![]() |
|
Saya kira sekiranya TM membelanjakan
RM1Billion untuk menambahkan stesyen pemancar tmtouch
gsm1800 ianya sudah melebihi dan akan memenuhi liputan
perkhidamatan seluruh negara. Hari ini TM menanggung kerugian
tetapi Celcom boleh tidur lena. Hutang telah ditanggung
oleh bapa. Dalam masa yang sama TM tidak mampu menempatkan
pegawainya dalam semua unit utama didalam Celcom. Mengapa
mereka dikekalkan sedangkan mereka ini juga sepatutnya
turut bertanggungjawab dalam segala kemelut dan permasaalahan
yang berlaku dalam Celcom. Bolehkah kita bayangkan gaji untuk
pegawai kanan dalam Celcom pada ketika ini ada yg mencecah
RM35,000 ringgit sebulan. Ini terlalu tinggi dan akan
meningkatkan kos operasi,apakah TM hanya berdiam diri??
Kita harus ingat TM adalah milik Khazanah dan Khazanah
milik rakyat. Adalah diharapkan agar Khazanah Berhad dan TM
dapat menilai semula pemilikan Celcom. Kita khuatir selepas
hutang Celcom telah berjaya dilangsaikan,maka ketika itu
mungkin ada desakan supaya Celcom dijual semula."CELCOM
RUGI ADA INDIVIDU UNTUNG DAN DIKALA CELCOM UNTUNG ADA
INDIVIDU BUAT UNTUNG",kita tidak mahu perkara seperti ini
berlaku. Andaikata Celcom dijual semula,mungkin harganya menjadi
tinggi ketika ini kerana TM telah dan sedang berusaha
untuk menyerahkan lesen 3G kepada Celcom. Percuma sahaja
Celcom dapat. Semasa bid tender 3G bagi fasa pertama oleh
MCMC,Celcom tidak mampu untuk memasukinya kerana masaalah
kewangan tetapi hari ini,TM menyerahkannya dgn percuma
sahaja. Kita amat mengharapkan agar pengurusan Khazanah
memandang serius perkara ini dan jangan hanya untuk
menyelamatkan individu tertentu sahaja. Sepatutnya pegawai
kanan TM telah pun ditempatkan dalam Celcom tetapi ianya
tidak berlaku,COO,SVP,VP,Head Div daripada bahagian HR
sehinggalah kejuruteraan masih dikekalkan. Apa ini semua,mana
kredibiliti TM dalam pemilikan ketas Celcom. Dan segala yg
berlaku samaada rugi atau apa sahaja yg patut ditanggung
oleh TM,siapakah yg sepatutnya bertanggungjawab,mana
mereka ini.Tiada seorang pun dihadapkan kemuka pengadilan
dalam pembelian Celcom bersama dgn hutangnya sekali. Apakah
rakyat yg bersalah atau rakyat yg patut menanggung atas segala
perkara yg berlaku???
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|