kecil saya “untuk apa dia
berkata begitu. Kenapa mesti menyindir? Kalau tidak mahu
di interview tak mengapa.” Dia tak baca ke akhabar
“Siasah” yang terbaru tentang Tok Nan dengan berita “Tok Nan
Hilang Akal”, ada di jual di Lawas? Ada ke dia boleh kata,
surat khabar tak sampai ke pendalaman. Inilah perangai
pemimpin, otak macam burung kasawari ‘Ostrich’, bila dia
sembunyikan kepalanya dalam pasir dia ingat orang tak
nampak. Rosak satu pertubuhan bila ada orang yang ‘minda’ macam
minda burung Ostrich, nama saja burung tapi tak boleh
terbang.
Berbeza dengan pemimpin kaum Lumbawang biarpun majoriti mereka
beragama Kristian, budi bahasanya tinggi, saya di pelawa
ke rumah oleh Pendeta Revrent Ricky Yusof Buaya keturunan
Raja Lumbawang. Begitu juga Tok Lawi Barauk keturunan pahlawan
Lumbawang, sejuk rasa hati bila YB Henry Sum Agong, Ahli
Parlimen Bukit Mas P.219 begitu ramah mesra. Bahasa
menunjukkan bangsa. Saya dilayan dengan peminat saya tuan D.O
Lawas. Teruk betul perangai Awang Tengah ini. Ada ke patut
dia suruh pegawai RTM tentukan soalan yang akan dikemukakan
padanya dan soalan mesti mengenai pembangunan saja.
Macam mana Awang Tengah ini boleh di jangkiti wabak ‘hilang akal’?
“Melayu mudah lupa” kata Tun Mahathir. Biasalah tu!
Penulis berhak menterjemahkan apa yang tersirat bukan yang
tersurat yang di sampaikan oleh seorang menteri seperti wartawan
Utusan yang menimbulkan kemarahan Tok Nan.
Semua orang kenal siapa Tok Nan kerana mulutnya yang celupar,
laser, cakap ikut sedap mulut saja. Nampaknya penyakit
‘hilang akal’ juga terdapat di Sarawak.
Hilang akal bukan perkara baru dalam sejarah hidup manusia. Nabi
Adam a.s terkeluar dari syurga akibat ‘hilang akal’. Ular
dan pujuk rayu Hawa yang disalahkan oleh manusia. Nabi
Musa a.s. tombok manusia sampai mati, Nabi Yunus a.s. terjun ke
laut akibat merajuk dengan umatnya. Tapi lepas ‘hilang
akal’ mereka cepat bertaubat. Lalai, leka, alpa, merajuk, mudah
LUPA itulah sifat manusia biasa. Cepat ‘gelap mata’ tak boleh
menguasai amarah gagal menundukkan nafsu akibat bahayanya
wanita, harta dan takhta (kuasa) punca ‘hilang akal’.
Kaki mabok akibat banyak sangat yang minum tuak, akhirnya hilang
maruah, menderita akibat minum arak, berzina, judi dan
liwat.
Pengarah Filem Hollywood, Ron Howard menggarapkan kisah John
Forbes Nash, seorang genius yang hilang akal dalam filem
arahannya A Beautiful Mind. Ia mengisahkan seorang profesor
Matematik yang hilang akal tapi masih boleh memenangi Nobel
Award.
Pangkat dan kebolehan, kedudukan menjadi sia-sia akibat penyakit
hilang akal yang juga dikenali sebagai schizophrenia.
Isteri, anak-anak dan keluarga terdedah kepada bahaya
kerana keadaan ‘tidak siuman’ yang boleh mengancam keselamatan
mereka. Ada juga yang ‘hilang akal’ macam ‘biskut
chipsmore’ sekejap ada, sekejap tak ada ‘akal’. Selalunya orang
yang dianggap ‘genius’ itu penuh dengan kegilaan. Namun orang
yang buat-buat gila belum tentu seorang genius. Bodoh
sombong namanya.
Seseorang yang mengaku dirinya Islam harus tahu bahawa Islam itu
selamat kerana dia telah menyerah dan tunduk pada
ketentuan Allah. Allah anugerahkan makhluk yang bernama ‘akal’
untuk menemaninya. Ketika Nadi Adam a.s. diturunkan ke dunia,
Allah SWT kirimkan malaikat Jibrail, suruh dia pilih satu
dari tiga soalan yang dikemukakan, pilih akal, akhlak atau
agama. Adam pilih akal. Agama dan akhlak ikut mereka yang
berakal. Hadith Nabi Muhammad SAW oleh Ali bin Abi Talib -
Nahjul Balagh. Tidak beragama mereka yang tidak berakal.
Melihat telatah Tok Tengah dan Tok Nan yang seperti manusia
hilang akal, saya memikirkan siapakah sebenarnya
pemerintah dunia hari ini, akal atau nafsu? Mudah-mudahan mereka
cepat-cepat bertaubat.
Orang yang mengisytiharkan dirinya Islam tergolong dalam
golongan orang yang mendapat rahmat dan redha Allah. Bila
agaknya para pemimpin Islam di zaman Pak Lah mahu mengamalkan
diri sebagai khalifah yang membawa rahmat kepada sekelian alam
seperti Khalifah Omar bin Abdul Aziz?
Membaca membolehkan kita mengetahui pendapat dan pengalaman
orang lain yang boleh dimanfaatkan dalam menjana idea.
Jangan melarang masyarakat dari membaca kerana buruk
sangka penulis yang kononnya cuba meracuni pemikiran rakyat.
Iqrak selain dari boleh menambah ilmu pengetahuan seseorang itu
perlu juga menulis dan berdiskusi. Aktiviti ini membuat
seseorang itu berfikir, jika kegiatan ini menjadi
kebiasaan baru boleh berada dalam golongan “minda kelas pertama”.
Setiap insan yang sempurna harus menggunakan semula panca
inderanya jangan hanya pandai menggunakan lidah yang tak
bertulang sahaja. IQ saja tak memadai tanpa disertai oleh
emosional Q dan spiritual Q. Memang betul suara adalah kurniaan
yang cukup istimewa. Bayangkan jika anda bisu? Tuhan ambil
balik suara yang dipinjamkan akibat banyak sangat
pembohong, cakap tak serupa bikin punya melanggar perintah
Allah.
Setiap hari kita boleh dengar dan lihat di TV slogan “berbudi
bahasa amalan kita”. Slogan bahasa menunjukkan bangsa
sepatutnya mengingatkan pemimpin supaya menggunakan bahasa yang
sopan. Jangan cakap ikut sedap mulut, mentang-mentang awak
merasakan diri berkuasa. Kerusi menteri itu kerusi TOL.
Ingat sikit pada Tuhan. Ibarat pepatah guru kencing berdiri,
anak murid kencing berlari.
Bagaimana nanti bila ada guru yang mahu selamatkan diri dia kata
pada murid “go to hell with you”, pergi beritahu guru
besar saya peduli apa? Seperti yang dilakukan oleh Tok Nan
suruh wartawan tulis biar Pak Lah baca. Kesian Pak Lah! Semua
kesalahan pengikut dilonggok di atas kepala Pak Lah.
“Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata binasa,” makan
boleh sebarang makan, cakap tak boleh sebarang cakap,
tersalah cakap terperangkap. Itulah yang diingatkan oleh orang
tua-tua kita. Awang Tengah ini patut belajar dari kesilapan yang
dilakukan oleh Tok Nan.
Mungkin dia ini jenis tak ‘membaca’, mata digunakan untuk tengok
‘benda-benda’ yang dia suka aje.
Kita kena ingat, kata-kata kita boleh mengores perasaan orang
yang tak ada apa dosa pada kita. Apa yang mereka simpan
dalam hati dan bila sudah diluahkan di media massa, dunia akan
mengetahui niat dalam hati kita. Orang tak tahu tapi bila dah
terkeluar hendak sembunyi macam mana lagi?
Kasihan Tok Nan, mengikutkan amarah tidak istigfhar dengan
sewenang-wenangnya melafazkan kata-kata berbentuk sumpah
seranah, maki hamun kepada media “go to hell” boleh juga
diterjemahkan “mampuslah kau, bukan sekadar “pergi jahanamlah
kamu”. Orang Islam tak boleh cakap macam itu. Mereka
terlupa penulis itu adalah telinga dan suara rakyat. Kerajaan
melaungkan kempen berbudi bahasa, Tok Nan tak tunjukkan sikap
pemimpin yang ada ‘budi pekerti’, ada ‘akal budi’.
Mohd Shukri Ishak menulis dalam Utusan Sarawak yang bertarikh 27
April 2006. Fokus berita dengan tajuk besar Adnan Yaakob
Buat “Kejutan” lagi, bagi membela nasib wartawan di Utusan
Malaysia. Mungkin sudah terima ‘wahyu’ dari bos-bos.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang pernah dilabel
sebagai “samseng” kerana satu gelagatnya pada tahun 2000,
Isnin lepas sekali lagi membuat kejutan. Kali ini Adnan
mengeluarkan kata-kata “go to hell” atau “pergi jahanam” kepada
media tertentu kerana dikatakan tersalah lapor ucapannya
di Dewan Undangan Negeri pada 21 April.
Seorang pemimpin tidak boleh menunjukkan kemarahan di khalayak
ramai, ianya mencerminkan sikap yang tidak profesional di
mata rakyat. Apa punya Menteri Besar? Pak Lah suruh
berfikir first class mentaliti tapi fikiran pemimpin ikut mecu
kata Tun Mahathir ‘half past six menteliti’, ‘one cent no
use’ memalukan Tuanku Sultan, macam budak dibesarkan kat
pasar.
Sikit pun tidak mencerminkan beliau sebagai seorang pemimpin
yang berketerampilan. Jikapun berlaku kesilapan jangan
marahkan nyamuk kelambu di bakar. Tok Nan tidak perlu emosional
dan menghamburkan kata kesat terutama media. Tok Nan wajar
mencontohi budi pekerti yang baik seperti Tun Mahathir,
Pak Lah atau Najib. Buat apa hendak mengeluarkan kata-kata yang
tidak beradab di dalam Dewan yang mulia pada ketika itu turut
disaksikan oleh pelawat terdiri daripada kakitangan
kerajaan, pelajar dan pemimpin masyarakat? Tak malu ke?
Janganlah kerana kita tak senang dengan seorang dua penulis,
kita membuat penulis seluruh dunia marah dan benci pada
kita. Kemarahan penulis itu adalah kemarahan rakyat. Dan apa
akan terjadi pada wakil rakyat bila ‘the silent majoriti’
mengeluarkan kata-kata “go to hell dengan wakil rakyat.”
Tiba-tiba saya teringat cerita dari Al-Quran, Firaun, Namrut,
Abu Jahal, Abu Lahab pun pernah ‘hilang akal’ macam Nabi dan
Rasul, bezanya mereka tidak mahu bertaubat. Alangkah
baiknya kalau sakit cepat-cepat cari ubat, terasa berdosa
cepat-cepat bertaubat.
|