BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: Shafik

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Itu bahasa Cina - kata Prof Ungku Aziz

Sesuatu yang mengejutkan. Satu yang baru bila kerajaan nampak dipersalahkan dalam kegagalan memartabatkan bangsa khususnya oleh Prof Dr Awang Sariyan. Saya menonton rancangan tersebut dan tertarik kepada kenyataan Pro Ungku Aziz, Kenapa kita kata itu bahasa Mandarin , itu Bahasa Cina dan bagi saya kita sudah mula memartabatkan bahasa tersebut.

Saya melihat sungguhpun masa perbincangan agak pendek tetapi beberapa isu menarik dikeluarkan yang menyentuh mengenai pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Mungkinkah Dr Mahathir juga sepatutnya dikategorikan sebagai pengkhianat Nombor 1 dan kini di ikuti oleh Datuk Hishammudin yang meneruskan tradisi melumpuhkan Bahasa kita lalu menghancurkan keperibadian utama Melayu itu sendiri.

Isu Bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains ditolak oleh kebanyakan cendikiawan dan mereka yang mempunyai authority dalam Bahasa. Namun kerana politik, Datuk Hishammuddin adalah orang yang sehingga kini mempertahankan sungguhpun ini sebenarnya merugikan orang  - orang Melayu. Kalau boleh HUJAH membawa Datuk Hishammuddin dalam rancangan itu dan disertai oleh Awang Sariyan sebagai panel yang akan menyoal Datuk Hishammuddin namun apa yang saya difahamkan,  Hisham  takut sekiranya diajak berdebat. Mungkin ilmu tak cukup di dada dan ilmu yang ada adalah untuk membodek.

Persoalan oleh laman ini, perjuangan Bahasa adalah perjuangan Bangsa memang tepat sekali kerana bagi saya bahasa itu adalah teras kepada bangsa. Usaha bangsa lain untuk meningkatkan bahasa mereka harus dibiarkan ada tetapi sebarang diskriminasi terhadap Bahasa Melayu harus dilabel sebagai "kurang ajar".

Tindakan kurang ajar ini sudah mula  dilihat bila mereka menjadikan pra - syarat untuk sesetengah organisasi menerima pekerja. ini seperti yang di hujah dalam rancangan tersebut sebagai mencabar kedaulatan bahasa Melayu dan seterusnya bangsa Melayu. Sikap kurang ajar ini harus dihakis. Apa pula sekiranya kita menetapkan bahawa mereka yang gagal berbahasa Melayu akan lucut kerakyataan negara ini?

Kepimpinan yang telah disebutkan oleh HUJAH sebagai membelakangkan bahasa Melayu harus dicabut dari terus memimpin negara ini. Mereka adalah petualang yang sepatutnya dibuang dari tempat yang ada sekarang.Apa pun satu topik yang menarik dan nampak tidak berat sebelah.

Semoga ada topik hebat yang boleh kita bincangkan secara terbuka dilain masa. Terima Kasih editor kerana email tuan mengenai siaran tersebut.

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762