BALIK KE MUKA UTAMA


Seloka Perhimpunan Umno
ungshah@hotmail.com
Ungku Shahrin

Perhimpunan Agung Umno telah selesai,berbagai isu yang di ketengahkan  dan tidak kurang juga berbagai pantun,sajak,puisi yang didengarkan baik  dari perwakilan bahagian mau pun dari kalangan pihak atasan.Saya juga akan cuba berseloka agar dapat megubat luka .

Saya akui ,siapalah melayu tanpa sopan tingkah laku,
Usul tak lekang dek hujan , jadi judul perbahasan,
Kelemahan Melayu, Pendidikan , DEB antara yang di maksudkan, 
Tetapi yang paling tertekan , Isu AP yang didagangkan

Isu AP yang dari dulu telah cuba di pertikai ,tapi malangnya ramai yang lalai,
Mujur Che det mula bersuara,baru yang lain membuka mata,
Terkejutnya kita bila membaca,ada juga yang hampir gila,
Rasa diri dah kena tipu, beli kereta mahal dah tentu,
Yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin licin.

Kutipan cukai dan juga saman,kalau tak bayar dah tentu waran,
Rakyat kecil rasa mengigil ,bila tahu dah kena panggil,
Berpuluh juta saman tersimpul ,beratus juta cukai terkumpul,
Orang lain hanya menunggu ,setiap tahun AP dah tentu,
Tak cukup satu dapat beribu , gelar dan pangkat jadi penentu.

AP berharga 30 ribu, bila 10 , 300 ribu,
Kalau 100 dah tentu haru ,apalagi beribu-ribu,
Angka kosong sampai tak terhitung,
Terlalu banyak tak boleh congak,membuat orang menjadi bongkak.

Cadangan Pak Ungku Aziz, bukannya sinis,
AP patut di tender terbuka ,agar ramai yang tak terluka,
Bagi pada Syarikat Kerajaan ,yang pastinya pada rakyat sekalian,
Untung dibagi sama rata dan jangan pula menutup mata,
Kerana kita nak tahu juga setelus mana kepentingan di jaga.

Memberi pada rakyat jelata, biar sungguh bagai di kata,
Jangan di susu berok di hutan anak sendiri mati kelaparan,
Rakyat dah celik bertambah cerdik,tak mahu di tipu macam dahulu,
Biarlah adil lagi saksama, agar dapat semua merasa.

Ini sekadar memberi pandangan,semoga jangan di anggap ringan,
Kepimpinan YAB memang di pandang,
terbilang,gemilang,cermerlang akan disandang,
Bertutur biar teratur,bersikap biar lengkap,
Teladan baik memang di cari,untuk contoh di kemudian hari.
Perhimpunan sudah selesai,usul sudah di canai,
Kering liur dah naik kebas,mendegar cerita para pembahas,
jangan usul menjadi basi,rakyat menanti berteka teki,
Besok lusa lupa kembali,kita di sini ternanti-nanti.

Tak Melayu hilang di dunia,jadi panutan sepanjang masa,
Izinkan saya tutup bicara,terkasar bahasa kerana alpa,
mengingat biar beringat,agar seloka bertambah berkat.

Sekian Terima Kasih


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762