BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


 

formmail.to: umnoreform

From_Email: sampuna@yahoo.com

From_Name: sampuna

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: ketuanan Cina di Tanah melayu? Mengapa disebutkan ketuanan Cina padahal orang Cina memang rajin? Mereka tidak menerima subsidi sebanyak orang Melayu. Mereka hanya mengecapi hasil titik peluh mereka dari  penat membanting tulang empat kerat!

Hak mereka tidak ditegaskan di perlembagaan. Orang melayu boleh buka  warung di mana-mana saja. Cuba bukan Melayu buat begitu, mesti kena 'rush'!

Anak-anak orang Melayu masuk asrama dibiayai oleh kerajaan. Makan free,  belajar free... sikit- sikit jadi orang berjaya tapi ramai yang keluar  jadi penagih dadah, hisap rokok, lahirkan black metal, buat video lucah.

Apa dah terjadi? Saya rasa orang Melayu ini kena sedar. Ini bukan hal bukan Melayu nak rampas Malaysia lah. Kita bukan Melayu nak berjaya  dalam hidup juga! Melayu kah, bukan Melayu kah masing-masing kena hidup. Masing-masing ada arah tuju dalam hidup, nak mencapai impian masing-masing!

Sejemput Melayu yang masuk politik dan telah membentuk kerajaan cuba  membela kaum mereka dengan subsidi, bantuan kewangan untuk projek ladang kelapa sawit dan lain-lain. Tangan telah dihulurkan tapi ramai yang dah menerima bantuan tidak membela diri.. duduk dan tunggu. Ada duit, terus belanja. Anak-anak pula tunggu kerajaan bela. Ada duit lebih terus  belanja ... hisap gam, enjoy dadah 'ikan bakar', hisap ganja.

Masalah sebenar bukan Melayu menjadi hamba di negara ini, merekalah  punca masalah dengan tidak membangunkan diri. Ramai Melayu tidak membangunkan sahsiah diri. Nak senang. Nak kerja senang-senang. Ramai  tak sanggup susah untuk mencabar diri untuk berniaga.

Itu mengikut pandangan saya, anak Malaysia. Sila berutus.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762