|
KAMARUDDIN
AMBOK penipu kata penduduk Sg Udang Segambut
samadsegambut
sg udang kecewa
JAWAPAN KEPADA JAWAPAN DATO KAMARUDDIN AMBOK, KETUA BAHAGIAN UMNO SEGAMBUT.
Saya merupakan antara penduduk Kampung Sg Udang (Seberang Sungai) Segambut. Kira kira dua minggu lepas saya telah diberikan respon Dato
Kamaruddin Embok, Ketua Bahagian UMNO Segambut yang tersiar dalam laman
umno ini untuk di baca.
Apa yang saya ingin perkatakan ialah beliau menipu dan sombong !
Saya seorang ahli UMNO semenjak 15 tahun lalu. Saya telah mengundi
Barisan Nasional sebanyak 3 kali pilihanraya. Ertinya saya merupakan
pendokong dan penyokong kuat Kerajaan setelah sekian lama. Namum saya
amat kecewa apabila saya ada masalah dan berdepan dengan seorang pemimpin UMNO yang
sombong seperti beliau.
Masalah kampung kami ini dah lama, tetapi semenjak akhir akhir ini (4 bulan
lepas) kami telah mengaktifkan semula jawatankuasa bertindak penduduk untuk menyelesaikan permasalahan kami khususnya mengenai status
tanah dan rumah kami.
Semasa mengaktifkan jawatankuasa bertindak penduduk, kami telah bersetuju
untuk menyampaikan maksud dan tujuan kami maka pintu kampung ini kami buka kepada sesiapa saja tidak kira NGO atau parti politik yang
berniat untuk membantu kami menyampai ke arah tujuan kami. ( Walaupun
kepada masa itu saya agak kurang senang kerana saya merupakan penyokong kuat UMNO).
Dalam masa sebulan kami telah bertemu dengan banyak pihak. Beberapa
pemimpin UMNO yang ditemui semuanya menyatakan susah dan hanya cakap
Insyaallah akan usaha, tetapi pemimpin keadilan yang dijemput iaitu
Sivarasa Rasiah, Peguam (Naib Presiden Keadilan) sendiri telah turun ke
kampung kami dan memberikan beberapa panduan serta berkongsi pengalaman mengenai beberapa kes setinggan yang hampir serupa. Akhirnya dengan
bantuan keadilan dengan diketuai oleh cikgu badrul (Ketua Penerangan Pemuda Keadilan) kami telah bersatu untuk menghantar memorandum cadangan
penyelesaian kepada DBKL.
Kami tak minta satu sen pun dari DBKL atau kerajaan, rujuk memorandum kami. Dato kamaruddin jelas menipu yang kata kami minta rm 50 ribu.
Saya mula ada kenyakinan kepada keadilan kerana semasa perbincangan
beliau (cikgu badrul) terangkan penduduk perlu terima kemajuan dan
memberi ruang kepada tempat kami dimajukan tetapi kerajaan perlu juga hormati hak penduduk. Penduduk tidak meminta tuntutan tetapi
mencadangkan penyelesaian. Alhamdullilah kes kampung kami dengan bantuan
keadilan telah mendapat perhatian media termasuk menjadi muka depan beberapa kali di beberapa media.
Kami akhirnya setuju untuk tidak tuntut apa-apa cuba buat cadangan penyelesaian iaitu kami boleh pindah tanpa pampasan tetapi kami ingin
beli rumah kos rendah yang sedang dibina (taman cuepecs) berhampiran kampung kami. Kami nak beli
bukan minta free. Timbalan pengarah DBKL masa jumpa dengan kami, masa hantar memorandum kata yang dia cuba
tengokkan, dia seronok kerana penduduk datang bukan buat tuntutan tetapi
bawa cadangan penyelesaian. Tetapi beliau sendiri kata (kami ada minit perbincangan) dalam bagi rumah murah nie DBKL kena hati-hati sebab kena
layan kuota UMNO lah kuota inilah.dia ada kata yang projek yang nak dibuat di kampung kami ini telah dirancang lama, dan pelik
kenapa tak ada peruntukan rumah yang diberikan untuk penduduk berpindah dan beli.
Beliau janji akan cuba tengok perkara ini.
Sementara menunggu respon DBKL mengenai cadangan penyelesaian kami,
jawatankuasa kami telah hubungi ketua umno bahagian segambut tetapi
wakil kami ini telah dimarahai kerana kami telah jadi pembangkang dan
beliau tidak akan campur tangan urusan mengenai penduduk kampung ini.
Ketika diterangkan kedudukan mengenai kami akan kerjasama dengan sesiapa
saja yang nak tolong kami belia kata yang kalau nak dia selesaikan biar dia saja selesai kalau nak
pembangkang selesaikan dia tak nak campur tangan.
Ketika ini dilaporkan dalam mesyuarat saya amat marah sekali dengan
pemimpin umno yang nampak sombong. Tetapi kemarahan saya ini kendur sikit apabila
wakil kami yang pergi berjumpa dengan Timbalan Ketua Umno Segambut Dato
Hj Kassim Tadim, beliau (Hj kassim) janji akan cuba tengokkan perkara ini dan apabila menyentuh mengenai kami pun ada minta
tolong pembangkang beliau kata itu tak apa janji maksud sama untuk kebaikan rakyat teruskan.
Sempena Hari Asyura yang lepas penduduk kampung telah buat satu majlis
ramah mesra dan jemput semua pemimpin NGO, pemimpin politik dan wartawan
untuk datang untuk kami terangkan kedudukan semasa kampung kami.
Kami jemput untuk majlis itu pada pukul 1.45 petang (lepas Zuhor), tetapi pagi itu kami telah dikunjungi oleh YB Ahli Parlimen Segambut
yang secara kebetulan berada di kawasan sekitar kerana ada program lain.Namum kehadiran beliau disambut gembira oleh penduduk kampung dan
beliau janji akan selesaikan masalah penduduk.
Selepas itu kira kira sejam kemudian datang pula ketua bahagian Umno
Segambut yang datang dengan sombong. Mungkin agak keterlaluan tuduhan
saya, tetapi ini saya rasa bertepatan kerana beliau seolah oleh bertengkar dengan pengerusi penduduk Mohamad pada masa itu. (rakaman
video ada dibuat). Tindakkan beliau betul- betul memalukan UMNO.
Petang itu semasa majlis yang dirancang bermula yang datang ialah wakil
dari beberapa NGO, wartawan , Dato Hj Kassim Tadim (umno) dan Cikgu Badrul Hisham (keadilan).
Dalam majlis itu Dato Kassim Tadim telah janji akan beri perhatian terhadap
masalah kampung dan cikgu badrul janji akan terus membela penduduk kampung.
Kami amat senang hati selepas hari tersebut. Tetapi kegembiraan kami tersentak apabila dua hari selepas itu datang surat dari DBKL yang kata
rumah kami akan diruntuhkan jika kami tidak pindah.
Untuk itu kami telah diberikan tarikh untuk bertemu dengan menteri Wilayah
Persekutuan. Sekali lagi kami kecewa perjumpaan yang sepatutnya jadi medan perbincangan mengecewakan kami. YB Menteri seolah tak mahu
dengar cakap kami beliau hanya nak kami dengar cakap dia. Dia arah suruhkami pindah sewa rumah dan kalau nak beli tu buat permohonan lain.
Kami bukan tak nak pindah sewa untuk sementara tapi pahamlah kami ini
bukan golongan berkemampuan sangat, sekali nak pindah ke rumah sewa dan
sekali lagi nak pindah ke rumah yang dibeli dan yang lebih penting bayak
bukti yang kami lihat beberapa kes yang kononnya pindah sementara tetapi hampir berbelas tahun terperangkap dirumah sewa. Ramai antara
kami yang dah hampir pencen kami nak gak beli rumah dan tak mahu mati dalam rumah sewa.
Lebih lebih lagi flat yang ditawarkan untuk kami sewa merupakan kawasan
yang sesak.
Kami kini seperti menunggu nunggu trektar datang nak runtuh rumah kami.
Kami pasrah..kami mohon kerajaan atau UMNO untuk pedulikan nasib kami ini
Kami tak mahu pampasan, kami tak mahu rumah sewa, kami mahu beli rumah
Taman Cuepecs yang sedang dibina di depan mata kami ini. Takkan beratus
yang dibina tak dapat nak masukkan nama kami 37 penduduk ini.
Tulisan ini saya tulis secara peribadi dan tidak mewakili semua jawatankuasa, tetapi saya yakin ia mewakili rasa hati kecewa kesemua
penduduk kampung
Kami bukan pembangkang tetapi kami mula kecewa dengan UMNO.
Setinggan kecewa.
|
|
Ketua
Bahagian Segambut, Dato Kamarudin Haji Ambok menjawab tuduhan liar
penduduk Kg Sg Udang Segambut.
KLIKSINI
| UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI
Dato
Kamarudin Haji Ambok - kenapa sampai mereka merayu kepada umum. Apakah
Ketua Bahagian UMNO ini gagal membantu atau benar dakwaan mereka bahawa
DBKL telah memperuntukkan 37 unit rumah untuk mereka tetapi di lenyapkan
oleh UMNO Bahagian Segambut?
KLIKSINI
| UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|