|
"Conservative treatment"
membiarkan mereka mati
www.umno-reform.com
Agak terkejut saya mendengar makna "conservative treatment" jika tercatat dalam rekod perubatan seseorang pesakit. Apakah makna nya? Apakah sebabnya dan apakah nilai nyawa kita di ukur dengan begitu murah sekali.
Ini adalah pendedahan yang kami terima khususnya berlaku apabila seseorang pesakit tidak mampu membayar wang perubatan khususnya pembedahan. Isu ini di maklumkan kepada kami oleh seorang pakar yang bekerja di Hospital Kerajaan. Bagi kes - kes yang di rujuk untuk pembedahan dan sekiranya wang untuk menjalankan pembedahan tidak mencukupi maka pesakit akan di kategori dalam apa yang di kenali sebagai "conservative treatment"
Menurut maklumat yang kami terima keadaan ini banyak berlaku khususnya pada pesakit Melayu. Di katakan bahawa rayuan untuk mendapatkan peruntukan kewangan dari organisasi khususnya untuk kaum Melayu adalah begitu sukar dan pesakit akan di letakan di bawah kondisi perubatan minimum menunggu sama ada pesakit itu dapat sumber kewangan untuk pembedahan atau pun membiarkan pesakit itu di bawah rawatan "conservative" sehingga tamat hayat.
Ini berbeza dengan pesakit bangsa lain khususnya Cina. Persatuan - persatuan Cina lebih cenderung dalam membiayai pembedahan bagi mereka yang memerlukan khususnya bagi kanak - kanak dan remaja. Persatuan - persatuan ini dikatakan mudah untuk di temui berbanding dengan organisasi korporat atau persatuan Melayu.
Dimaklumkan kepada kami bahawa terdapat beberapa kes bayi - bayi Melayu di biarkan di bawah terma "conservative treatment" kerana kurangnya kemampuan keluarga mereka untuk membiayai kos pembedahan sebanyak RM 20,000. Bayi itu di letakkan di bawah "conservative treatment" dan akhirnya meninggal hanya kerana kelewatan perubatan dan kekurangan wang untuk pembedahan.
Banyak sekali perkara yang perlu di selongkar menurut beberapa doktor yang bekerja di hospital kerajaan. Antaranya adalah membiarkan pesakit itu menderita kerana kelengkapan pembedahan dan alatan pembedahan tidak mencukupi. Kami juga dimaklumkan bahawa hospital kerajaan khususnya kekurangan kelengkapan kecemasan yang memburukan keadaan sekiranya berlaku kehadiran pesakit di wad - wad kecemasan. Kondisi wad juga amat memilukan. Saya sendiri hadir melawat wad kayu Hospital Besar Kuala Lumpur yang saling tidak tumpah seperti wad masa - masa zaman silam. Ini bukan sahaja menyulitkan pesakit malah sebenarnya menyulitkan pekerja - pekerja hospital yang sentiasa dalam keadaan tertekan. Padan jugalah kalau kita lihat jururawat hospital kerajaan sering hilang kesabaran berbanding dengan hospital swasta. Kondisi tempat kerja mereka amat memilukan.
Penyakit kritikal dan untung korporat.
Keadaan pilu juga terlihat dengan rayuan semakin menjadi - jadi untuk kos rawatan khususnya bayi dan anak kecil. Korporat yang selama ini bergantung kepada kontrak kerajaan gagal memikirkan sumbangan bermakna kepada hospital. Terfikir kadang - kadang kenapa agar terbiar keadaan di hospital sedangkan keuntungan Petronas , Elektrik , telekom dan syarikat lain mampu se tidak - tidaknya memperbaiki wad kayu di hospital Besar Kuala lumpur.
Mereka juga sepatutnya memberi menyediakan tabungan sesuai untuk membantu mereka yang menghadapi penyakit kritikal dan meringankan bebanan keluarga. Ini mampu di lakukan dengan kadar segera kerana apa yang kita lihat adakalanya pesakit mati kerana tidak sempat menjalani pembedahan segera. Tabungan ini mampu di bentuk oleh pihak swasta yang selama ini mengaut puluhan juta hasil dari penswastaan kerajaan dan kontrak yang melibatkan projek kerajaan.
Antara sakit kritikal dan yang tidak
Polisi hospital seharusnya juga menitik beratkan pesakit - pesakit kritikal dan caj bagi perubatan ini harus berada di tahap minima. Kami di maklumkan bahawa di sesetengah negara perubatan sakit biasa seperti selsema, deman dan batuk di kenakan caj yang agak tinggi. Ini adalah untuk mengurangkan kesesakan hospital dan membolehkan pihak hospital memberikan tumpuan kepada pesakit kritikal dan kecemasan.
Yang menyedihkan
Namun sesuatu yang benar - benar menyedihkan adalah kurangnya sokongan korporat Melayu dalam membantu anak - anak Melayu khususnya bayi - bayi yang menghadapi kesukaran pembiayaan perubatan.
Menurut apa yang kami fahami terdapat banyak isu yang juga melibatkan prioriti kaum dalam mendapatkan perubatan bergantung pada bangsa doktor yang merawat. Namun untuk isu ini www.umno-reform.com tidak akan membongkar terlebih dahulu sehingga ianya jelas sahih wujud.
www.umno-reform.com percaya bahawa kualiti perkhidmatan hospital akan lebih berkesan sekiranya kerajaan serius dan bersungguh - sungguh untuk menangani masalah ini. Kami percaya sekiranya kepimpinan serius melihat isu ini maka keadaan ini pasti dapat di pulihkan. Jangan menilai murah nyawa seseorang sehinggakan apa yang di sebut conservative treatment ini berlarutan
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|