|
formmail.to: umnoreform
From_Email: ttoklang@yahoo.com
From_Name: sahibulKastam
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Drama MP Kayu Gergaji
(Sawlog MP)
Drama "MP Kayu Gergaji" semakin hari semakin menarik, terkini
disiasat oleh BPR pula. Peguam Negara juga telah
menyatakan bahawa beliau menunggu Investgation Paper (IP)
dari pihak BPR. Siasatan sedang berjalan di bawah
peruntukan Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Ordinan 22
Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970
"Abdul Gani berkata, siasatan terhadap Mohd Said itu boleh
dibuat mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997, atau Ordinan
22 Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970 yang belum lagi
dimansuhkan."[Berita Harian 13 Mei 2006]
Bagaimanapun terdapat peruntukan di bawah Akta Kastam 1967 (Act
235) berhubung "penalty for assaulting or obstructing
officers of customs and rescuing goods', di bawah Seksyen
138(a) " 136. Every person
(a) assaults or obstructs any officers of customs or other
public servant or any person acting in his aid or
assistance or duly
employed for the prevention of smuggling, in the execution or
his duty.......
Sabit kesalahan di bawah Sek. 136 boleh dipenjara tidak melebihi
12 bulan atau didenda tidak lebih RM 5000 atau
kedua-duanya bagi kesalahan pertama (First Offences),
manakala bagi keslahan berikutnya (Kedua dan seterusnya.)
boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau didenda tidak
lebih RM 5000. Fikir-fikirkanlah dah berapa kali "assault and
obstructing" terhadap Pegawai Kastam yang telah dilakukan oleh
MP Kayu Gergaji ini bagi melepaskan barangan 'client' yang
diklasifikasikan sebagai Barangan Larangan Import (
Prohibited of Import goods) di bawah Jadual Kedua Perintah
Kastam (Larangan Mengenai Import) 1988 yang diluluskan
oleh Parlimen pada menjalankan kuasa Menteri Kewangan di
bawah Seksyen 31(1) Akta Kastam 1967 iaitu "power of minister to
prohibits imports and export".
Melalui laporan akhbar dikatakan MP Kayu Gergaji memiliki
syarikat Agen Perkapalan dan Penghantaran (Forwading
Agent) yang menguruskan import kayu Gergaji berkenaan.
Forwading Agent adalah pihak yang diberi kuasa melalui
Seksyen 90 Akta Kastam 1967.
90(1)No person shall act as agent for transacting business
relating to the import or export of any goods or
luggage........,except with the permission of
customs and subject to such terms and conditions as he may
impose
Bagaimana pula dikatakan beliau mewakili "rakyat" seperti yang
disebut Oleh YAB Pak Lah ?.Beliau mempunyai kepentingan
sendiri (peribadi), bolehlah disiasat borang 49 di bawah
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) jika syarikatnya itu
Sdn. Bhd.
Perlu juga diingatkan bahawa Syarikat Binyu ini juga tertakluk
kepada Akta Cukai Perkhidmatan 1975; di mana perlu
memungut 5% cukai ke atas bayaran perkhidmatan/caj yang
dikenakan ke atas pelanggannya jika 'treshold' [nilai
perkhidmatan tahunan] melebihi RM 150,000 setahun.
Adakah MP Kayu ini membayar cukai perkhidmatan kepada Kerajaan
melalui Jabatan Kastam (KDRM)?
|