BALIK KE MUKA UTAMA


Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
Subject: Hantar anak ke Sek Agama utk perkasa JAWI

Date: Thu 05/11/06 01:21 AM



Mulanya akhbar Melayu yang pertama Utusan Melayu diterbitkan setiap hari. Kemudian masa berlalu orang Melayu tidak berminat lagi dengan tulisan Jawiditerbitkan Utusan Melayu seminggu sekali. Kemudian apabila penerbitan Utusan Melayu dihentikan baru-baruini, maka kecohlah semua orang Melayu mempertahankan seni warisan bangsa yang membawa kemerdekaan TanahMelayu iaitu tulisan Jawi. Lalu diterbitkanlah semulaUtusan Melayu akhbar tulisan Jawi sebagai sisipan yang
dikeluarkan seminggu sekali.

Kemudian keluarlah pelbagai cadangan agar Jawi diberi penekanan dalam semua urusan seharian. Dan cadangan yang terbaik ialah memperkenalkan Jawi pada generasimuda dalam sabjek pembelajaran wajib di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Rentetan kemelut kepupusan tulisan Jawi warisan bangsa Melayu ini, sedarilah kita satu-satunya institusi yangmasih mempertahankan tulisan Jawi ini dari dulu dan sehingga kini ialah Sekolah Agama, terutamanya Sekolah Agama Rakyat yang mendedahkan murid-murid serta mewajibkan murid-murid mempelajari Jawi dari bangku sekolah rendah lagi.

Ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa Sekolah Agama hanya mengajar ilmu akhirat semata-mata. Ini adalah tanggapan yang amat meleset sama sekali. Sedangkan Sekolah Rendah Agama ini juga memberi penekanan aspek duniawi, dimana para pelajar diwajikan mengambil peperiksaan UPSR dan sebagainya. Dan pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama ini mendapat keputusan yang cemerlang. Ramai pelajar Sekolah Rendah Agama ini memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR hanya mampu melanjutkan pelajaran ke sekolah harian biasa kerana sekatan yang dikenakan ke atas mereka untuk
memasukki sekolah berasrama penuh dan lain-lain sekolah elit.

Justeru itu kerajaan sebenarnya tidak perlu bersusah payah mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi melantik juru runding untuk memperkasakan semula tulisan Jawi. Apa yang kerajaan perlu lakukan ialah menyalurkan semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ini disamping tidak mengenakan sekatan kepada pelajar-pelajar lepasan Sekolah Agama Rakyat
swasta untuk bersaing dengan pelajar-pelajar lain di sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah elit lain, agar pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama ini dapat membimbing rakan-rakan mereka daripada sekolah lain dalam bidang penulisan Jawi.

Apabila Sekolah Agama Rakyat ini diperkasakan sudah pasti akan menarik minat orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Rakyat baik yang dikendalikan pihak swasta mahupun yang dibantu pihak Majlis Agama Islam Negeri. Bukan sahaja anak-anak kita akan mendapat ilmu akhirat, mereka juga akan cemerlang di dunia dan akan menjadi generasi yang akan memperkasakan satu-satunya budaya penulisan yang unik iaitu tulisan Jawi, warisan bangsa Melayu yang tiada pada bangsa-bangsa lain, bahkan bangsa Arab sendiri.



Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang

Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com


 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762