BALIK KE MUKA UTAMA

 


   


Sang Kelembai - pernah terbit dalam akhbar Watan sebagai segmen mengulas, mengkritik dan menyalurkan idea buat kepimpinan UMNO. 

Hari ini segmen ini wujud di  umno-reform.com dan di kelolakan oleh ahli UMNO yang masak dalam membicarakan mengenai UMNO dan hal - hal kemasyarakatan.

Memang betul, semua berbeza tak ada yang serupa. Itu kekuatan Allah yang menunjukan bahawa ALLAH wujud. Bercakap mengenai perbezaan ini bila Perdana Menteri mengatakan dia berbeza dengan pendahulunya, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan. Tunku Abd. Rahman. Tun Razak dan Tun Hussein semua berbeza, malah Nabi Mohamed S.A.W juga berbeza  dengan Nabi yang lain.

Dan bila Nabi Mohamed diangkat oleh Allah sebagai pesuruhnya, tidaklah ada ayat, hadis yang mengatakan bahawa Nabi Mohamed S.A.W berbeza dengan Nabi2 sebelumnya dalam membawa risalah Allah. Sebaliknya Nabi Mohamed S.A.W. meneruskan kerjanya sebagai rasul dan menyampaikan wahyu Allah tanpa mengambil kira cara2 Nabi2 yang terdahulu.

Itu Nabi, diberikan di pelihara dari dosa dan melakukan kesalahan dan diiktiraf maksum. Tetapi Perdana Menteri adalah manusia biasa. Ketua Kerajaan bagi rakyat 24juta dan pemimpin kepada umat islam yang berjumlah hampir 12.5Juta. Dia tidak memerlukan menerangkan perbezaan antara dia dengan pendahulunya.

UMNO dahulu dan sekarang sama sahaja. Fikiran pemimpin tetap jumud, membandingkan dengan orang lain, menunjukan kita tidak berilmu. Orang berilmu dia tak jawab begitu. Dia akan jawab. "Bahawa dia (pendahulu) tidak ada beza dengan saya dan memang menjadi Persiden UMNO dan Perdana Menteri tidak akan ada perbezaan kerana kita mempunyai tujuan bersama. Dari segi Perdana Menteri saya bertanggongjawab kepada semua rakyat dalam negeri ini untuk memastikan kesejahteraan mereka dan diperingkat UMNO pula saya bertanggongjawab kepada Orang Islam dan Melayu dalam Negera ini"

Perbezaan memang ada antara Perdana Menteri sekarang dengan yang dahulu. Tun Dr Mahathir Mohamed setelah hampir 20 tahun baru menggunakan kuasanya meminta Petronas membeli syarikat MISC yang bermasalah yang mana anaknya pemegang saham utama, atas alasan sekiranya tidak dijual kepada Petronas, MISC terpaksa juga dijual dan yang membeli mungkin syarikat asing. Hari ini MISC dibawah Pertonas untong besar kerana Petronas membeli dengan harga Lelong.

 
Tapi hari ini dengan mentaliti Perdana Menteri yang sedia, tidak mengejutkan kemungkinan MISC sudah di beli oleh Temasek (syarikat pelaburan Singapore). Itu sebab kita ketawa sakan bila Perdana Menteri arahkan tutup mulut atas isu MAS kerana sebahagian penyebab yang merugikan MAS, kerana pembayaran sajian dengan syarikat adiknya yang tetap berjumlah RM400 juta setahun, dan sajian tetap dibekalkan penuh walau pun penumpang dua orang dalam Boeng 737 yang boleh mengisi penumpang 220 orang. Itu Perbezaanya.


Ibaratnya selama ini Malaysia telah diperentah oleh dua orang, satu buta dan satu lagi lumpuh, yang telah menerima jemputan makan malam oleh Presiden Amerika. Macam mana nak pergi? Disebabkan ada orang ketiga , rakyat dan Majlis Tertinggi UMNO maka dicadangkan supaya yang buta berpaut pada bahu si lumpuh, supaya sibuta boleh berjalan, si lumpuh menunjuk arah, maka dapatlah mereka sampai ke rumah Presiden Amereka dan berbincang.

Tapi hari ini kita sudah diperintah oleh dua orang juga seorang Pekak dan seorang Tuli. Si pekak boleh bercakap, situli tak faham, Si tuli juga boleh bercakap tapi si pekak tak boleh mendengar. Malang kedua mereka tetap tidak dapat pergi menerima undangan makan malam undangan Presiden Amereka kerana orang ketiga termasuk Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak mengambil kesah kerana takut jawatan dan kemudahan mereka akan hilang jika beri pandangan kepada kedua mereka ini.

Teringat pesanan Ahmah Hambali (pengasas mazhab hambali) bila ditanya antara dua orang, siapa yang hendak dipilih sebagai panglima perang menentang puak kafir. Satu Alim, bersih dari maksiat malah mungkin tidak rasuah, tapi penakut. Kedua penuh dengan maksiat dan sebagainya tapi berani. Maka dijawabnya ambil orang kedua itu, kerana walau pun dia banyak melakukan maksiat itu tanggungan diri sendiri tapi keberanian itu adalah untuk Islam sementara orang yang pertama itu, alimnya, tidak rasuah dan cucu ulama tetapi sayang diri penakutnya akan jadi beban pada Islam.
Sang Kelambai: Memang jauh beza Sang Kelembai dengan Senyum Kambing, Kambing makan rumput, Sang Kelembai siapa tegur. dia akan jadi batu.
 


Dalam dua minggu ini, bermula dengan tiada ucapan hala tuju oleh Perdana Menteri dalam perutusan tahun barunya, yang mana ucapan tradisi Perdana Menteri secara bertulis, tidak diperbuat dan disiarkan keseluruh negara melainkan perutusan cakap-cakap membebel sahaja.

Hari ini kita nampak beberapa papan iklan "Masyarakat Bermaruah". Semua yang membaca itu akan terasa hairan kerana tertera gambar Perdana Menteri. Apa terjadi? Itu mungkin soalan yang pertama keluar dari mereka yang berakal bila membaca "sign board" yang dipasang oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Agaknya mungkin benar, kita sudah tidak bermaruah, banyak insiden yang berlaku sekarang bukan sahaja mencabar maruah negara tetapi maruah pemimpinnya. Terbaru Menteri pun sudah mempersendakan keputusan Mahkamah, kalau rakyat biasa sudah pasti dituduh "menghina mahkamah" tetapi disebabkan kenyataan dari Menteri yang tidak bermaruah maka ini menjadi isu biasa sahaja.

Kematian Dr Lee Boon Hoong menjadi tanda tanya semua pihak kenapa bersungguh- sungguh kerajaan hendak menyiasatnya tetapi kematian buruh Bangladesh di NKVE kerana jejambat runtuh hilang begitu sahaja. Cakap2 di tepi jalan kata..simati itu menyimpan berjuta saham proxy beberapa orang pemimpin kerana dalam masa yang sama simati adalah penasihat ekonomi MCA.

Hendak mengalih tumpuan kes dari menjadi perdebatan awam, maka cerita Dr Elle Najem dibesarkan dalam suratkhabar, maka orang awam bertanya, siapa yang sebenarnya dipertikaikan kekayaan Dr Ellw Najem dan kekayaan Simati Dr Lee Boon Hongg yang berusia 36 tahun itu.


Hari ini, satu kenyataan lawak tersiar didalam akbar, bahawa undang2 keluarga Islam, Peguam Negara diminta berjumpa dengan NGO bagi membincangkan semula undang2 itu, soalnya kenapa Peguam Negara yang perlu berjumpa dengan NGO. Jawapan mudah ialah kerana kita sudah tidak maruah, sebab boleh dipersendakan oleh orang lain.

Dahulunya undang2 diperbuat juga dan ada juga yang ditentang, akhir diterima oleh semua pihak termasuk Pindaan Perlembagaan berhubung dengan soal raja.

Sebenarnya undang-undang itu diperbuat secara persendirian, dan Menterinya sewaktu itu tidak mahu mendengar pandangan kedua dan ketiga. Sewajar draf undang keluarga Islam itu dibawa kepada Majlis Fatma, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam dan minta pandangan daripada IKIM, ISTAC dan berbagai instutusi keahlian bidang agama. Setelah selesai baru ianya dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Namun ini tidak berlaku dan sekarang ia menjadi Lawak dan Kelakar kerana yang tidak bersetuju pada undang-undang itu adalah orang UMNO di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan setengahnya memegang jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Disebabkan membuat kerja pemerintahan macam kerja lawak, inilah kita dapat, belum lagi sungutan yang diperbuat oleh pegawai-pegawai Kerajaaan untuk memo yang dihantar bagi mendapatkan keputusan Perdana Menteri, berbulan bulan tak dapat keputusan. Adakah Memo yang diperbuat oleh Kementerian dan Jabatan untuk keputusan Perdana Menteri, ada pihak lain pula kena nak buat kajian.

Mengikut pengalaman seorang Pesara Pegawai Tinggi Kerajaan, di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed segala memo yang dipanggil "Pertimbangan Dan Keputusan YAB Perdana Menteri" akan mendapat keputusan dengan kadar yang segera dan tidak lebih dari satu minggu,. Jika Perdana Menteri hendak keluar negara, semua fail2 itu akan dibereskan atau dibawa keluar Negeri bersama dan dibaca di dalam kapal terbang dan seperti dikata oleh bekas Pengawal Peribadi Tun Mahathir Mohamed, kadang2 beg fail lebih banyak dari beg baju.

Kesimpulannya bagaimana nak bermaruah, jika tindakan tidak menunjukan kekuatan kita sehingga ada pihak lain memijak kepala kita, dan yang terpenting bagaimana kita membuat keputusan untok menjaga maruah kita. Jika bergantung kepada ilham... itu kerja seniman, penyair atau orang seni kerana mereka selalu berkhayal. Tetapi bagi seorang pemimpin politik dia perle menimbangkan  "ada atau tidak keperluan untuk keputusan" dan secara mudah ikut sahaja yang digariskan oleh Socrates kalau tidak begitu cerdik dengan mengemukakan tiga kriteria untuk menguji perlu-tidaknya sebuah keputusan atau tindakan.

Pertanyaan Pertama: Apakah sebuah tindakan itu benar dan dapat dibenarkan? maka menyusul pertanyaan kedua: Apakah tindakan yang benar itu perlu dilakukan atau tidak? Kalau tindakan itu ternyata benar dan perlu, maka pertanyaan ketiga adalah: Apakah hal itu baik atau tidak untok dilaksanakan.

Sang Kelembai: Cara menguruskan kerajaan sekarang macam cerita lawak disegmen program senario di TV3


 

Melaka pintu masuk penjajahan barat ke Tanah Semenanjung, dimulakan oleh Portugis, Belanda dan akhirnya British dan sekejap Jepun sebelum ke British semula. Dia bukan sahaja menjajah tetapi membawa agama anutan mereka ia itu Kristian tetapi sehingga tahun 1957 tidak ada pun catatan sejarah orang-orang Melayu beragama Islam bertukar agama dan tidak langsung mendengar anak warisan Melayu beragama Kristian.

Malangnya baru sahaja hampir 49 tahun Malaysia (dahulu Tanah Melayu) merdeka, telah beribu orang Melayu bertukar agama, dan yang nyata telah terdapat 795 orang Melayu sudah mendaftarkan pertukaran nama dan agama di JPN.

Islam telah menjadi agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu bila kita merdeka. Adakah itu perjuangan UMNO? jawabnya TIDAK! Yang meletakan Islam agama rasmi bagi Tanah Melayu yang merdeka adalah British. British telah memasukan Islam sebagai Agama Rasmi dan menyerahkan tanggong jawab hal ehwal Islam kepada raja2 Melayu. Kenapa? Ini adalah kerana British amat arif betapa sensitif Melayu terhadap agama.

Dua ujian telah dilalui oleh British. 1. Peristiwa 14 Hari, ia itu peristiwa yang dipanggil pergaduhan kaum oleh ahli sejarah tetapi sebenarnya perang sabil antara Islam dan Komunis, yang mana bila British dalam perang sarafnya telah mengatakan Kominis itu anti Islam dan tidak beragama. Dan bila Komunis membuat pembunuhan beramai2  orang Melayu sebaik Jepun menyerah diri, orang Melayu beragama Islam bangkit menentangnya kerana ini dianggap sebagai mencabar Islam. 2.ialah isu Natrah di Singapura yang menyebabkan orang Melayu/Islam bangkit menentang keputusan Mahkamah yang menyerahkan Natrah kepada ibunya yang beragama Kristian. Beratus mati dan cedera tetapi nyata 13 orang dihukum mati oleh Mahkamah atas rusuhan tersebut.

Sekarang kita sudah Merdeka, malangnya Agama Islam masih lagi terumbang ambing, tidak ada kepastian. Islam Hadhari datang sewaktu kehidupan orang Melayu masih tidak mempunyai asas yang kukuh  sehingga orang-orang Islam yang berkuasa termasuk Menteri kabinet sendiri telah mempertikaikan beberapa tindakan yang selaras dengan Islam.

Dan mendukacitakan bila Perdana Menteri telah hampir bersetuju menerima desakan supaya Perlembagaan dikaji semula. Maka akhirnya kita tidak faham apakah mereka yang arif Islam sehingga bergelar arifflah seperti Dr Abdullah Zain, Dr Hamid Othman buat dan adakah mereka menegur pemimpin mereka? Adakah cukup Islam dengan hanya mempertahankan mayat Moorthy atau Mohamad Abdullah, atau sebenarnya kita menang sorak kampung tergadai.


Sang Kelembai: Kadang setuju juga dengan orang2 tua di kampong, baik berada zaman British, semuanya murah, senang dan bahagia dari Merdeka tetapi menderita
 


Tahun 2005 sudah berlalu, sekarang sudah berada ditahun 2006, Perdana Menteri memberi amanat kepada pegawai kerajaan supaya merenongkan apa berlaku ditahun 2005, yang tidak baik sebagai iktibar dan baik sebagai rangsangan.

Bagaimana pun disaat menjelang tahun 2005, TV3 memaparkan kisah kesedihan rakyat bermula isu tanah Bukit Cerakah sehingga soal pemilikan tanah dan tirai 2005 di tutup dengan kenestapaan rakyat dengan perobohan rumah setinggan di Hulu Kelang.

Perdana Menteri akan terus kekal sebagaI Perdana Menteri seperti yang dialami oleh Nashiruddin Shah (1831-1898) Shah Iran sebelum digulingkan oleh Reza KhanPahlevi, ayah Mohamad Reza Pahlevi, Shah Iran yang digulingkan Ayatullah Khomeini.

Nashiruddin Shah pernah bertanya kepada seluruh pejabat terasnya, "Siapa yang lebih cekap dan lebih bijak dalam memimpin negara, aku atau Anusyirwan?(Anusyirawan-pemimpin yang adil dan orang arab menamainya Dzun Nafsin Khalidah-Orang Berjiwa Kekal).

Dan jika diubah kepada perpektif hari ini, katakan jika Perdana Menteri bertanya kepada menteri-menterinya soalan yang sama ia itu ""Siapa yang lebih cekap dan lebih bijak dalam memimpin negara,aku atau Tun Razak"( kematiannya ditangis oleh semua rakyat dan diperakui sebagai Bapa Pembangunan), apakah kemungkinan jawapan yang akan di terimanya?

Kenapakah perlu Perdana Menteri membuat soalan sebegitu setiap kali ada mesyuarat Menteri (kabinet) dan  kenapakah para Menterinya lebih suka berdiam diri.

"Terserah kebijakan YAB Datuk Seri" dan jika dipaksa jawab, para Menteri akan berfikir kalau dijawab bahawa Tun  Razak Hussein lebih cekap dan lebih bijak, mereka khuatir YAB Datuk Seri akan marah dan bererti mereka akan kehilangan jawatan Menteri dan kemudahan yang mereka perolehi selama ini. Sementara jika mereka mengatakan "YAB Datuk Serilah....," rasanya tak layak, selain mengkhianati sejarah. Jadi, benar: diam adalah emas, kerana tiada jawapan dari Menterinya, maka Perdana Menternya menjawab sendiri bahawa "aku lebih cekap dan lebih bijak daripada Tun Razak Hussein"

"Betul! Penilaian YAB Datuk Seri tepat sekali." serentak para Menteri menjawab, berebut mencari muka. "Nanti Dulu," Perdana Menteri memintas ayat-ayat mengampu Menterinya. Tun Razak Hussein menjadikan  Menteri-Menteri sebagai sahabat dan mereka pandai dan bijaksana.

Tugas mereka mendampingi Tun Razak. menasihati  agar tetap melindungi rakyat dan memimpin mereka. Tak berhenti-henti menjaga agar Tun Razak tidak menyimpang. Mereka menyampaikan saranan supaya Tun Razak jadi tauladan serta benar-benar berada dihati rakyat. Tapi kamu semua (menteri2) lebih senang tutup mulut. Kalian tak bagi nasihat kepada aku, sehingga aku terdorong berbuat keliru.

Kesimpulanya jika ada rombakan kabinet yang di war warkan, perubahan ini tidak akan membuat perubahan selagi  ada Menteri bernama.. Nazri Aziz, Azmi Khalid, Rais Yatim, Kadir Sheik Fadhil, Khalid Nordin dan beberapa lagi  termasuk beberapa Timbalan Menteri yang punya beban hutang puluhan juta.

Sang Kelembai: Pesanan Abu Dzar kepada Muawiyah. "Jika kamu bina rumah ini atas wang kamu sesunggohnya kamu membazir dan jika kamu gunakan wang kerajaan sesungguhnya kamu pengkhianat. Jadi soalanya ubah suai Seri Perdana atas ketogori mana?


 

 

 

Sebagai satu pertunjuk diberikan kepada Media Perdana ( dikuasai oleh orang yang berkuasa) Perdana Menteri telah bersedia membuat rombakan kabinet yang di buatnya di Pulau Pangkor, yang kini berusia 20 bulan. Dan jika berlaku rombakan kali ini adalah hasil ilham dari Perth, Australia. Ini satu rekod dalam "guiness book record" kabinet yang paling singkat dalam sejarah Malaysia selepas pilihanraya umum kerana rombakan ini tidak sama seperti tahun 1987. Kabinet tahun 1987 yang dirombak setelah ada Menteri meletakan jawatan dan diberhentikan.

Tunku Abd Rahman akan dikenang orang yang paling kurang merombak kabinetnya dan cara merombak kabinetnya dibuat dengan terlebih dahulu berjumpa dengan Ketua2 Parti Perikatan dan dari sudut  UMNO pula  dia berunding dengan Timbalannya Tun Razak Hussein.

Tun Razak Hussein merombak kabinetnya dengan cara menjaga perasaan Menteri yang digugurkan, sebilangan besar di beri peranan yang lebih tinggi dari jawatan Menteri, ada yang menjadi Duta dan ada menjadi Yang Di Pertua Negeri. Ketua Parti BN dipanggil bagi menentukan jumlah jawatan Menteri dalam semua komponen termasuk jumlah jawatan Menteri dalam UMNO. 

Setelah Ketua2 Parti BN berpuas hati barulah diumumkan kabinetnya. Dari segi UMNO dia bertanya dahulu kepada orang yang hendak dilantik menjadi Menteri, setuju atau tidak bekerja denganya. Itu sebab Tun Razak Hussein terasa hati dengan Tun Mustapha Harun, bila sudah bersetuju dilantik ke jawatan Menteri Pertahanan kemudaian menolaknya kerana mahu kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tun Hussein Onn pula merombak kabinetnya dengan cara memanggil Ketua2 Parti BN bagi mencadangkan pengguguran Menteri yang dia tidak mahu lagi. Bagi UMNO pula dia akan memanggil Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO untuk berbincang siapa yang dia nak gugurkan atau dilantik jadi Menteri dan setelah keputusan dibuat, salah seorang darinya akan diarah memaklumkan kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang akan digugurkan tersebut.  Maka Menteri dan Timbalan Menteri sudah tahu lebih awal dan tak perlu melopong didepan TV mengenai berita sama ada mereka digugurkan atau dilantik.

Tun Dr Mahathir Mohamed seorang yang suka membuat keja secara perseorangan, tiada catatan atau pengkisahan sejarah yang dia diamalkan oleh pendahulunya. Kebanyakan susunan kabinet dibuat secara sembunyi dan rahsia, sehingga peringkat isterinya termasuk anak menantu tidak ada peluang campurtangan melobi atau menunjukan sesiapa untuk dilantik menjadi Menteri.

Bagaimana pun dia tetap menjaga kepentingan Ketua2 Parti komponen BN dan mengikut kehendak ketua2 parti untuk membuang atau melantik seorang dalam jemaah Menteri. Maka bukan sahaja rakyat tetapi Jemaah Menteri dari UMNO pun terpaksa mendengar atau melopong dihadapan TV untok mengetahui untung nasib kerja jaya mereka dalam politik.

Jika benar ada rombakan kabinet yang akan dibuat kali ini, peristiwa itu akan jadi sejarah kerana inilah kali pertama seorang Perdana Menteri terpaksa mengembara ribuan kilometer (atas nama bercuti) ke Australia dan Indonesia dengan diiring oleh anak menantu, ipar duai dan besan untuk mencari ilham merombak kabinetnya.

Sesungguhnya jika ada Menteri UMNO yang disingkirkan ini bermakna Kabinet Gemilang, Cemerlang dan Terbilang, dalam tempoh tak sampai dua tahun sudah menjadi Kabinet Telor Tembelang, di kulit luar cantik tetapi isi di dalam busuk, soalnya apakah Perdana Menteri mahu mengakui akan hakikat ini, sama2 kita lihat rombakan kabinet yang dijangka masa terdekat ini.

Sang Kelembai: Menteri UMNO kabinet era Pak Lah macam kereta sorong, tak tolak tak jalan. nak dibuang boleh pakai lagi.

 


Masa lalu, jika Perdana Menteri hendak membuat keputusan yang tidak popular kepada rakyat selalunya menggunakan khidmat Timbalannya. Tunku Abd Rahman banyak menggunakan Tun Razak Hussein bagi menyampaikan keputusan atau melaksanakan arahan yang tidak popular, begitu juga Tun Razak Hussein menggunakan pendekatan yang sama. Sebab itulah Timbalanya Tun Dr Ismail Abd Rahman yang dihormati bukan ditakuti kerana ketegasanya, banyak kerja-kerja Tun Razak dapat diselesaikan.

Pernah terjadi bila Tan Sri Syed Jaafar Albar masa itu Ahli Parlimen membawa rakan kongsi Cinanya yang meminta pertolongan supaya Tun Dr Ismail Abd Rahman pada masa itu Menteri Keselamatan Dalam Negeri melepaskan anak kenalannya yang ditahan dibawah Akta Dharurat. Isu ini berakhir dengan Tun Dr Ismail Abd Rahman bersetuju melepaskan tahanan itu dengan syarat Tan Sri Syed Jaafar Albar menggantikan tahanan yang boleh dilepaskan itu.

Bila Tun Hussein Onn (semasa itu Datuk) menjadi Timbalan Tun Razak Hussein beliaulah diarah melaksanakan tugas yang rumit bagi mendakwa Dato Seri Harun Idris atas tuduhan rasuah. Dengan dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri, maka Pemuda UMNO telah menudoh UMNO diresapi Komunis dan terdapat Tiga Abdul didalam UMNO. Maka berdialoglah Pemuda UMNO dengan Tun Razak Hussein dan Tun Razak Hussein tidak teragak-agak memarahi dua orang Timbalan Menteri itu tetapi sebenarnya apa yang diperbuat oleh dua Timbalan Menteri itu atas arahan Tun Razak Hussein sendiri.

Begitu juga Tun Hussein Onn, bila menjadi Perdana Menteri, semua tugas tidak popular diserahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed (semasa itu Datuk) termasuk meMEGERANkan negeri Kelantan. Dan setelah Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri budaya itu sudah berakhir kerana Tun Dr Mahathir Mohamed terlalu banyak timbalannya dan timbalan beliau pula tidak memainkan peranan apa2.

Malaysia Hari Ini (pinjam jenama TV3) punya seorang Perdana Menteri yang bukan kepalang handal dari segi agama, moral dan sebagainya, termasuk menolak dengan keras rasuah tetapi sayangnya dia dikatakan berbau busuk dikalangan rakyat jelata, betapa pun beliau baru berusia tiga tahun menjadi Perdana Menteri.

Jika busuk itu berbau berak, sebenarnya bukan kerana dia tidak mencuci selepas melepas hajat tetapi disebabkan menantunya yang bernama Khairy Jamalludin telah membuang najis dimana - mana dan malangnya Perdana Menteri yang terpijak berak itu masih mempertahankan bahawa yang dia pijak adalah tanah liat, walau berak yang belum kering dengan tanah liat hampir sama warnanya.

Sudah menjadi bualan awam kesah Khairy Jamalludin jutawan ECM Libra itu pergi ke pejabat Khazanah Holding mengarahkan apa yang perlu diperbuat bagi keputusan pelaburan dan baru - baru ini seperti mana diceritakan dari pencerita kesah bagaimana Ketua Setiausaha Perbendahaaan terpaksa membenarkan emak Khary Jamaludin yang diluar temujanji berjumpa dengannya dan terpaksa bermohon maaf beberapa kali setelah mendapat panggilan telefon dari Menterinya sendiri yang juga Perdana Menteri Malaysia. Dan terakhir sudah menjadi cerita mulut ke mulut bagaimana Khairy Jamalludin berjumpa pengurusan tinggi Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi menjual saham-saham amanah pegangan PNB kepada syarikat2 yang ditunjukannya.

Ringkasnya jika melihat Perdana Menteri ( Malaysia Hari Ini) beliau adalah, seorang yang cerdik tetapi yang menunjuk bodoh adalah kerana sikap yang taqwadu (merendah diri)nya. Tetapi cukup bodoh apabila dia mengatakan menantu nya Khairy Jamaludin seorang yang cerdik keluaran Oxford tetapi sebenarnya cukup bodoh sama seperti budak tidak sekolah rendah yang datang dari Kampong Gadong, Rembau malah mungkin mereka lebih cerdik dari Khairy Jamaludin kalau mereka pergi sekolah.

Maka berbezalah cara tiga Perdana Menteri terdahulu dengan Perdana Menteri (Malaysia Hari Ini) Cara bekas Perdana Menteri dahulu membuat kerja2 yang tidak popular kepada rakyat berbeza dan serupa seperti hari ini. Hari ini sekiranya di tengah-tengah jalan dia terpandang ada najis dan apabila dikatakan menantu dia yang terberak, bermatian dia mempertahankan TIDAK, walau beribu mata memandang.

Sang Kelembai: Menulis bersama saya jangan membaca kerana saya. Kita boleh boleh menipu satu orang dalam satu masa tetapi tidak boleh menipu semua orang pada setiap masa.


 

 

 

Dalam jangka persempadanan tahun 2005 dan 2006, kita dikejutkan dengan empat isu besar.

1) Isu Cadangan Penjualan Bangunan Mas,  2)  Isu Pembelian Saham 3% Ecm Libra,  3) Isu Pembelian Putra Place (The Mall) dan yang ke 4) Penjualan MV Agusta Motors S.p.A

Bangunan Mas tidak jadi dijual kerana adanya sejarahnya, pembelian Saham 3% ECM Libra oleh Khairy Jamaludin dipertikaikan oleh semua pihak dari mana datang wang tunai sejumlah RM9.3 juta masih tidak terjawab. Pembelian Bangunan Putra Place termasuk The Mall oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menjadi perbincangan awam, sama ada relevan atau tidak EPF membeli bangunan tersebut dan dapatkah bumiputera memiliki sewa gerai (bukan lot kedai) di Lobby The Mall dengan harga yang murah termasuk gerai jual telefon, atau apakah nasib peniaga Melayu akan turut sama  seperti di Central Market, orang-orang Melayu dihalau begitu sahaja, apabila pengurusan diambil aleh oleh syarikat Singapura wal hal tanah dan bangunan itu milik UDA yang dipajakan kepada Melewar Group mula-mula selama 25 tahun dan dipanjangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selama 60 tahun. Dan isu yang terpenting ialah isu penjualan Syarikat Agusta S.p.a yang dijual oleh Proton. Tun Dr Mahathir Mohamed yang sudah menjadi rakyat biasa menulis surat terbuka kepada akbar dan di muatkan dalam ruangan "surat pembaca" tentang bagaimana beliau tidak bersetuju dan mempersoalkan penjualan tersebut.

Walau apa pun surat itu menjadi pelik kepada semua orang termasuk yang buta politik dan buta ekonomi kerana seorang yang bertaraf penasihat bertanya kepada syarikat yang dia dilantik menjadi penasihat. Maka bererti bahawa secara terhormatnya bahawa Proton milik Khazanah Holding yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sudah tidak mahu lagi Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi penasihat Proton lagi. Inilah dunia.

Jika perkara ini berlaku kepada Tun Dr Mahathir Mohamed dia tidak perlu kesal kerana inilah bayaran tunai yang terpaksa dia terima kerana dia sendiri pernah berbuat begitu kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, yang dilantik oleh beliau sendiri sebagai penasihat PETRONAS, tetapi tidak pernah mengarahkan pengurusan Petronas mendengar atau mendapat nasihat dari Tun Hussein Onn terlebih dahulu dalam sebarang tindakan dan keputusan.

Sang Kelembai: Melayu mungkin mudah lupa tapi sejarah jarang membuat orang lupa.


 

Dengan tidak bersebab kerajaan akan membawa isu kemalangan Dr Liew Bean Hourg yang mati ditimpa barangan terbang dari bangunan yang sedang dalam pembinaan ke kabinet untok dibincangkan. Rakyat di terpinggir yang sedang bergelumang dengan mencari dan meneruskan kehidupan untuk sesuap nasi tidak akan mengambil kisah kerana tiada untung bagi mereka untuk membincangkan isu tersebut.

Bagi yang perihatin atau ada sikap kepedulian sudah pasti akan bertanya kepada diri sendiri, jika tidak dapat bertanya dengan orang lain kerana bimbang orang lain pun macam rakyat yang terpinggir tadi, apa mustahak perkara ini hendak dibawa ke kabinet dan dibincangkan.

Persoalan rakyat adakah kemalangan itu yang pertama di Malaysia. Jawapannya tidak. Sudah banyak kemalangan seperti itu berlaku dan pihak yang melaporkan bukan surat khabar nyamok atau website nyamuk macam www.umno-reform.com  tetapi media perdana termasuk media UMNO berkepentingan seperti TV3.

Mereka yang mati, jika ia melibatkan buruh asing, tidak ada seorang Menteri yang akan melawat, kalau dia sorang warga negara biasa tiada kertas atau laporan yang yang akan diperbuat. Tetapi bila  kemalangan ini berlaku kepada sorang perunding kerajaaan melalui syarikatnya Ethos Consulting Sdn Berhad, yang mana menurut sumber - sumber, ini adalah kroni kepada menantu Perdana Menteri Malaysia bernama Khairy Jamaluddin, semua orang termasuk Menteri Sumber Manusia, nak menunjukan perihatin mereka, dalam hujan pun dia meredah ke tapak bangunan itu seolah olah hujan tak akan berhenti esok harinya.

Inilah rupa sistem pentadbiran dalam idelogi Islam Hadhari,ia itiu mengambil tindakan berdasarkan "orangnya mangsa" dan yang terpenting ialah si mangsa itu siapakah dia?
 

Sang Kelembai: Mak Dara pernah tanya? siapakah dia? doktor ke? engineer ke? Lowyer ke? atau hari ini Siapa Kah dia? Buruh!! sendiri tanggunghlah.


 

Setelah kita melalui satu tahun yang penuh erti dikalangan pemimpin UMNO terdapat
mereka yang mengamalkan ajaran yang diperbuat oleh Niccolo Machiavelli, tulisan  yang ditulis 600 tahun dulu. Antara ajarannya ialah untuk mempertahankan  kekuasaan,seseorang itu harus berbohong, menipu, menindas dan ini harus  dimengertikan bukan sebagai satu "nasihat politik" dalam pengertian umum.

Ia adalah sebuah pernyataan faktual bahawa dunia kekuasaan memang tidak semurni
dunia mitologi surgawi zaman pra-Renaissance. Dunia kekuasaan, sebagaimana adanya adalah sebuah dunia yang penuh intrik kekejian, ambisi dan ketololan.

Inilah yang berlaku kepada penduduk setinggan dipinggir Kuala Lumpur. Kalau  mereka tidak belajar sejarah jangan yang seribu tahun hanya yang baru berumur  dalam 40 tahun sudah lupa maka inilah hasilnya,apa yang dilakukan oleh Yang Di  Pertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Soal siapakah mereka?, mereka itu adalah orang2 Malayu yang emak bapak mereka  dan mungkin datuk nenek mereka yang diminta datang oleh Pemimpin UMNO ke bandar bagi mengimbangi jumlah pendudok Melayu dan China, setelah pilihanraya umum 1969  Parti Perikatan mendapat jumlah kerusi yang sama dengan Pembangkang. Oleh kerana  masa itu belum ada Barisan Alternatif maka kuasa memerintah di Selangor  diserahkan kepada Perikatan berdasarkan status quo. Jika ada BA masih itu, belum  tentu orang politik yang membuat keputusan mengusir setinggan itu bergelar  Menteri Besar.

Ironisnya, dimana Selangor tidak pernah jatuh ke tangan parti lain, kuasa  pemerintahanya mengambil tindakan menghalau mereka dengan cara terburu2 walau  mereka diberikan peruntukan rumah. Seolah oleh mereka tidak ada budi langsong
kepada kerajaan Selangor dan UMNO itu sendiri. Inilah nasib Melayu tetapi tidak juga boleh disalahkan UMNO kerana antara mereka  yang menjadikan UMNO itu begitu adalah mereka sendiri, ia itu pendudok setinggan.

Sang Kelembai: Membasmi Kemiskinan adalah satu kerje sia-sia sebaliknya mereka harus menentukan kebahagian masyarakat yang dipinggirkan selama ini.


 

Melangkahlah kita ke tahun 2006. Disaat kita menoleh kebelakang, melihat untung rugi perlaksanaan kerajaan berteraskan Islam Hadhari, kita dikejutkan berita pembelian saham oleh menantu Perdana Menteri dengan satu syarikat kewangan, walaupun  mengikut laman web ECM Libra, tidak pula menyebut pula sama ada perniagaan yang dijalankan oleh ECM Libra mengikut garis kewangan yang berunsurkan kewangan Islam. Dalam Islam, mana2 keuntungan diperolehi dengan jual beli tidak berdasarkan Islam hukum nya haram dan boleh dikira sebagai riba.  Bila Perdana Menteri balik bercuti atau satu masa nanti, jika ditanya oleh tukang tanya, macam mana anak menantunya boleh beli saham ECM Libra, jawapannya sudah diketahui, sama dengan apa yang telah dijawab oleh Mantan Perdana Menteri, ia itu "anak saya berhak berniaga".
Tidak ada siapa boleh menafikan hak anak atau menantu seorang Perdana Menteri untuk berniaga di negara seperti Malaysia yang memakai mazhab ekonomi kapitalis langit terbuka. Yang dipersoalkan ialah wang, dari mana datangnya wang berjumlah jutaan itu, kalau di baca dalam laman web ECM Libra, latar belakang menantunya tidaklah sehebat mana, tidak pun di sebut bahawa dia seorang peniaga yang mewariskan harta bapaknya yang berbillion ringgit kecuali sebagai pegawai kerajaan secara kontrak di Pejabat Perdana Menteri yang kebetulan dia adalah menantu kepada Perdana Menteri.

Kalau dia mendapat pinjaman bank bagi membiayai pembelian itu, orang Melayu berhak bertanya kerana adakah pihak Bank di Malaysia yang mana Bank2 Perdagangan tersebut berada di bawah kawalan Menteri Kewangan, melayan pinjaman kepada orang Melayu yang bernama KHAIRY JAMALUDDIN dan sandaran jaminan  adalah surat nikah beliau dengan anak Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Mungkin pihak ECM Libra memberikan saham secara kontra kerana Khairi Jamaludin berjaya mendapat bermacam perniagaan untuk pihak ECM Libra. Ini termasuk road show (Pertunjukan Jalan Keliling) misi pelaburan Kerajaan di Luar Negara atau menjadi perunding pelaburan samada membeli atau menjual yang memerlukan kelulusan Menteri Kewangan atau Kerajaan membayar wang ringgit kepada ECM Libra sebarang khidmat perundingan, maka ia akan menjadi masalah persoalan maruah slogan membasmi rasuah dan ingtergriti kerajaan dibawah kepimpnan ulamak mengikut corak UMNO.

Sang Kelambai: Jika Perdana Menteri hadir majlis2 ECM Libra pada masa depan yang hubungkait dengan perniagaan, rakyat berhak buat aduan BPR, dan kita akan dapat jawapan standard dari BPR.


 

 

Malaysia di lantik menjadi pengerusi Persidangan Negara Islam (OIC) dan anehnya Malaysia di beri kuota Haji yang berkurangan sehingga ketahap 36 ribu sahaja yang dahulunya hingga ke peringkat 52 ribu dan pernah mencecah 65 ribu orang.

Malang sekali perlantikan itu tidak memberi manafaat kepada Malaysia, malah bakal jemaah Haji Malaysia terseksa seperti seorang peminta sedekah. Beribu orang tidak di luluskan visa kemasukkan oleh Kedutaan Saudi Arabia di Malaysia.

Nampaknya orang Saudi Arabia yang ALLAH beri nikmat dengan wujudnya Kaabah tidak sewajarnya menggunakan keputusan politik sebalik memikirkan hak orang - orang Islam untuk  masuk ke Mekah bagi mengerjakan ibadah Agama Islam.

Kelihatan jelas bahawa orang - orang Suadi Arabia tidak berterima kasih kepada Malaysia kerana Malaysia sahaja yang tidak mensyaratkan visa kemasukan bagi warga Saudi Arabia kalau dibandingkan dengan negara Islam lain termasuk Indonesia yang tidak membenarkan warga Saudi Arabia masuk tanpa visa.

Turut memilukan , kerana baiknya Malaysia, kita terlupa perjanjian Muasasah, yang mana setelah Muasasah Haji menjaga kepentingan jemaah Haji Malaysia yang bernilai RM 100 juta setahun, sepatutnya Muasasah Haji di Saudi Arabia memasukkan pelancong Saudi Arabia ke Malaysia. Tetapi tidak ada seorang pelancong Saudi Arabia yang datang ke Malaysia melalui muhasasah sungguhpun kalau dibandingkan pertukaran wang asing Malaysia, Malaysia masih teratas.

Saudi Arabia perlu sedar keangkuhan mereka kerana mempunyai hasil minyak akan pupus dalam masa 25 tahun lagi dan sumber pendapatan mereka akan tertumpu kepada kehadiran jemaah Haji dan Umrah. Oleh itu mereka perlu menimbangkan secara berhemah jumlah kebenaran kuota dan bukan hanya meletakkan kuota mengikut suka mereka.

Sang Kelembai : Dah lama berhenti cium tangan Pak Sheikh Arab kerana dalam jubah mereka ada ular.


 

Tidaklah diketahui siapa yang membudayakannya, pada bulan Disember atau bulan penghujung tahun, banyak pemimpin politik yang menjadi anggota pentadbiran awam (Perdana Menteri,Menteri,Tim Menteri.S.U.Parlimen,S.U.Politik) akan bercuti panjang.
Pada bulan itu rakyat akan bergelut dgan bermacam masalah, bencana alam sudah semestinya. Di zaman Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan ada juga Tun Mahathir tidak bercuti dalam bulan ini.

Dan yang menjadi kelakarnya semua mereka pergi bercuti di Luar Negara dalam masa Kementerian Pelancongan  tengah sibok menguruskan promosi Tahun Melawat Malaysia 2007.

Tafsiran bercuti ialah meninggalkan pekerjaan beberapa waktu secara rasmi untok beristirehat. Dan ada yang memilih Pert di Australia. Dan di situlah Perdana Menteri sedang berehat dan mungkin dengan melihat Lautan Hindi beliau akan dapat ilham merombak kabinetnya, setelah kabinet yang diperbuat berpandangan Selat Melaka sudah menjadi kabinet keldai atau sesuai dijadikan hampas kelapa sawit.

Anehnya dalam Perdana Menteri sedang bercuti, yang sepatutnya tidak diganggu untuk mencari ilham, timbul tanda tanya bila anak menantunya, seorang anak diplomat yang tidak pernah mendapat pendidikan Dasar Pelajaran Kebangsaan membawa bersama kumpulan profesional muda tidak kurang dari 30 orang dan khabarnya tinggal dirumah Datuk Syed Yusoff Bin Tun Syed Nasir (Jojo) pemilik Hardrock di Concorde Hotel.

Adakah  mereka itu akan ditunjuk  sebagai calon untuk menduduki syarikat kerajaan berkepentingan dengan gaji ribuan ringgit saperti yang dibayar kepada MD/CEO Pernerbangan Malaysia. Bayangkanlah apa hebatnya orang - orang yang dibawa oleh menantu Perdana Menteri ini untuk ditunjukan kepada bapa mentua bagi dicadangkan untuk dilantik dalam syarikat kerajaan berkepentingan atau Perdana Menteri sendiri merelakan diri mendengar pandangan mereka dalam soal ekonomi dalam keadaan statik sekarang.

Tidak pernahkah Perdana Menteri sedar jika gaji perunding MAS dipecahkan  menjadi RM1200.00, bukan sudahkah 5 orang graduan mendapat kerja di MAS, begitu juga gaji CEO yang dibayar tak kurang RM50 ribu sebulan .

Ahli2 UMNO yang tidak berpeluang bercuti kena sedar mereka itu djadikan Lembu oleh pemimpin mereka, bila tanah gersang, lembu2 ini yang membajak tanah, setelah dibajak, tanah sudah subur, padi atau tanaman lain ditanam, walau pun lembu tak makan padi tapi berilah dia rumput tetapi sebalik pemimpin UMNO kalau boleh hendak menyembelih lembu yang berjasa itu.

Sang Kelembai: Nak melancong ke Pulau Duyong kerana sudah diserahlkan kepada kroni Khairy Jamalludin bernama Patrick Lim, ( Kalau ini tak benar saman Sang Kelembai) kerana yang confirm bodoh dan jadi lembu ialah orang Trengganu.


 

Bila kedua ahli di Bangunan Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipisahkan oleh pengurusan MAS dalam memberi taklimat permasalahan kerugian MAS, maka terjadi dua pendapat yang berbeza. Bagi Ahli Dewan Rakyat yang di ketuai oleh Shahril Samad seorang bekas Menteri dan sekarang Pengerusi Penyokong Kerajaan beliau dengan jelas memberi sokongan terhadap sebarang tindakan pemulihan MAS termasuk menjual Bangunan Mas dan membuat kenyataan menyerang pandangan yang diperbuat oleh Senator yang tidak bersetuju cara MAS hendak menjual bangunan itu dan dalam bahasa mudah dipanggil 'sebumbong tapi tak sebilik'.

Apakah perbezaan antara Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara. Jawapannya mudah. Seorang Ahli Dewan Rakyat adalah seorang pembuat undang2 dan mengawal bajet yang telah diluluskan dan menuntut seorang anggota pentadbiran bertanggong jawab dalam mana-mana perkara yang mempunyai kepentingan awam disamping mewakili rakyatnya dalam kawasan pilihanraya yang ditandingi. Bagi seorang Ahli Dewan Negara pula tidak kira samada dia seorang anggota mana - mana parti atau mewakili kepentingan negerinya, dia  dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah mendapat nasihat terlebih dahulu dari Perdana Menteri.

Seharusnyalah seseorang yang dilantik sebagai Senator, adalah kalangan mereka yang  telah berkhidmat dengan cemerlang kepada orang ramai atau seorang yang bijaksana dalam lapangan perniagaan, perindusterian, pertanian, kebudayaan dan sebagainya termasuk mewakili kaum-kaum tertentu seperti Orang Asli, Serani, Sikh dan Pertubuhan Ugama bukan Islam. Pendek kata seorang Ahli Dewan Negara, adalah seorang penasihat kepada Yang Di Pertuan Agong dalam urusan negara berparlimen, kerana itu dia mempunyai kuasa menolak mana - mana rang undang - undang yang dibawa kepadanya. Sewajarlah Ahli Dewan Negara tidak mempunyai Ketua Whip berparti politik tetapi Ketua Whip bagi pihak Yang Di Pertuan Agung. Kemuliaan seorang senator perlulah diletakan ditempatnya, bukan disindir atau dinafikan hak oleh sesiapa walaupun oleh Ketua Parti politik yang melantik kerana beradanya dia dalam Dewan Negara bukan dengan keutamaan berpolitik tetapi prioriti adalah kepada Negara.

Moralnya seorang Ahli Dewan Negara adalah seorang yang bijak pandai, yang tidak berpeluang bertanding atau pun jika bertanding akan kalah tetapi fikiranya dikehendaki untok negara. Senator2 sedemikian sudah terhapus hampir 25 tahun yang lalu. Hari ini sebilangan besar Senator dilantik kerana kepentingan Parti Politik dan tidak atas sebab mengapa Dewan Negara diwujudkan oleh Perlembagaan sebaik sahaja kita Merdeka. Bagaimana pun terdapat dikalangan mereka termasok dalam ketegori kelayakan sebagai Senator dan bijak pandai.

Dan bila Ketua Parti Politik mengarahkan kesemua ahli ahli Dewan Negara supaya menelan pil 'sindrom bisu' supaya tidak memberikan komen terhadap kerugian Mas, ini jelas menunjukan Ketua Parti itu tidak memahami peranan ahli ahli Dewan Negara(Senator). Ini hanya menunjukkan bahawa setelah Ketua Parti itu  melantik seorang Senator maka Senator itu perlu mengikut kehendak peribadinya dari kehendak Negara. Bagi seorang Ahli Dewan Rakyat seperti Shahril Samad yang mengikut kehendak Ketua Parti, beliau tidak semestinya menghina atau menyerang pandangan diberi oleh Ahli Dewan Negara walau pun seorang Senator tidak mempunyai Kawasan Pilihanraya kerana dia sudah diiktiraf cerdik, pandai dan bijaksana kecuali Partinya menjadikan Dewan Negara sebagai Tong Sampah yang membuang barang-barang yang tidak boleh dikitar semula.

Sebagai Ketua Parti yang membawa panji cemerlang. gemilang dan terbilang sewajar dia berkata "Kita Mengharapkan Pandangan2 yang diberi oleh Ahli Dewan Negara diambil kira bagi tujuan memulihkan semula MAS" dan bukan menyerahkan kepada Idris Jala untuk bertindak tanpa pandangan kedua. Mestilah diingat sudah banyak doktor-doktor koporat termasok bertaraf akauntan cuba untok membaiki kerugian MAS dan semuanya seperti TIKUS mambaiki Labu. dan meninggalkan MAS dengan lenggang kangkong, kerana kalau MAS untong kerana kepandaiannya dan kalau rugi, itu urusan kerajaan yang bertanggong jawab dan dia bukan orang yang menyebabkannya.

Sang Kelembai: Tak Tergamak Nak Makan Nasi Lemak Hidangan MAS kerana sama dengan harga dua gram emas 916.


 

 

Ahli Dewan Negara bantah (bukan menolak) cadangan Bangunan Mas dan asset yang lain dijual bagi menanggong kerugian MAS. Idris Jala (Seorang Bumiputra Bukan Islam) tentu ada sebab berbuat demikian. Ada masanya kita kena bersetuju dengan cara Idris Jala dengan cadangan itu. Banyak orang tak tahu bangunan itu bukan milik MAS lagi, dia milik Naluri Berhad milik penyamun terbus Tajuddin Ramli dan MAS menanggong bebanya. Kerugian MAS bukan soal perniagaan tapi soal pengurusan dan pembangunan. Idris Jala bukan sahaja sekadar perlu menjual asset MAS tetapi juga memerlukan memberi terhadap kakitangan dari bawah ke atas.

Sabotaj kepada MAS boleh dilakukan dalam banyak sudut dan penjuru. Kakitangan harus di beri motivasi yang secukupnya untuk berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi.  Penjadualan "take off" tidak yang tetap dan tergendala sampai satu jam, menyebabkan pengguna akan membuat perbandingan. Penempahan tiket yang tidak telus dan kemudian dikatakan penuh tapi apabila penumpang yang disahkan dalam pesawat didapati, ada masanya kerusi kosong sampai 25%.
 

Oleh itu sewajarnya disamping menjual asset yang membebankan MAS, peningkatan pengurusan mestilah diperbuat. Penjualan tiket MAS hendak diperbuat secara terbuka dan berhemah dengan sistem siapa dulu dan tidak blok untok sesiapa. MAS boleh mengubat penyakit kerugian ini kerana ia adalah penyakit lama dan pernah diubati oleh MAS. Sebagai contoh MAS pernah mengambil tindakan drastik tidak memperdulikan tempahan VIP yang membuat tempahan secara menghalang dari kerusi itu dijual. Sebalik dengan tarikh yang ditentukan jika tiket tidak dibeli, tempahan itu dijual kepada orang lain. Keuntongan MAS bergantong kepada ramai orang menggunakan MAS.

Jika taraf perkhidmatan MAS sama taraf dengan cara Bas MIni MAS akan terus kekal rugi walau pun kerajaan menyuntik berbillion ringgit. Kesimpulanya MAS perlu diperbetulkan dari akarnya sendiri dan bukan mencantas pokoknya, kerana akar sudah dimakan oleh anai2.

Sang Kelembai : Risau kalau - kalau sampai satu ketika bukan sahaja bangunan di jual, tapi kapal terbang pun terjual sama.


Antara menteri MCA dan menteri UMNO, menteri MCA yang jaga kesihatan dengan terbuka mengakui bahawa ada kesilapan dasar atas pembelian Pantai Holding oleh Parkway khas berhubungkait dengan kepentingan negara dan bumiputera. Tetapi menteri UMNO yang bertaraf keldai dan hampas kelapa sawit yang jaga Tabong Haji menyatakan penyenaraian itu tidak menjejaskan kepentingan Tabung Haji dan hanya sebahagian ladang sahaja yang termasuk dalam penyenaraian tersebut.

Apa yang dipertikaikan bukan soal kepentingan Tabung Haji sahaja tetapi yang paling relevan ialah bagaimana duit penabung atau penyimpan Tabung Haji diperniagakan oleh Lembaga yang tidak dilantik oleh penabung dan penyimpan dan apa yang mewajarkan Lembaga Pengarah  mendapatkan peruntukkan saham tanpa mengeluarkan apa - apa modal atau saham semasa Ladang Tabung Haji di dalam taraf Sendirian Berhad. Menteri UMNO kena baca sejarah bagaimana hilangnya syarikat kepentingan Melayu yang di payung oleh UMNO iaitu Koperasi Usaha Bersatu (KUB) dan Tahan Lasak (Talasco berhad)

Sang Kelembai : Cukuplah sudah Melayu kehilangan PERNAS , UDA dan janganlah kehilangan Tabung Haji. 


 

Tidak benar rakyat dan orang ramai tidak mempercayai polis lagi. Yang menjadi punca hilangnya kepercayaan kepada polis adalah atas tindakan orang politik. Jika isu cangkung duduk tidak dibawa oleh orang politik,ianya hanya sekadar lalu sahaja dalam ingatan orang ramai tetapi bila dibawa oleh orang politik ianya telah singgah dan berada dalam fikiran orang ramai.

Masalah sekarang wujud adalah kerana orang politik nak buat kerja orang bawahnya. Dulu bila apa - apa berlaku di sebabkan kelemahan pentadbiran, orang  politik tak campur tangan, terserah kepada jabatan berkenaan menyelesaikan dan tanggungjawab orang politik hanya mempertahankan jabatan itu di Parlimen, jika jabatan itu dikritik atau dipersoalkan.

Kes yang menarik ialah rompakan senjata di Kem Tentera Grik. Orang politik tak campur tangan, jauh sekali nak melawat tempat kejadian kerana itu isu tersebut tidak seheboh isu cangkung. Namun sekarang terdapat orang politik yang pergi ke kawasan senjata hilang di Kem PGA tersebut. Ini bukan soal perihatin orang politik tetapi sebalik mahu menunjukkan ketidakpercayaan terhadap pegawai jabatan tersebut. Ini yang menyebabkan huru hara fikiran di kalangan rakyat dalam isu ini kepentingan awam. Sewajarnya semua isu - isu jabatan diserahkan kepada Ketua Jabatan untuk diselesaikan dan jika dia gagal, maka orang politik mesti bertindak membuang ketua jabatan tersebut dari jawatannya.

Sang Kelembai : Masih berpegang kepada prinsip tidak mengadaikan prosedur keselamatan kerana hak asasi manusia.


Demokrasi UMNO jelas ke arah Demokrasi Diktator. Sebagai bukti yang tidak boleh disangkal lagi ialah keputusan ahli - ahli parlimen samada penyokong atau pembangkang yang mempersoalkan penyenaraian Syarikat Tabung Haji. Apabila isu ini dibawa ke pihak atasan dalam Parti UMNO, dia telah menolak pandangan kebanyakkan yang lain sebaliknya menerima pandangan seorang yang berada di belakang kuasa. Jadi apa erti parlimen yang kononnya adalah suara rakyat tetapi suara rakyat diketepikan. Sebilangan besar pemimpin UMNO sudah jadi seperti hampas kelapa sawit, yang hanya sesuai di kitar semula. Kalau boleh di proses jadilah meja, kerusi atau baja. Sekiranya tidak bagi sahaja pada lembu, kambing dan itek untuk dijadikan makanan. Andai keadaan ini berterusan, demokrasi diktaktor akan terbentuk dan jangan sekali - kali kita salahkan orang atasan kerana kita menjadi manusia yang nampak cerdik tetapi bodoh, cuba kita jadi manusia nampak bodoh tetapi cerdik. Itulah perbezaan yang ketara antara Pak Pandir dan Abu Nawas. 

Sang Kelembai: Orang - orang Melayu akan tetap kekal berfikiran Lebai Malang jika berterusan mempunyai pemimpin fikiran Mat Jenin.  
 


Akhirnya kerajaan telah berjaya dibodohkan oleh DAP dalam isu warganegara China yang dibogelkan oleh polis dalam tahanan. Inilah akibat menyimpan Menteri yang sudah tidak di terima oleh UMNO. Antaranya, mereka yang kalah bertanding Majlis Tertinggi dan seorang lagi tidak berani bertanding kerana takut kalah. Mereka adalah Nazri Aziz dan Azmi Khalid.  Jika kedua -dua mereka ini tidak melatah dan cuba nak jadi hero, sudah pasti Perdana Menteri tidak semalu ini. Sekarang sudah pasti yang dibogelkan bukan warganegara China sebaliknya warganegara Malaysia. Perdana Menteri mungkin diberi taklimat salah oleh menterinya dan sewajarnya Menteri tersebut digugurkan. Jika yang dibogelkan itu warga negara China pun, ia pun bukan menjadi satu kesalahan oleh pihak polis., kerana itu adalah prosidur "universal" bagi semua negara. Dahulu pun sudah diberitakan warga negara kita dibogelkan oleh pihak immigrasi, polis di lapangan terbang yang berkenaan, malah orang kenamaan Malaysia pernah diperiksa secara total 100% di New York. Kita perlu akur bahawa dalam kes - kes penahanan warga China, mereka adanya bukan dari kalangan profesional malah mungkin hadir sebagai pelacur dengan menggunakan pas lawatan. Sedangkan di negeri China sendiri mereka tidak mendapat keistimewaan dalam hak asasi, kita di Malaysia sibuk menceritakan mengenai kesalahan polis - kononnya melanggar hak kemanusiaan dalam soal siasat.

Sekarang Perdana Menteri Malaysia dan kerajaan Malaysia menanggung malu atas perbuatan kedua menteri yang tidak begitu teliti dan tidak membuat penyiasatan terlebih dahulu. Akibat dari itu Perdana Menteri Malaysia ikut terheret menjadi orang bodoh atau diperbodohkan oleh kedua menteri tersebut. Sewajar kita mesti tabik kepada polis kerana dalam soal keselamatan mereka tidak berkompromi dan kita tidak sewajarnya menggadaikan prosedur keselamatan negara untuk kepentingan negara - negara lain.

Sang Kelembai : Dua orang menteri itu lebih baik jaga isteri - isteri mereka dari menjaga negara.    


UMNO tidak boleh mendabik dada diatas kemenangan pilihanraya kecil N12 Pengakalan Pasir kerana keputusan tersebut merangkumi undi POS. Tanpa undi POS sudah tentu UMNO tewas. Pengundi di Pengkalan Pasir dan Kelantan seakan memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu perubahan di Kelantan. Sebenarnya jauh di sudut hati orang Kelantan mereka mahu kemajuan tetapi bila melihat gelagat sebilangan pemimpin UMNO yang berkeliaran di Pengkalan Pasir mereka naik benci dan akhirnya naik marah kepada UMNO.

Mereka bukan sahaja marah dengan kepimpinan UMNO Kelantan tetapi juga pemimpin UMNO luar Kelantan. Memang pemimpin UMNO masih tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. Yang ketara berubah nampaknya hanya dari seorang , Datuk Najib Tun Abdul Razak. Beliau telah menunjukan sikap rendah diri dan akan menyapa semua orang, bagi orang UMNO yang rapat dengannya, sentiasa ada ruang bertemu dan bertukar -tukar pandangan, akhirnya beliau mendapat sokongan padu dari atas hingga ke akar umbi. Cara inilah yang juga membawa DS Pak Lah berada di puncak kuasa. Pemimpin yang lupa daratan dan tidak pernah mengenal kawan seperti Zahid Hamidi sewajarnya belajar cara tertib kedua - dua  pemimpin tersebut.

Sang Kelembai : Gunakanlah pendekatan GEMAR ( gerakan menyusur akar ) bukan sahaja kepada pengundi tetapi kepada ahli UMNO.


Akhirnya BN berjaya menawan kerusi PAS di Dewan Negeri Kelantan. Di pihak PAS , pasti mereka akan bertanya sesama sendiri kenapa PAS tewas. Jawapannya mudah " PAS menggunakan strategi "PENGUNDI HANTU" bagi menggambarkan betapa buruknya dan terdesaknya BN untuk menang sehingga terpaksa menggunakan pengundi hantu.  Apakah sebenarnya Pengundi Hantu ? Pengundi Hantu sebenarnya adalah mereka yang tersenarai dalam daftar pemilih tetapi di ketahui sudah mati tetapi dalam musim pilihanraya mereka ini hidup kembali untuk mengundi. Soalnya PAS sudah tentu mengetahui siapakah mereka ini yang sudah meninggal dunia melalui "polling agent" dan PAS sepatutnya dapat memantau nama - nama mereka  yang telah di senaraikan. Malangnya PAS pada malam pilihanraya telah menggunakan "GHOST BUSTER" dan ini telah memakan diri sendiri bila ia menimbulkan kekacauan dengan menahan bas dan petugas BN yang hendak membantu BN di Pengkalan Pasir. Ini menyebabkan para pemilih TDK ( tiada dalam kawasan yang "walk in" dan pemilih aktif yang atas pagar memberikan sokongan undi kepada BN kerana mereka ini tidak mahu kekacauan dan perbuatan yang tidak "Islamic" ini akhirnya merugikan PAS sendiri. Kesilapan PAS yang lain adalah kerana tidak mahu mengambil kesempatan diatas kelemahan jentera BN dan kurang bersabar.

Sang Kelembai : Nampak cara petugas PAS berkempen macam "samseng" Kampong Dusun
 


 

 

Orang UMNO Kelantan sudah kehilangan arah. Mereka mempunyai dua mahzab bertentangan sesama sendiri. Mahzab Dato Pa' bekerja secara sambil lewa, mahzab Dato Nuar semacam kehilangan arah. Petugas luar bertungkus lumus memastikan kemenangan BN. Inilah dia episod pilihanraya di Pengalan Pasir. Kedudukan BN sudah sampai ke tembok 40% dan PAS sudah sampai ke 45% - semua tak boleh bergerak lagi. Yang tinggal belum membuat penentuan adalah 15% daripada sejumlah 70% pengundi yang dijangka keluar membuang undi yakni berjumlah 1,677 pengundi berdaftar.Aneh orang UMNO Kelantan ni khasnya orang Dato Annuar Musa tunjuk garang, tunjuk kuat dengan petugas UMNO yang mengkritik pemimpin dia. Ada seorang petugas UMNO nak dipukul oleh AJK Bahagian Annuar Musa kerana mengkritik kepimpinan boss..nya..tapi bila dicabar kalau kuat sangat boleh menampar orang ..pergilah menampar orang  - orang PAS yang menjerit dalam kempennya memaki hamun pemimpin UMNO khasnya isu rasuah Annuar Musa. Tapi orang suruhan Annuar Musa ini diam sahaja. Ini kerana mereka hanya penganut Annuar Musa bukan penganut UMNO, berbeza dengan orang PAS. Mereka penganut PAS bukan penganut kepada pemimpin, mereka berkerja untuk parti mereka dan bukan untuk pemimpin.

Sang Kelembai: Yang tetap menang Ibrahim Ali , kalau dia menang, dia menang. Kalau PAS menang dia menang kerana BN kalah. Kalau BN menang , dia pun menang kerana dia berjaya melarikan undi PAS. 


Apabila kita semua membaca rencana yang ditulis oleh Mingguan Malaysia wawancara dengan 2 tokoh penting Kelantan, Annuar Musa yang digambarkan sebagai orang yang tahu agama nampaknya jelas seperti orang yang yang tidak habis mengaji. Cuba perhatikan soalan "menguji keupayaan" , Annuar Musa lebih banyak cuba merendahkan personaliti musuhnya. Jauh bezanya cara jawapan Husam Musa dalam soalan yang sama. Masyaallah angkuhnya Annuar Musa, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, belum pernah menyatakan kepada musuh politiknya : dia siapa? " dan saya jadi Ahli Parlimen ...... orang ni masih sekolah ..... tak pernah....sebaliknya dia memusingkan sehingga musuh politiknya terdiam dengan cara beliau menjawab. seperti "itu hak dia " atau ikut kat dia".

Jadi dengan jawapan berdasarkan kehendak kepala lutut kaki oleh Annuar Musa, dia terperangkap dengan jawapan kepada yang berakal. Husam menjawab soalan yang sama dengan rendah diri dan menunjukkan akal budi dan mengaku dia tidak sesuai untuk bertarung atau melawan Annuar Musa sebaliknya menamakan Tok Guru Nik Aziz sebagai saingan . Dia meletakan seolah hanya sekadar sebahagian hulubalang Istana dan kalau dia boleh membunuh musuh lebih awal sebelum memasuki istana dia akan menjadi hulubalang yang dihormati kerana kesetiaan kepada raja dan kalau sebaliknya terlepas, belum tahu selamat jika sudah bertemu raja, kerana raja mestilah lebih gagah dari hulubalang.

Annuar Musa sewajarnya bersikap begitu...dia tidak sepatutnya menonjolkan diri dialah hulubalang dan dialah raja. Perkara begini hanya keluar dari hulubalang yang rajanya lemah.

Sang Kelembai : Nak cari calon untuk menjadi Sultan kat kawasan Jalan Setia Budi, Kuala Lumpur kerana disitu banyak istana termasuk Istana Annuar musa.  


Orang - orang UMNO di Pasir Mas dan umumnya Kelantan masih menyanyikan lagu - lagu rekod lama tentang  Pilihanraya UMUM 2004 di Kelantan yang mana PAS menang tipis sewaktu itu. Mereka tidak langsung terfikir bahawa pilihanraya UMUM 2004 adalah waktu puncak, kedua - dua pihak datang mengundi dengan niat nak mengalahkan satu sama lain. Peratus keluar mengundi adalah tinggi dan pengundi luar memainkan peranan yang penting.

Hari ini sudah banyak berubah. Isu ubah suai Seri Perdana yang dikatakan memakan belanja lebih dari 15 juta, isu syarikat - syarikat asing menguasi syarikat kerajaan, isu peningkatan harga minyak sebelum ini tidak timbul kini timbul dalam kempen pembangkang.

Kelekaan ini amat membimbangkan. Gerak Jentera UMNO belum lagi mengenal pasti jumlah pengundi yang berada dalam kawasan mereka kerana terlalu sebok dengan perkara - perkara yang remeh temeh. Pekerja pilihanraya tempatan dan yang di import adalah semacam 5 orang buta mengenal gajah. UMNO memerlukan seorang Pengarah Pilihan Raya yang tidak mempunyai kepentingan di Kelantan, bagi mengambil tindakan kepada mereka yang tidak menjalankan tugas. Masalah yang ada sekarang seorang yang berkepentingan politik mengetuai jentera pilihanraya, maka terjadilah pilih kasih. UMNO kena sedar bahawa Datuk Ibrahim Ali bukan kecil anak, dia telah memikirkan semasak - masaknya sebelum bertanding. Dia ada jawapan, dia tetap memang. Menang pertama jika pengundi Pengkalan Pasir menerima ideanya seperti dalam suratnya sekiranya dia dipilih wakil rakyat dan menang kedua ialah dia membuktikan dia boleh mengalahkan calon BN dengan mencuri pengundi UMNO.

Apa pun UMNO boleh menang sekiranya calon BN mengetahui jumlah musuh mereka kerana kemenangan UMNO bergantung kepada sejauh mana dia boleh bersahabat semula dengan musuh - musuh UMNO.

Sang Kelembai: Di harapkan petugas UMNO tidak menjadi Saudagar Mat jenin.


Kedua - dua pihak UMNO/PAS telah meletakkan calon masing - masing. Bagi calon PAS mereka memang tidak ada masalah kerana semenjak mengambil alih semangat yang pernah ada dalam UMNO, calon itu tidak penting tetapi parti didahulukan. Siapa yang bertanding bukan satu keutamaan dan jentera pilihanraya mereka bergerak terus. PAS sebaik sahaja Adun Pengkalan Pasir meninggal dunia, selepas majlis keugamaan di sebelah Magrib dan Isyak tamat mereka  terus menggerakkan jentera pilihanraya dengan memberi wang pulang kepada pengundi luar yang berhari raya di Pasir Mas. PAS sudah bersedia betul, tidak seperti UMNO yang masih terhegeh - hegeh mengerakkan jentera mereka , sehingga seorang Pengerusi Peti Undi Kg Bahru yang tidak buat apa  - apa kerja cuba menyalahkan orang lain sungguhpun peruntukkan sudah diambil.

Pengerusi Peti Undi Kg Bahru itu seorang pegawai kumpulan  A di Kementerian Pelajaran yang sepatutnya di larang bergiat aktif dalam politik parti dan adalah Ketua  Ketua Cawangan UMNO dikatakan menjadi kroni rapat Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan. Justeru itu semua menjadi halal kerana perhubungan intim beliau dengan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Kelantan. Jika sebaliknya sekiranya beliau menyokong PAS sudah tentu tindakan akan di ambil - di ajukan surat tunjuk sebab atau di pindahkan ke Sabah atau Serawak. UMNO ada peluang untuk menang tetapi orang - orang seperti Ketua Peti Undi Kampung Bahru bakal mengundang kekalahan calon Barisan Nasional.

Sang Kelembai -  Terserah kepada Annuar Musa, jika BN nak memang campak orang seperti ini jauh - jauh - kalau masih sayang pada kekalahan - simpanlah orang sebegini.


Pilihanraya Kecil N12 Pengkalan Pasir menyaksikan perang psikologi yang hebat antara dua pihak. Cabar mencabar antara PAS dan UMNO supaya mengosongkan kerusi DUN secara blok berlaku. Kedua dua pihak main tarik tali dalam membuat keputusan siapa yang hendak mengosongkan kerusi itu dahulu.  DUN tidak memerlukan satu pilihanraya umum negeri, bagi menentukan satu kekuatan parti yang memerintah. Sebaliknya Barisan Nasional boleh menyerahkan semula kepada pengundi supaya pihak SuruhanJaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya referendum , setuju atau tidak supaya Dewan undangan Negeri di bubarkan. Kalau setuju boleh di serahkan laporan kepada Raja untuk mengambil tindakan meminta kerajaan negeri membubarkannya atau sekiranya tidak maka terpaksa tungguh tempoh kuasa DUN berakhir. Soalnya siapa yang sanggup memulakan kerana kedua pihak mesti bersetuju untuk diadakan pilihanraya referendum.

Sang Kelembai : Jalan - jalan di Pasir Mas nak jumpa Tok Him Ali 
 


Lembaga Padi Beras Negara yang kemudian diswastakan menjadi Bernas oleh Tun Daim ( penyangak ekonomi negara yang dipelihara oleh Tun Dr Mahathir) telah meletakkan syarat perjanjian bahawa ianya tidak boleh di batalkan selagi ada bulan dan bintang.

Semenjak penyangak ekonomi yang bersekongkol dengan Shahidan Kassim mengambil Bernas, sejumlah usahawan bumiputera telah terkubur. Sekarang Bernas asyik menipu rakyat dengan mengatakan bahawa ada simpanan khusus beras bagi kegunaan negara jika berlaku huru hara tetapi sebaliknya mereka simpan stok yang tidak pernah di periksa oleh mana - mana pihak dan kemudian dijual. Bayangkan apa akan berlaku pada negara jika berlaku bencana, mana nak cari beras.Tambahan lagi dasar Bernas sudah bertindak seperti penjual AP dan akhir dasar pengswastaan yang di buat oleh Tun Dr Mahathir melingkupkan Melayu.

Bernas mesti dikaji kalau perlu diambil balik oleh kerajaan, cerdik pandai undang - undang mengatakan bahawa pembatalan boleh dibuat kerana perjanjian itu ada menyebut berkenaan dengan dharurat dan negara masih ada undang - undang dharurat, sewajarnya Menteri Pertanian cuba memikirkannya.

Sang Kelembai: Dasar penswastaan nak bantu Melayu tetapi kesudahan ekonomi Melayu terhapus . Salah Siapa?


 

Dana Harta akan menamatkan operasinya bulan depan, berbillion harta yang tidak terjual akan di beli oleh Temasik dengan pertolongan Khairi Jamaluddin, maka satu lagi harta yang bernilai berbillion ringgit akan bertukar tangan. Khazanah Holding Berhad dan syarikat GLC kini diambang milik beberapa kroni yang bersekongkol dengan KKK ( 3 K) ( Khairy - Kamaruddin - Kalimullah ).

Kita tidak faham dengan Pak Lah yang menjadi Pengerusi Khazanah Holding, dengan pengetahuan agamanya sewajar dia mengawal tindak tandok beberapa kerat orang dalam Khazanah Holding, sebelum nasi menjadi bubur eloklah Pak Lah memerhati secara serius perkara ini kerana sudah menjadi pengetahuan kita bahawa Khazanah Holding (harta negara) sudah menjadi satu institusi berasingan kerana setiap keputusan pelaburan tidak lagi perlu dirujuk kepada kabinet.

Sang Kelembai : Takut UMNO diserap budaya Tiga Abdul macam tahun 70an    


Azahari Hussien sudah mati, apa cara matinya kita tidak mengambil kisah. Sebenarnya sudah lama kita menganggap dia sudah mati. Semenjak beliau mencari jalan lain ke syurga kita sudah menganggap dia tidak ada lagi. Bagaimanapun dia tetap seorang muslim dan bersama kita menyedekahkan Al~Fatiha kepada rohnya walau pun mungkin dia berada di jalan yang salah. Kita yang hidup dalam aman sudah pasti tidak merestui perbuatan pengganas. Kita mengucapkan tahniah kepada Indonesia atas kejayaan mereka. Bagaimana pun rakyat Malaysia perlu berfikir panjang sebelum menyokong sebarang usaha menghapuskan terus secara total ISA kerana jelas mahkamah terbuka ada kalanya terlampau sukar untuk membuktikan mereka melakukan perkara yang mengancam keselamatan negara. Kes terbaru melibatkan seorang penjenayah yang mempunyai harta berbillion dan terlibat dalam aktiviti - aktivi pelacuran , kongsi gelap dan sebagainya. Kita saksikan bahawa orang ini terlepas dari tahanan ISA yang tidak ada kaitan dengan sebab beliau di tahan. Perlepasan adalah kerana hak peguam pilihannya dinafikan dan kerana itu mahkamah membebaskan beliau. Lagi mengejutkan bila menteri yang jaga undang - undang mengatakan kita perlu hormat keputusan mahkamah, maka tangkapan kedua terpaksa dilepaskan. Soalnya tangkapan kedua tidak ada kena mengena menghina mahkamah sebaliknya prosidur polis untuk membaiki kesilapan dan menjamin keselamatan awam.

Sang Kelembai : Belajar undang - undang dengan loyer pokok cherry


Pilihan raya Kecil Pengkalan Pasir Kelantan akan menyaksikan sekali lagi Dato Ibrahim Ali bertanding atas tiket bebas. Maka ramai pengulas politik mengatakan bahawa dia tidak berpeluang untuk menang. Dato Ibrahim Ali tahu dia tidak akan memang dalam pertarungan beliau menentang PAS dan Barisan Nasional tetapi Dato Ibrahim Ali boleh menyebabkan kekalahan pada satu parti dan parti itu adalah Barisan Nasional. Dato Ibrahim Ali tidak memerlukan banyak undi - hanya memerlukan 500 - 1000 undi bagi mengundang kekalahan Barisan Nasional. Jika ini berlaku, sekali lagi Ibrahim Ali akan menang BUKAN menang pilihanraya tetapi menang sebagai faktor penentu. Ini sekali gus akan membuktikan bahawa keputusan UMNO tidak melantik dia sebagai penaja adalah keputusan yang silap dan soal siapa yang membuat kesilapan keputusan itu adalah Dato Mustapa Mohamed.

Apa pun Dato Mustapa tidak akan membuat tindakan meminda jika tidak ada siapa yang suruh dan akhirnya di pilihan raya Pengkalan Pasir yang akan datang adalah pertandingan kekuatan antara pengaruh 2 kepimpinan Kelantan - DS Annuar Musa dan D. Mustapa Mohamed.

Sang Kelembai : Pinjam kata- kata Allahyarham Tun Abdul Razak, UMNO tidak akan rosak dari luar tetapi akan rosak dari dalam. Soalannya : Siapakah mahluk perosak itu?


Apa nak jadi - itulah lagu SM Salim mengenai orang nak kahwin tetapi - Apa nak jadi dengan orang Melayu dan siapakah agak nya yang akan menyanyikan lagu itu untuk orang -orang Melayu.

Pantai Holding telah dimiliki oleh syarikat asing dan sebelum ini entah berapa jumlah syarikat GLC dikuasi oleh Singapura. Inilah yang dikatakan oleh Dato Musa Hitam satu masa dahulu jika kita tidak berwaspada maka neo - kolonialisma akan menjajah kita. Tertarik kita dengan komen Ketua Penerangan UMNO TS Mohamed Mohd Taib yang bimbang akan data kesihatan kepimpinan kita yang berubat di Pantai Hospital , tetapi dia tidak bimbang jika sistem komunikasi kita diketahui oleh pihak lain, dia tidak takut syarikat pelaburan kerajaan akan mengikut telunjuk Singapura kerana Pengarah Pelaburan Khazanah Holding adalah rakyat Singapura.Tidakkah Ketua Penerangan UMNO sedar bahawa sebagai pejuang orang Melayu Antarabangsa, bahawa orang - orang Melayu Singapura tertekan di Singapura tetapi di Malaysia , Singapura dengan sombongnya menguasai tanah, bank dan kepentingan lain.

Sang Kelembai: Pelik lihat sikap orang berpangkat dalam UMNO.


 

Akhirnya Tabung Haji Plantation (THP) akan disenaraikan juga dalam Bursa Saham Malaysia, satu lagi entiti Melayu akan terhapus dalam semarak Dasar Ekonomi Baru. Tidakkah mereka melihat Urban Development Authorities (UDA) sebagai satu contoh, selepas di swastakan dan kemudian disenaraikan akhirnya menjadi jumud bagi menjaga kepentingan Melayu dan beberapa harta tanah terjatuh ke tangan pihak lain. Kita mengangkat topi dan semoga ALLAH akan ampunkan dosa - dosa Ahli Parlimen yang menentang penyenaraian THP dan agar mereka tidak tersenarai sebagai pengkhianat Melayu/Islam setelah mereka berjasa kepada orang - orang Melayu.

Maka mulai sekarang janganlah orang -orang Melayu membawa apa - apa kepentingan Melayu kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan khususnya mengenai isu Melayu kerana sudah dipertahankan oleh Menteri maka bererti Perdana Menteri yang hendak ia jadi begitu.

Sang Kelembai : Kadang - kadang keliru dengan orang Islam Hadhari yang mengatakan "segala urusan hendaklah di musyawarah


M.Kayveas yang menjadi ahli Parlimen Taiping telah di beri amaran oleh Khairy Jamaluddin : sekiranya nanti di lantik menjadi Menteri beliau mesti ambil Ketua Pemuda Taiping jadi Setiausaha Politik. Ini satu perkembangan baru dan kuasa Khairy Jamaluddin terserlah bila dapat menguasi UMNO Taiping supaya jangan hadir ke Majlis Bantuan Hari Raya yang dianjurkan oleh M.Kayveas.

Mengikut cerita - cerita bahawa Ton Zailani yang ada bilik di pejabat wakil rakyat dan di bayar RM 1,500.00 sebulan tidak pernah ada di pejabatnya.

Apa pun kita ucap tahniah kepada M.Kayveas yang tidak memperdulikan tekanan yang dibuat oleh Khairy dan UMNO Taiping dan beliau meneruskan kerja beliau sebagai wakil rakyat. Cerita Khairy Jamaluddin campur tangan perlantikkan Setiausaha Politik dan juga meletakkan orang - orang nya dalam syarikat GLC sudah terbuka.

Sang Kelembai : Ahli UMNO sekarang tengok tunggul kau dia sangka hantu. 


Segala perbuatan bergantung kepada niat,jika perbuatannya dilihat tidak baik tetapi niatnya baik maka akan peroleh pahala, jika perbuatan baik tetapi niatnya jahat,maka dapatlah dosa, begitulah ajaran Islam. Usaha untuk menamakan sesuatu bagi mengenang Allahyarhamah DS Endon Mohmood adalah sikap yang baik tetapi dengan tidak mengambilkira orang lain yang pasti akan menyebabkan orang lain terasa. Hakikat sebenarnya isteri seorang Perdana Menteri BUKAN boleh digelar sebagai wanita Pertama Negara. Perlembagaan Negara telah meletakkan SPB Raja Permaisuri Agung adalah wanita pertama ( first lady) dan mengambil tempat kedua selepas SPB Yang di Pertuan Agung. Soalnya kita mempunyai empat orang lagi bekas isteri Perdana Menteri dan seorang telah meninggal dunia. Tidak seorang pun yang di kenang oleh negara selain dari anugerah Tun serta di semadikan nama - nama mereka kepada bangunan, malah nama - nama jalan. Oleh itu satu muzium khas  sempena nama Endon Mahmmod tidak lain daripada   sekadar untuk mengampu dan tidak relevan. Adalah baik nama Allahyarhamah disemadikan kepada pertukaran namaYayasan Budi Penyayang yang diasaskan ole DS Endon ditukar kepada Yayasan DS Endon Mahmood dan skop diluaskan kepada kebudayaan, kesenian disamping peranan asasnya kebajikan.

Sang Kelembai: Tak suka ornag mengambilkesempatan dalam kesempitan orang lain.  


Dalam persidangan Parlimen penggal ini, DS Rafidah Aziz terus di buli oleh Parti Pembangkang dan Kerajaan. Sebenarnya tindakan DS Rafidah adalah tepat menuruti dan menghormati "gag order" yang telah dikeluarkan oleh kabinet. Sebenarnya banyak isu yang melibatkan kewibawaan menteri boleh dikemukakan oleh YB dalam Dewan tersebut temasuk isu Datuk Nazri yang mengeluarkan beribu permit teksi, bas dan permit lori kontena yang di bekukan oleh kabinet. 

Hari ini Rafidah telah diarah untuk menjawab, isu ini menunjukkan kelemahan berfikir dan harus menjadi peringatan kepada  ahli - ahli parlimen khasnya dari UMNO.

Sang Kelembai : Harap harap Rafidah akan menjawab secara telus dan Nazri Aziz selesaikan dulu isu dia di Kementerian Pembangunan Usahawan.


Undang - undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan sedang dibincangkan dalam Parlimen. Antara perkara utama adalah memberi kebajikan kepada isteri kedua dalam isu harta sepencarian. Sungguhpun isu ini mempunyai kebaikan tetapi bukakah lebih baik lagi jika mereka yang hendak berpoligami memahami kehendak hukum Islam dalam soal perkahwinan. 

Antara yang tidak tertulis dalam undang - undang adalah sekiranya terjadi kematian isteri pertama. Bagaimana kebajikan anak - anak isteri pertama tersebut? Begitu juga sekiranya berlaku kematian isteri kedua - apakah akan terjadi pada anak - anak mereka. Soalnya kenapa undang -undang di buat - di fokuskan hanya kepada kematian suami. Sewajarnya undang - undang memberi pengkhususan juga kepada kebajikan anak - anak sekiranya berlaku pencerian. Harta sepencarian bukanlah satu isu yang  terlampau penting. Isu yang lebih penting  adalah bagaimana menghalang penceraian atau menyelamatkan perkahwinan. Undang - undang penceraian perlu tegas dan ketat. Sehubungan dengan itu gelaran ibu tunggal juga mesti di perbetulkan. Kalau  kematian suami seorang balu dan bukan ibu tunggal, kalau dia minta cerai - maka dia mahu berdikari dan tidak mahu dibantu - tetapi kalau dia di ceraikan maka mahkamah perlu membela isteri malang tersebut.

Sang Kelembai - tidak mampu berpoligami.  


Kontroversi isu perbelanjaan 5 juta yang akan dibuat oleh Kastam bagi tujuan majlis persaraan kini menjadi isu terhangat semasa. Sebenarnya perbelanjaan 5 juta ini jauh lebih rendah kalau dibandingkan dengan jumlah 7 juta sehari kehilangan hasil negara. Moral yang mahu di maklumkan adalah, perbelanjaan yang dirancang atau diangankan oleh Kastam sebanyak 5 juta adalah hampir kepada pendapatan sehari. Soal pokok ialah kita tidak perlu heboh kerana perbelanjaan belum di buat. Pihak tertentu hanya memperbesarkan isu ini untuk mengalih pandangan orang ramai kepada berbagai isu lain yang terdapat dalam negara kita sekarang ini. Ambil contoh - bila rasuah berlaku dalam industri binaan, tidak pula Kementerian Kerja Raya mahu buat siasatan dalaman macam Kementerian Kewangan yang mahu menyiasat jabatan Kastam. Kita hairan kalau sudah dinyatakan sedangkan RM 1 pun susah mahu di belanjakan, maka dari mana datang wang yang melimpah ruah untuk perbelanjaan  tersebut. Yang pasti ianya dari derma mereka yang berkepentingan dengan Kastam dan jika memperoleh derma - siapa pula penderma tersebut. 

Bukankah lebih baik kita menyiasat siapa punya kuasa yang mengurangkan kereta - kereta AP yang terlalu rendah cukainya tetapi dijual dengan keuntungan beratus - ribu ringgit. Sepatutnya yang menyiasat adalah Badan pencegah rasuah kerana sekiranya berlaku salah guna kuasa di Jabatan Kerajaan maka BPR adalah agensi yang bertanggungjawab menyiasat. Maka tidak perlulah Ketua Pengarah mahu ambil tindakan apa - apa, jemput sahaja BPR untuk menyiasat dan sekiranya tidak ada unsur rasuah maka dengan sendirinya nama Tan Sri Halil Mutalib akan bersih dan mereka yang melakukan konspirasi akan ternganga. 

Sang Kelembai - tunggu hasil siasatan dan apa mahu dibuat jika perkara itu benar.


07-09-2005

Temasek ( Syarikat Pelaburan Kerajaan Singapura) telah menguasai kepentingan beberapa syarikat senarai awam di Malaysia malah syarikat Khazanah Holding ( Syarikat Pelaburab Kerajaan Malaysia) juga terdapat kepentingan yang di pegang oleh Temasek. Ini  sekali gus menunjukkan Kerajaan Singapura sedang mula menguasai ekonomi di Malaysia. Yang peliknya apabila Pengarah Pelaburan di Khazanah Holding adalah warga rakyat Singapura, Pemuda UMNO Malaysia tidak pula mengkasifikasikan itu sebagai penjajahan baru ekonomi. Khazanah holding juga dilapor telah membeli Bank Lippo Indonesia tetapi laporan Alliance Bank di kuasai Singapore senyap begitu sahaja. Baru - baru ini kita dengar ECM Libra sebuah syarikat berkepentingan untuk Naib Ketua Pemuda UMNO bercadang membeli saham Felda di Maybank berjumlah 10% atau anggaran nilai RM 200juta - semua orang tahu bahawa ECM Libra di kuasai beberapa orang warga asing. Apakah Felda pun mahu di jual kepada orang asing? Bukankah penjajahan ekonomi sedang berleluasa ? Siapa pula menjadi baja untuk menyuburkan penaklukan ekonomi kita - khususnya oleh Singapura? 

Sang Kelembai - Biarlah tipu tuhan, sekurang -kurang boleh bertaubat dari menipu rakyat - pada siapa kita nak minta ampun dan bertaubat?      


05-09-2005

Apa pun dalam isu perjuangan kemerdekaan kita kena terima hakikat bahawa sebutan merdeka mula dilaungkan oleh parti berhaluan kiri dan kemudian oleh UMNO mengantikan slogan Hidup Melayu. Parti Komunis Malaya memanglah turut serta memperjuangkan kemerdekaan ttapi dengan pendekatan kekerasan bagi menghalau penjajah Biritish. 

Hari ini Pemuda UMNO mendesak DAP untuk minta maaf kerana hanya satu rencana yang tidak ada kaitan dengan memperkecilkan Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan. Sewajarnya isu ini ditangani secara ilmiah dan terbuka. Kita mesti terima kenyataan bahawa kejayaan menuntut kemerdekaan tidak semestinya dimiliki oleh individu atau sekelompok tertentu kerana walau pun Soekarno adalah perjuangan kemerdekaan tetapi banyak orang lain yang terlibat memperjuangkan kemerdekaan di Indonesia termasuk Partai Komunis Indonesia sendiri. Catatan sejarah menunjukkan Tan Melaka, komunis yang menulis mengenai prolamer kemerdekaan Indonesia kini diterima sebagai pahlawan Nasional. 

Sang Kelembai : Tetap akui peranan Chin Peng dalam sejarah Malaysiawalaupun ianya melukai. 


03-09-2005

Pemuda UMNO berang dengan DAP kerana mempersoalkan siapa yang layak di panggil Pejuang Kemerdekaan. Maka Pemuda UMNO meminta DAP menetapkan samada ini pendirian DAP atau pendirian peribadi Ronnie Liu. Soalnya bukan sesuatu yang amat mustahak - tetapi tahniah kepada DAP kerana berjaya memasang perangkap dan perangkap itu berjaya memerangkap Pemuda UMNO Malaysia. DAP hanya tersilap satu - menyebut Parti komunis Malaya - tetapi sekiranya mereka menyebut pejuangan haluan kiri ikut sama berjuang untuk kemerdekaan maka tidak ada siapa dapat menafikan. Perjuangan kemerdekaan telah wujud sejak zaman Jepun lagi. Jepun dari bernatijahkan mahu menghapus imperialisma kini menjadi kuasa penjajah. Sebenarnya patut kita menubuhkan satu tugu kemerdekaan dan disenaraikan semua nama yang dari berbagai sayap sama ada kiri atau kanan yang terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Tuanku Abdul Rahman bukan sahaja Bapa Kemerdekaan tetapi bapa Pejuang Bangsa. Sang Kelembai - tetap merdeka dari dulu, kini dan selamanya.


02-09-2005

Bila kita lihat cara Presiden Bush melawat mangsa ribut Katrina di kawasan terlibat dalam siaran paapran CNN - apa yang jelas ialah seolah - olah Bush merasai dan menjiwai keperitan yang ditanggong oleh mangsa. Ini memberi menampakkan Bush adalah seorang pemimpin rakyat dan jauh benar berbeza dengan cara kita di sini. Bush tidak dikawal ketat oleh pengiringnya dan Bush di beri ruang untuk berkomunikasi dengan mangsa secara terbuka. Beliau sendiri nampak selesa dalam ucapan untuk mententeramkan keadaan. Budaya di sini nampak berbeza - menunjukkan jurang antara kepimpinan dan rakyat sungguhpun dalam keadaan kecelakaan dan kemalangan.

Sang Kelembai - Minta tengok cara pemimpin super power  - itu lah cara TURPA - turun padang.


02-09-2005

Bulan merdeka menyaksikan program paparan RTM berjudul "Luka Masih Merah" Hakikat program ini amat baik tidak dapat dinafikan tetapi malang program sebegini yang ditayangkan sempena Menyambut Bulan Kemerdekaan adalah tidak sesuai kerana perjuangan menyambut kemerdekaan tidak ada kena mengena dengan tentangan kita terhadap Komunis. Kita berjuang menuntut kemerdekaan dari British dan bukan Komunis. Perjuangan dengan komunis adalah perjuangan politik antara dua idealisme berbeza bukan menuntut kemerdekaan. Pemaparan kisah itu kepada generasi muda hanya menunjukkan seolah - olah kita berjuang dengan Komunis menuntut kemerdekaan dan majoriti komunis adalah dari keturunan Cina. Ini memberi gambaran negatif kepada kaum Cina. Sang Kelembai - Tak sebodoh Pengerusi Jawatankuasa Hari Kemerdekaan. 


01-09-2005

Maka menangis dan berpelukan Dato Seri Rafidah Aziz apabila bertemu dengan Tun Dr Mahathir dalam Majlis Rasmi Hari Kebangsaan di Putra Jaya baru - baru ini. Tun Dr Mahathir. Menteri yang bertanggungjawab mengenai AP itu dinasihatkan bersabar oleh Tun Dr Mahathir. Apa yang jelas ialah Tun Dr Mahathir tidak marah kepada DS Rafidah tetapi nampak marak terhadap orang tertentu - siapa agaknya? 

Isu AP kini hampir selesai. Ada penerima AP telah di batalkan kelulusan AP mereka. Dasar Nasional mengenai isu kereta Proton dan AP sedang di rangka semula namun yang kita nanti - apakah Proton akan mendapat keuntungan selepas kerugian hampir 12 juta dalam suku pertama tahun ini? Sekiranya masih lagi rugi dan terus menerus menanggung kerugian maka perkara yang harus diteliti juga adalah kemungkinan Proton menghadapi masalah dalaman. Kita harus membuat keputusan yang bijak dalam perniagaan - kalau terus rugi maka tindakan menutup Proton harus juga di ambil kira - biarpun ianya adalah jalan terakhir. 

Sang Kelembai - mahu "apply" jadi Pegawai Selepas Jualan kerana Proton tidak ambil kisah perkara - perkara yang terbit selepas jualan.


28-08-05

Bila Munir Majid mencadangkan supaya MAS di tadbir oleh CEO berbangsa asing (luar negera) maka pahlawan kita sebok mengatakan bahawa ini satu bentuk kolonialisme dan kita kembali di jajah. Nampak benar konsep penjajahan ini pun belum pandai didefinisikan oleh beberapa kepimpinan kita. Ada yang mengatakan bahawa ini tidak selaras dengan semangat kemerdekaan dan perasaan nasionalisme mereka didefinisikan sebagai biar rugi asalkan orang tempatan menerajui MAS. Ada juga kalau di perhatian seperti kata - kata budaya Perak biar papa asal bergaya.

Hakikatnya kita mahu untung dan kerajaan tidak perlu lagi dibebankan dengan tanggungan hutang yang besar. Keretapi Tanah Melayu adalah satu contoh yang baik - melihat betapa kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang ada. 

Bagi Sang Kelembai - mengambil orang putih - orang asing bekerja bukan satu bentuk kolonialisme. Mereka kerja di bawah kita sedangkan suatu masa dahulu kita jadi hamba kepada mereka. 

Dr Mahathir dalam keghairahan beliau untuk menswastakan MAS kepada Naluri menyaksikan bebanan hutang kerajaan betambah. Mujur ada rakyat yang setia membayar segala bentuk kenaikan - memotong subsidi untuk menanggung keputusan pelaburan yang salah di buat kerajaan. 

Apa salahnya kalau warga asing di lantik mentadbir MAS dan dengan kepintaran dan pengalaman beliau maka MAS boleh kembali merasai keuntungan dan kerajaan mengurangkan bebanan tanggungan. 

Lagi pun Sang Kelembai percaya perlantikan CEO MAS tempatan juga akan di buat melalui perlantikan kronis dan bukan meritokrasi yang sebenar. Dasar kerajaan nampak seakan tidak boleh berubah - kalau orang itu - orang itu sahaja memegang dua tiga jawatan.

Apa pun Sang Kelembai rasa puas dalam era kita menyambut kemerdekaan ke 48 - kita menyaksikan penjajah datang bekerja cari makan dengan kita. Kalau orang putih datang sebagai pendatang haram cari kerja kontrak di Malaysia - pasti ianya menunjukkan betapa hebatnya kita orang Malaysia. 


21-08-2005

Dimana sahaja terutama di Kuala Lumpur terdapat kain rentang yang bertulis perkataan " Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan".  Kepada generasi muda di bawah 40 tahun mungkin tidak kisah tetapi bagi generasi 50 tahun keatas akan merasa hairan kerana semenjak tahun 1970 Hari kemerdekaan  31hb Ogos 1957 dikenali sebagai nama Hari Kebangsaan. Mungkin pemikir yang menukar nama hari itu telah merasakan bahawa perjuangan Kemerdekaan ini hanya dituntut oleh orang Melayu melalui UMNO sahaja dan memang ahli sejarah tahu bahawa banyak negeri di Persekutuan Tanah Melayu tidak dijajah oleh British. kemerdekaan hanya mengambil semula Pulau Pinang dan Melaka sahaja dari British. Sepatutnya kerajaan mengekalkan menyambut Hari Kebeangsaan supaya di wujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu bagi membina masyarakat adil dan makmur. 

Sang Kelembai - Apakata UMNO jika Presiden MCA dan MIC menjerit Hidup Cina dan Hidup India? 


15/08/2005

Berkatalah Lim Keng Yeik bahawa anak beliau tidak perlu berterima kasih dengan kerajaan kerana anak beliau berhak menjadi warganegara Malaysia. Begitu pula jadinya. Maknanya bapa Lim Keng Yeik juga tidak pernah berterima kasih dengan orang Melayu, semasa Jawatankuasa Perhubungan Kaum ke arah Kemedekaan berbincang dan bersetuju menerima orang -orang Cina dan kaum lain menjadi warganegara Tanah Melayu. Sewaktu itu warga Cina khususnya bersetuju memasukkan beberapa fasa - kepentingan Melayu dalam perlembagaan yang dirangka oleh Suruhanjaya Reid, antaranya adalah Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang -orang Melayu. Sekiranya itu yang dikatakan oleh Lim Keng Yeik kepada anak - anaknya maka ini menggambarkan bahawa orang -orang Cina dan India terdahulu dari mereka tidak memaklumkan hal cara mana orang -orang Cina dan India boleh menetap dalam negara ini. Zaman Tun Tan Siew Sin tidak pernah mempertikaikan peranan MARA yang dahulu RIDA kerana badan itu di tubuhkan atas persetujuan bapa - bapa mereka dahulu. 

Sang Kelembai nak jadi Menteri Pelajaran kerana nak jadikan sejarah Tanah Melayu  1946 - 1957 sebagai mata pelajaran wajib. 


08/08/2005

"Menuju puncak" dan "Menuju syurga"

AF 3 sudah berakhir, yang pasti keuntungan besar di sapu oleh penganjur dan puluhan juta mungkin telah di kaut dari mereka yang mengambil bahagian dan merasa bangga setelah menghabiskan wang menyertai program SMS penganjur.

Dalam masa mereka bergembira - riuh rendah membicarakan kepada siapa SMS harus di beri, terdapat satu program lain " BERSAMA MU" yang menuntut sedikit kontribusi dari penonton bagi program amal yang diharap dapat membantu meringankan bebanan individu yang kurang bernasib baik.

Program ini nampak tidak sehebat kutipan program - program realiti yang melibatkan kegilaan remaja untuk menjadi popular. Apa yang nampak adalah kurangnya kesedaran kita untuk membeli saham - saham akhirat dengan landasan nilai - nilai kemanusiaan sejagat. Kita lebih gila kepada program - program yang tidak mendatangkan faedah. Mungkin sudah sampai masanya kita sungguhpun membenarkan program ini wujud tetapi mengenakan label halal atau haram pada setiap program TV.

Sang Kelembai : Tunggu program realiti baru " Menuju ke Syurga"