|
"sahibulKastam" <ttoklang@yahoo.com>
Date: Fri 05/05/06 05:04 PM
formmail.to: umnoreform
From_Email: ttoklang@yahoo.com
From_Name: sahibulKastam
Subjek: Comment
Pesanan: Teman berpendapat bahawa MP Kayu Gergaji patut disiasat
oleh ACA, kerane dengan didapati "menyalahguna kuasa",
menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.Sepertimana
penjawat awam [yang dikecamnya] tertakluk kepada Peraturan
Pegawai-pegawai Awam [Tatakelakuan dan Tatatertib]1993,
seseorang penjawat awam tidak boleh menyalahguna kuasa dan
meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam.Teman
tak tahulah pula apa Tatakelakuan Ahli Parlimen yang
dipakai sebab teman bukannye Ahli Parlimen, cuma ahli
sidang kedai kopi aje.
Laporan lengkap yang dibuat oleh Pengarah Kastam Negeri Melaka
kepada Menteri Kewangan II Tan Sri Mohd Noor Yaakob adalah
dokumen yang sah, haruslah dijadikan bukti kukuh.
Akhirnya dicadangkan supaye eloklah MP Kayu Gergaji ini menukar
kerjayanya kepada peniaga kayu gergaji kerana sanggup mencerca
Ketua Pengarah Kastam hanya kerana permohonannya ditolak,
permohonan untuk menjadi "monsye Dayan"~tutup sebelah mata
atas kesalahan 14+1 kali di bawah seksyen 135 Akta Kastam
1967 [yang dilakukan oleh si agen, agen penghantaran
dilantik dan dilesenkan untuk berurusan dengan Kastam di
bawah Sek. 90 Akta Kastam 1967.[Benarlah seperti kata Yg. Bhg.
Dato' Ketua Pengarah kastam "ada sesuatu yang saya tak
boleh bagi tahu~saya telan".
JIka dibiarkan nanti ramailah lagi MP yang lain akan 'mengganggu
tugas utk. tutup sebelah mata" ke atas agensi penguatkuasa
yang lain yang ada dalam perkhidmatan awam maka ramailah
lagi Ketua Pengarah yang akan jadi "mangsa monsye Dayan".
|