|
Assalamualaikum, Khairy Jangan tahu cakap sahaja
Assalamualaikum
Sdr Khairy, Mungkin saudara tak mengenali saya. Tak tahu apa gelaran nak
dipanggil Angah, Abang atau saudara ? Kita ni asal kampung
sebelah-sebelah saja di Rembau ni. Saudara di Kg Gadong, saya di Kg
Tanjung, mungkin sewaris atau bau-bau bacang. Ayah saudara saya adalah
sepupu kepada arwah ayah anda Dato Jamaluddin. Emak saudara saya sering
menujungi ibu anda di KL. Cuma nak beritahu sedikit masalah orang Rembau
ni sejak akhir-akhir ini, memandangkan saudara pun orang Rembau, dan
parlimen Rembau ni luas, dari Kg Gadong tu sampailah kat Senawang ni.
Datanglah jengok-jengok melihat masalah rakyat kat sini. Janganlah hanya
berbincang mengenai dasar DEB, polisi baru dan semuanya. Orang kampung
kat Rembau dan pekerja kilang tak faham semua itu. Yang mereka tahu
sekarang harga minyak dah naik, beras dah naik, telur ayam sampai dekat
30 sen sebiji, gas masak RM 19. Nak kawal inflasi macam mana lagi kalau
barang yang amat diperlukan dah naik dan terpaksa beli ? Tambah
pula masalah air sekarang ni. Kejap ada kejap tak ada. Kalau ada
tekanannya rendah, lepas tu bil airnya tinggi.
Pernah tak saudara pergi Terminal One Seremban atau Perhentian Teksi kat
Rembau tu berborak dengan pemandu teksi di sana, tanya apa masalah
mereka sekarang sejak harga minyak naik. Apakah mereka senang mendapat
penumpang sekarang, adakah mereka sering diganggu oleh penguatkuasa,
adakah cukup makan mereka anak bini untuk hari tersebut.
Apabila saudara balik Kg Gadong tu bila lalu Pedas tu tutuplah air cond
kereta dan buka tingkap. Apa yang saudara bau kalau bukan bau busuk
tapak pelupusan sampah satu Seremban yang dihumbankan di Pedas, tepi
jalan, dekat kampung.
Apabila saudara lalu Chembong tu masuklah dalam kawasan perindustrian
Chembong, tengok berapa banyak kilang-kilang yang telah ditutup dan
dibiarkan menjadi sarang segala jenis benda buruk.
Ini hanyalah sedikit sahaja masalah yang dibentangkan untuk tatapan
saudara. Dalam sibuk-sibuk membuat perancangan DEB tu, jengok-jengoklah
orang Rembau ni.
Wassalam.
Layari http://rozmal.blogspot.com
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|